August 2, 2015

Set Berpantang Pilihan Ku!

Set Bersalin Shaklee & Jamu Selapan Mustika Ratu | Assalammualaikum. Bila nak bersalin, set berpantang merupakan item yang tersenerai dalam checklist utama. Yatie yakin majoriti para ibu buat research sebelum buat keputusan untuk beli set berpantang yang dikehendaki.

Tiada dalam gambar: ESP, Ostematrix, Omega Guard
Untuk anak kedua ini, Yatie pilih Set Bersalin Shaklee dan Jamu Selapan Mustika Ratu. 

Set Bersalin Shaklee terdiri dari Zinc Complex, B Complex, Sustained Release Vita-C, VitaLea Iron Formula, ESP, Omega dan Ostematrix. Kalau nak tahu, Set Bersalin Shaklee ni tak jauh beza dengan Set Hamil Shaklee. Mengandungkan NAD, Yatie memang fully Shaklee. Bolehlah orang kata anak Shaklee gitu sebab Yatie tak consume langsung suplemen dari KKIA. Hee.

Jamu Selapan Mustika Ratu pula Yatie pilih sebab semasa mengandung anak pertama Yatie pakai set ini dan ia serasi dengan Yatie. Yatie suka dengan bau herba dari pilis set jamu ni. Tetapi...! Untuk kali ini, pilis-pilis ini semua tak serasi pula dengan Yatie. Mungkin sebab cuaca yang panas, herba yang juga bersifat panas maka kulit Yatie jadi gatal-gatal dan dahi pun turut naik jerawat. HukHukHuk.

Yatie nak share sikit tentang Set Berpantang Shaklee. Kali ini Yatie bagi yang Set Asas dahulu; VitaLea, B Complex, Zinc Complex dan Sustained Release Vita-C. Tambahan ESP, Omega Guard dan Ostematrix merupakan Set Berpantang Premium. 

VitaLea Iron Formula
  • Mengelakkan muka ibu pucat disebabkan kehilangan darah selepas bersalin
  • Mencukupi keperluan harian vitamin dalam badan
  • Menaikkan seri ibu


B Complex
  • Membantu memekatkan susu badan
  • Mengelakkan meroyan (mengurangkan stress)
  • Menghasilkan mood yang baik
  • Untuk kecantikan kulit


Zinc Complex
  • Membantu mempercepatkan luka bersalin pulih
  • Mencantikkan kuku
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Menguatkan antibodi


Sustained Release Vita-C
  • Membantu mempercepatkan luka bersalin pulih
  • Membantu menghasilkan kulit yang cantik, putih dan bersih
  • Membantu pertumbuhan sel lebih aktif
  • Mengelakkan selsema
  • Menguatkan antibodi

Alhamdulillah, 27 hari berpantang hari ini. Yatie berpuas hati dengan Set Berpantang Shaklee. Luka bersalin Yatie cepat sangat sembuh. Alhamdulillah. Kalau tidak, sukar juga Yatie nak bergerak terutamanya masa nak balik Sarawak tempoh hari iaitu pada hari ke 13 berpantang. Suami pula yang tegur, "jalan jangan laju sangat boleh?" Huuu. 

Dari segi tenaga juga Alhamdulillah. Walau tidur sudah tak lena seperti sebelum ini, Yatie masih lagi cergas. Tak ada nak join anak tidur sekali. Hihi. Kata tukang urut, berpantang tak baik tidur banyak. Kalau nak tidur tengahari pun sekejap je. Jangan lama-lama. Nanti lemau. Gituu. 

Bukan kerana Yatie pengedar Shaklee tetapi kerana Yatie pengguna Shaklee, Yatie recommend Set Berpantang Shaklee ini untuk korang consume. Shaklee bukan ubat tetapi suplemen yang merawat tubuh badan kita dari dalam. 

5 comments

  1. memang best dan berbaloi beli set berpantang shaklee ni. minta izin nak share kat blog erna ye. nanti erna link blog yati. TQ yati :)

    ReplyDelete
  2. guna juga set berpantang shaklee ni dulu tapi tak ambil semua

    ReplyDelete
  3. Dah nak masuk anak ketiga pun still undecided nak pakai set ape..hihi..2 kali pantang sblm ni, both ambil different set..

    ReplyDelete
  4. wei baru pasan blog baju baru..lawa lah!

    ReplyDelete
  5. rindu betul waktu pantang dulu..tp ciknaa mmg suka set shaklee..tak buat anak cirit..plus luka mmg cepat baik kan yatie..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day