August 1, 2015

Review Filem: Cinta Paling Agung

Cinta Paling Agung | Assalammualaikum. Bab terjebak, serah kat Yatie. Apatah lagi masa berpantang begini. Trailer Cinta Paling Agung dok ulang-ulang, cepat je jari jemari subscribe di Astro First. Hihi.


Filem Cinta Paling Agung dibintangi oleh Aaron Aziz (Hairi), Siti Saleha (Miza), Mia Sara (Hana) dan Zaskia Adya (Dewi). Kisahnya; Hairi dan Miza telah berkahwin hampir 10 tahun dan mempunyai seorang anak. Hairi dengan tiba-tiba meluahkan niat dan hasratnya kepada Miza untuk berkahwin satu lagi iaitu dengan Dewi.

Hairi tetap mahu mengahwini Dewi walaupun Miza menuntut cerai. Atas cadangan dua rakan, Miza memberikan syarat kepada Hairi untuk dipenuhi selama 30 hari sebelum mereka balik ke Kuala Lumpur. Misinya adalah untuk mengembalikan malam pertama. Antaranya ialah dukung Miza setiap malam ke tempat tidur. 

Berjaya ke misi tersebut? Kahwin ke Hairi dengan Dewi? Bercerai ke Hairi dengan Miza? Haa. Tengok kalau nak tahu. Hehe.

Best ke? Bagi Yatie; 3 bintang kot. Sebab jalan ceritanya pernah Yatie baca di Facebook dan kalau tak silap Yatie ada satu drama juga jalan ceritanya lebih kurang begitu tetapi berakhir dengan kematian. Jadi, tak 'surprise' sangatlah ceritanya. Cuma ada plot plot yang menarik, mencuit dan menusuk hati. 

Sedih kan bila lelaki yang telah hidup bersama dengan kita melalui susah dan senang selama 9 tahun dengan mudahnya mengatakan dah tak sayang - tak ada apa lagi nak sayang. Sedih bila seolah-olah si isteri dah tak wujud lagi dan segala kebaikan telah hilang apabila hati sang suami telah terpaut pada wanita lain.

Pengajaran yang Yatie boleh ambil dari filem, jikalau kita rasa ada yang kurang / lemah pada pasangan; perbaiki mana yang kurang / lemah tersebut. Jangan pernah lupa bahawasanya tidak ada satu pun makhluk Allah yang sempurna. Atas sebab itu suami isteri perlu saling melengkapi. Bila ada masalah jangan sesekali menunding jari menyalahkan pasangan masing-masing. Sama-sama muhasabah diri. Rumahtangga mana yang tak ada masalah. Kan?

Yang mana baik kita jadikan pedoman. 
Yang buruk kita jadikan sempadan.

3 comments

  1. br nak baca apa yg terjadi seterusnya. haha Tunggulah hana pantang jugak br blh langgan. kikiki

    ReplyDelete
  2. dah tgk jgk. betul, ada cerita kat fb. lakonan diorang ni boleh tahan la. ala sebenarnya dia nak isteri dia pakai tudung je. pakai tudung je terus baik. hahahahaha

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day