August 24, 2015

Review Breastpump Lacte Solo

Review Single / Solo Pump Lacte | Assalammualaikum. Selamat bekerja korang! Awok cuti lagi. Sedikit angkuh disitu. Haha. Pejam celik lebih kurang sebulan je lagi baki cuti. Sobs! 

Hari ini Yatie nak review pump yang berkhidmat dengan Yatie sekarang. Sebelum ini (semasa NAB), Yatie cuma guna manual pump dari Pureen dan kemudian Disney. Jadi, tiadalah daya upaya Yatie untuk membuat perbandingan performance pam yang sekarang. Bias tau kalau nak buat juga. Hihi. 

Yatie mula terpikat dengan breastpump Lacte setelah baca review dari Ummi Erna. Kemudian survey diteruskan sehingga sehari sebelum due, barulah Yatie buat tempahan online. Yatie beli breastpump ini dari Pump On The Go (POTG). Ummi Erna ada mencadangkan supaya lebih baik beli Lacte Duet. Tetapi, Yatie pilih Lacte Solo dahulu sebab Yatie nak tengok production susu terlebih dahulu. Bagi Yatie, nak rugi kecik atau rugi besar. Gitu..

Alhamdulillah setakat ini Yatie bersyukur dengan pilihan Yatie. Salah satu sebabnya ialah Yatie ada nipple inverted (sebelah sahaja). Orang kita kata puting buta. Tapi situasi Yatie, buta tak berapa nak buta. Haha. Tidaklah perlu nak work hard sangat mengepam tapi ia memerlukan masa yang lama sedikit. Apa pun Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk anak. Kan? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yatie usahakan aje. 

Jadi, inilah review ikhlas dari Yatie.


Yatie beli Lacte Pump Solo di Pump On The Go (POTG) secara dalam talian dengan harga RM230. Free gift yang diberikan ialah;
1. 1 cooler bag
2. 5 storage bottle
3. 1 ice brick
4. 1 kabel power bank
5. 1 E-Book "Aku Pejuang Penyusu"

Lacte Pump Solo tak ada skrin tetapi ada 4 butang iaitu;
1. Butang on/off
2. Butang + kelajuan
3. Butang - kelajuan 
4. Butang pause/start

Saiz Lacte Pump Solo pula hanya sebesar tapak tangan dan ringan. Jadi, tidak menjadi masalah untuk Yatie bawa kemana-mana. 

Bunyi pam juga bagi Yatie tidak terlalu kuat. Kalau dialas/bungkus dengan kain, jiran duduk sebelah kerusi pun tak akan perasan. Hihi. Kakak ipar Yatie cakap, bunyi Medela Single Electric Pump dia lagi kuat berbanding Lacte ni. 

Ada tiga cara untuk Lacte ini berfungsi iaitu dengan;
1. Elektrik
2. Bateri AA
3. USB Cable - Power Bank / PC / Laptop
Maka dengan itu, tak ada masalah untuk mengepam dimana sahaja. Dan setakat ini, Yatie suka pakai dengan power bank sebab boleh bawa kemana sahaja Yatie nak dalam rumah ni. Power pun guna tak banyak sebab power bank Yatie yang full charge boleh bertahan lebih satu minggu.

Suction pula bagi Yatie ok sangat. Cukup masa, dia akan automatik ke level 3. Kalau tengah khayal, sampai penuh botol Yatie maintain dengan level 3. Tapi Yatie suka pakai level 4 / 5. Puas  hati katanya. Hehe. Ikut keselesaan masing-masinglah kan.

Kepala pump adalah jenis wide. Turut disediakan converter untuk kita terus guna storage bottle. Storage bottle kan majoritinya yang biasa. 

Corong pump Lacte ada silicon. Selain itu ia ada juga penutup corong yang mana kita boleh tutup corong tu sementara tiba-tiba nak ke toilet ke, atau ada tamu ke atau apa-apa yang menggangu semasa tengah mengepam. Tujuannya adalah untuk elak segala habuk melekat pada silicon.

InshaAllah nanti nak upgrade kepada Lacte Duet pula. Suami cakap, Lacte Duet ni istimewanya berbanding dengan pam lain ialah ia menggunakan 2 motor. Kebaikan 2 motor ini ialah, jika satu motor rosak, ia masih boleh digunakan dengan 1 motor sahaja. 

Secara keseluruhan, Yatie amat berpuas hati dengan Lacte Solo ni. Ia berkhidmat dengan baik sehingga ke hari ini. Semoga review dari Yatie ini juga dapat dijadikan panduan buat korang yang tengah mencari breastpump yang terbaik. 

7 comments

  1. macam nak beli gak... tp dah duduk rumah... hahaha =D

    ReplyDelete
  2. yeayyyy...! yatie semoga terus berjuang utk aflah tesayang :)

    ReplyDelete
  3. Dah lama duk skodeng kat potg tu tp sbb anak lebih suka dfeed maka tak jadi nak membeli

    ReplyDelete
  4. Dah ada dulu...tp mcm kenan yg ni...kot ada rezeki

    ReplyDelete
  5. ambil masa yang lama untuk mengepam tak?

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day