August 14, 2015

NAD Syok Mengeliat

Bayi Mengeliat Kerap | Assalammualaikum. Kata orang tua-tua, bayi kerap mengeliat sebab baju bajan bayi tu dicuci dengan mesin basuh. Patutnya cuci tangan je. Kata orang tua-tua. Tapi, kitorang sumbat je semua dalam mesin basuh. Tak perlu sukarkan benda yang boleh dipermudah. Kann.

Kata doktor, mengeliat tu tandanya bayi nak lagi membesar. Kebiasaannya bayi akan kerap mengeliat di awal kelahiran. NAD baru beberapa hari ni kemain tau mengeliat sambil meneran. Dah nak habis pantang baru aktif mengeliat lepas tu nak kena peluk. Semalam seharian Yatie duduk riba sambil peluk dia. Baru sekejap letak bawah bila dia tidur, dia bangun semula. Sakit tulang punggung. Sobs!


Penyelesaiannya? Haa. Bedung! Kesian tapi nak buat macam mana. Dia pun tidur tak lena, Yatie sendiri pun sakit pinggang sakit punggung. Mutual benefit kekdahnya. Hihi. Lagipun tak boleh nak layan sangat. Kang terbiasa sampai balik sana, siapa yang sudi nak jaga. Jadi, NAD pun kena bertabahlah kena bedung.

39 hari dah pantang. 5 days to go. Tapi acah-acah tak sabar je nak tunggu habis pantang sebab pantang kali ni 'ringan' sikit. Haha. Cuma nak freedom yang sebenar. Ewahh!

p/s teringin biskut raya lagi la.. huhu..


2 comments

  1. weiiii cantik nya blogggg! munga2! suka2!

    ReplyDelete
  2. alaaa..samalah..hihii awal2 jer basuh tangan...semangat dapat baby kan..pastu dah lama...masuk mesin sajor...huhuhu xsempat nak basuh2 tangan nie...hehehe..mudahkan benda yg susah kennnn...

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day