August 28, 2015

Miracle Refreshing Scent (MRS) BEST!

Miracle Refreshing Scent | Assalammualaikum. Hai korang. Ingat lagi tak hari tu Yatie ada cerita tentang GBSB Family Day? Haaa. Salah satu doorgift yang kami terima ialah Miracle Refreshing Scent (MRS); Miracle Refreshing Serum dan Miracle Refreshing Spray

Miracle Refreshing Scent 
MRS adalah 100% organik dan ramuannya terdiri daripada Minyak Kelapa Dara, Minyak Mint dan Minyak Aromaterapi. Setiap minyak ini masing-masing mempunyai kebaikan/khasiatnya tersendiri untuk kita nikmati. InshaAllah.

Ramuan MRS
Sesuai dengan nama produknya MIRACLE Refreshment Scent, Yatie sendiri melihat MIRACLE produk MRS ini terhadap NAB. Wahhh! Ajaib sangat. Hehe. Ok. NAB kebelakangan ini memang mengalami masalah rambut kusut terutamanya selepas mandi. Bila rambut kusut sudah tentu aktiviti sikat rambut terbantut. Selalu bergaduh dengan NAB sebab dia cakap sakit, mak dia tetap sikat. Kalau tak sikat, molek sikit je la dia dari Mak Limah. Ehhh. 

Keadaan Rambut Selepas Mandi
Jadi, Yatie pun titiskan beberapa titik Miracle Refreshing Serum dan sapu pada rambut NAB sambil urut-urut kepala dia. Dah selesai dalam lebih kurang 5 minit (termasuk gurau senda, belai manja kan NAB hehe), Yatie pun terus sikat. Atas sebab pertama kali guna, Yatie memang terkejut dan kagum gila dengan hasilnya. Elok sikat rambut dia tanpa ada halangan kekusutan. Haaa gitu! NAB tak sakit, Yatie pun sudah tentu happy. Kannn.

AMARAN! INI BUKAN TESTIMONI RAMBUT KERINTING JADI LURUS. LOL!
Bila tanya NAB best tak sapu 'minyak' kat kepala. Katanya best tapi lepas tu tanya balik 'tapi, bau apa tu?' Haaaa. Kalau korang nak tau, bau MRS ni wangi. Sebab tu masa awal-awal terima MRS, Yatie ingatkan ia minyak wangi. Hoho. Kalau petua nenek Yatie dia memang suruh pakai minyak kelapa untuk kecantikan, kelembapan dan elak berlakunya rambut kusut. Tapi, bau sikitlah. Huhu. Jadi, MRS ni boleh menjadi alternatif.

Hati Manyak Senang Sikat Rambut Dah Tak Sakit
Yatie juga dah guna untuk disapukan ke atas kepala selepas mandi. NAB tak tipu. Memang best! Kulit kepala rasa segar sebab mint tu kan, lepas tu aromanya yang wangi memang memberi ketenangan pada Yatie. Serius menyesal lupa bawa MRS balik masa cuti nak bersalin tempoh hari. Lepas tu menyesal baru teringat nak minta suami pos kan. Huhu. Kalau tidak boleh pakai sepanjang tempoh berpantang. Tapi tak apa, better late than never kata orang. 

Miracle Refreshing Spray pula Yatie gunakan untuk sapu pada perut dan celah pelipat NAD. Kebetulan semalam perut NAD agak kembung sedikit. Lepas sapu, kemain pot pot pot kentut buang angin dia. Haha. Baby kentut banyak kali memang la gelak sebab comel. Cuba kalau orang tua kentut sekali, mau kena maki banyak kali. Haha. 

NAD pun nak inter-frame sekali
Bagi Yatie MRS ni kena ada dekat rumah. Boleh ganti minyak kelapa untuk rambut, minyak angin untuk perut dan sakit kepala, dan banyak lagi kebaikannya. Harga juga berpatutan dengan hasil yang memuaskan. Jika korang nak mengetahui dan merasai keajaiban Miracle Refreshing Serum (MRS) ini juga, haaa. Yatie sertakan maklumat MRS di bawah ni.

HQ MRS

No. Tel HQ : 03 8940 4045
Whatsapp : 013 936 4676
Emel : miraclerefreshingofficial@gmail.com

Buat korang yang berada di sekitar Gombak atau UTAR, korang boleh terus hubungi Puan Leenda Asyura. Sekarang ada promo MRS tau untuk Hari Merdeka. 

AGENT MRS GOMBAK

Tel. No : 012 241 8014
Facebook : Leenda Asyura
Instagram : Leendaasyura

Last but not least, NAB with Miracle Refreshing Serum - Before & After.
Keajaibannya dirasai dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

MRS Serum Untuk Rambut Kusut
 _________________________________

Ingin mendapatkan produk Shaklee? 
DYatie merupakan salah seorang Pengedar Sah Shaklee di Malaysia.

Pengedar Shaklee Malaysia

4 comments

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day