August 19, 2015

Ma-Mak, Jom Mekap!

Kids Make Over | Kononnya! Haha. Assalammualaikum korang. NAB tahu tentang mekap dan alat mekap ni dari YouTube. Ada video budak around 10 - 12 tahun mekap ikut watak kartun. Pandai pulak budak tu. NAB memang suka tengok. Dan ada satu ketika dia mekap muka dia dengan magic pen. Habis hijau kelopak mata. Haha.

Ada juga belikan dia mainan mekap. Siapa jadi mangsa main dengan dia? Kami la. Tapi tetap tak real. Seronok tengok dia tahu fungsi setiap alat tu. Hehe. Kemain over mengalahkan mak. Mak memang nan hado benda-benda tu semua. Natural face aje pergi mana-mana. Tak sedar diri muka jenis pucat lesi sampai orang tanya, "awak tak sihat ke?" Huhu. InshaAllah sihat.

Jadi, hasratnya telah tertunai weekend ni tadi. Dia jumpa alat mekap nek wan dia. Apa lagi. Mak Ude dia tolong. Kemain seronok NAB belek muka sendiri dalam cermin sambil cakap 'cantiknya ica ma-mak'. Pfft. Perasan tak habis. Haha.


Tudia kakak NAB. Kakak kakak sangat dah muka. Hoho. Kalau korang ada instagram / facebook Yatie, korang boleh tengok dia menari "nampak lawa nampak lawa NV". Haha. Lepas mekap kemain kerjanya nak menari, pusing ala princess. Lepas tu bila dia tengok mekap tu macam dah kurang, dia sibuk nak suruh pakaikan lagi. "Dah tak cantik dah. Buat agi." Katanya. Huhu. Sampai ke malam dia sibuk nak mekap. Last tak larat nak layan dia buat sendiri, nangis tengok muka dia dalam cermin. Hahahaha. Dah sesuka hati je sapu. Mau tak macam drakula.

Haih la. Macam-macam ragam. Malam tadi dia nangis beria ajak nek wan nek aki dia pergi kuching tak nak balik rumah. Kau rasa? Pfftt. Dia ingat kampung ni dengan kuching 9km je. Bertabahlah nek wan nek aki pujuk. Kalau maknya pujuk? Haaa. Mak rimo kau rasa cara dia pujuk macam mana? Hehe.


3 comments

  1. Anak ros pun skrg minta brg makeup dh...
    Padahal mak tak makeup, jenuh nk beli bru lak..hahahha

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day