August 18, 2015

Kek Butter Marble Sedap!

Resepi Kek Marble Butter Mudah & Sedap | Assalammualaikum. Berpantang kali ni dugaan memang hebat. Berpantang di hari raya katanya kan. Jadi, walaupun Syawal dah berlalu news feed masih ramai yang dok kongsi resepi-resepi kek. Tak keruan Yatie dibuatnya. Akhirnya, semalam sepantas kilat Yatie mengadun dan bakar kek butter marble. Hehe. Resepi sumber dari sis enyabdullah[dot]com.

Semalam Yatie dah 43 hari berpantang. Pukul kuih dengan mesin kan. Idok ler guna tenaga kuat mana. Hehe. Lagipun bukan nak kena lapis. Masukkan sekaligus dalam acuan dan bakar sampai masak aje. Orang kata keringat pun tak sempat nak keluar. Ecece. Haha.


Bahan-Bahan:
250 gram butter
250 gram tepung naik sendiri
180 gram gula kastor
5 biji telur gred B
1/2 cawan susu segar
Serbuk koko
Esen Vanilla

Cara-cara:
Pukul butter dan gula kastor hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan setiap kali masuk telur pukul selama satu minit.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung diselang-seli dengan susu dan pastikan tepung adalah yang terakhir. Gaul rata.
Asingkan 1/3 dari adunan dan masukkan koko. Gaul sebati.
Masukkan adunan ori ke dalam acuan terlebih dahulu kemudian letak adunan koko di atas. Lorekkan adunan dengan pisau untuk jadikannya marble.
Akhir sekali masukkan dalam oven. Bakar dengan suhu 170℃ selama 50/60 minit sehingga masak.


Dah masak bagi sejuk sikit dan kemudian baru potong. Crunchy. Panas lagi. Sedap wooo! Jadi, semalam mak tang minum petang dengan kek butter marble dan air milo panas. Sekejap je dah separuh. Hari ini dah tak ada. Habis dahhh, kata NAB. Hihi. Eh tapi bukan Yatie seorang yang habiskan walaupun Yatie cuma bakar satu adunan je.

Haaa. Kalau tak ada idea nak buat minum petang. Bakar je kek butter marble ni. Sap sap sui je. Sedap pun sedap. Kos pun murah aje!

p/s 44 hari sudah! yeay!!


5 comments

  1. aah..kek marbel la yg paling senang, cepat nak buat...dan rasanya jugak lazat!

    ReplyDelete
  2. My husbandnya favorite nih..
    Thanks for d recipe

    ReplyDelete
  3. Kita share ye. Nak cuba buat malam ni untuk esok sambutan hari raya Kementerian. Tema 70's. Ni favourite Kek. Selalu kakak yang buat. Terima kasih

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day