August 23, 2015

Food Review: Jelly Kelapa Olla!


Jelly Kelapa Olla Sedap | Assalammualaikum. Bila sebut pasal jeli kelapa, jeli yang sedap ialah jeli yang dijual oleh penjual yang tidak kedekut dengan isi kelapa. Kali terakhir Yatie makan jeli yang memang padat dengan isi dan rasa yang mantap ialah pada tahun 2009. Lepas habis praktikal dah tak pernah makan jeli pakcik taiping tu. Bila beli yang lain alahai, cukup-cukup ada sikit rasa kelapa. Sedih. Huhu.

Tapi, masa GBSB Family Day tempoh hari kami dapat sponsor Jeli Kelapa Olla ni. Wallaweh! KLMJ! - Kenangan Lalu Mengusik Jiwa. Nikmatnya! Bayangkan jeli kelapa yang sarat dengan isinya, sejuk, menyentuh lembut anak tekak korang. Seperti sedang menikmati kelapa muda di tepian pantai. Ewah! Kemain kan.

Tapi serius sedap. Yatie tak tipu. Puas hati kalau beli. Dan tak puas beli 1 je. Jadi, jika korang nak menikmati jeli kelapa ni apakata korang terjah IG Shop Bizzbro. Lokasi perniagaan ialah di Shah Alam, Selangor. Diorang juga menerima tempahan untuk majlis. Rare woo desert kenduri kahwin dengan jeli kelapa. Hihi.

Jeli Kelapa Olla

Tudia Jeli Kelapa Olla yang sedap itu. Tagline bukan sekadar pelaris tapi ia benar "INI BARU BETUL KELAPA MUDA". Gituuu. Hehe. Haih la. Sambil menulis sambil membayangkan jeli. Alahai. Ramai cakap pantang setahun air kelapa. Apatah lagi kelapa kan. Tapi macam mana pula masakan bersantan? Eh. Banyak soal lak. Haha. Tahun lepas, 3 bulan lepas bersalin dah sedut dengan penuh nikmat air kelapa. Tak tahu apa kekdahnya. Haha.

Jeli Kelapa Olla
IG: https://i.instagram.com/bizzbro/
Tel: 011 - 36677847

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day