August 22, 2015

Cara Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

Tingkatkan Pengeluaran Susu Ibu | Assalammualaikum. Susulan dari kekurangan susu yang ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, Yatie tak nafikan ia sedikit sebanyak buat Yatie stress. Huhu. Sebab masa tu Yatie rasa macam susu tak sempat nak refill, NAD dah nak menyusu lagi. 

Yatie dikelilingi oleh kawan-kawan yang dah berjaya menyusukan anak secara eksklusif selama 2 tahun dan malah lebih dari itu. Ada yang menyusukan dua orang anak sekaligus (bukan kembar). Yatie tahu diorang boleh guide Yatie tapi segan juga rasanya untuk terus bertanya. Hihi. Maka Yatie berusaha untuk gali ilmu penyusuan sendiri terlebih dahulu. 

Jadi, apa yang paling penting dalam penyusuan susu ibu? Kita kena faham konsep demand vs supply. Maksudnya, pengeluaran susu adalah bergantung kepada sebanyak mana rangsangan/permintaan yang diterima. Ringkasnya; semakin kerap anak menyusu atau kita pam maka semakin banyak susu yang akan dihasilkan.

sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Oleh yang demikian, Yatie yakin yang susu adalah sangat mencukupi untuk NAD. Yatie tenangkan hati, lapangkan fikiran dan positif diri. Yatie teruskan dengan direct feeding dan memulakan kaedah power pumping. Power Pumping merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan dalam membantu meningkatkan penghasilan susu. Dan YES! It berhasil! Alhamdulillah.

dusahakan bersama dengan pump lacte hihi
Yatie kongsikan apa yang Yatie buat sepanjang berpantang ini;
1. Teruskan direct feeding dan Yatie selang seli dengan penggunaan botol.
2. Kerap mengepam termasuk power pumping sekurang-kurangnya sekali sehari.
3. Memastikan payudara sentiasa 'kosong' jadi selepas NAD menyusu Yatie akan mengepam. 
4. Pastikan minum air suam dengan banyak (jumlah mengikut keperluan badan 25kg; 1 liter air).
5. Menjadikan kurma sebagai kudapan harian sekurang-kurangnya 3 biji sehari.
6. Lauk berpantang selang seli sup sayur sawi dan buah peria. 
7. Minum ESP dan terus makan suplemen Shaklee.
8. Penjagaan emosi dengan baik; elakkan diri dari stress. (PENTING!)

Haaa. Itulah antara yang Yatie buat sepanjang tempoh berpantang. Alhamdulillah. Mungkin tak semeriah orang lain tapi sangat mencukupi untuk NAD. Moga dipanjangkan rezeki buat NAD dan dipermudahkan urusan kami.

stok ebm bertarikh 18 ogos - 22 ogos Alhamdulillah
Alhamdulillah. Nak alihkan dalam freezer pula. Jika banyak, akan diusahakan untuk bawa balik KL bila habis pantang nanti. Sekian dari ibu newbie. Eh? Haha. Dulu buat stok juga tapi ala-ala aje. Ihiks! Tutup muka. Haha.

1 comment

  1. alhamdulillah...banyak tu yatie. memang ada masanya susu kita akan sedikit kurang. tapi yatie jangan down. kuat semangat dan terus pam. inshaallah lama lama yatie akan serasi dengan situasi ini dan tidka mustahil susu akan bertambah.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day