August 17, 2015

Buai vs Bouncer/Rocker

Bouncer Pilihan Ku | Assalammualaikum. Bila NAD nak kena riba dan peluk sentiasa, macam Yatie cakap sebelum ni lah sakit tulang punggung, sakit pinggang. Bak kata NAB, sakit motot. Haha. Memang tak jadi kerja. Baru nak baring sikit, dia dah 'berzikir'. Baru nak pergi makan, dia dah 'mengaji'. Amboi sangat tau si adik.

Jiran cadangkan bagi buai. Pasang buai tradisional kat rumah ni. Tapi, tak boleh! Yatie tak nak. Sebab Yatie takut ke hulu ke hilir nak buai. Buai bukan kecik oi nak angkut sana sini. Huhu. Jadi, Sabtu lepas ikut mak bapak pergi Kuching sebab nak cari bouncer. Nak beli kat Lazada, tapi tak sanggup nak tunggu seminggu baru sampai. Makanya, cari yang biasa-biasa je dulu.


Bouncer My Dear. Harga RM69.85. Ok lah dari tak ada. Alhamdulillah semalam lega sikit. Elok dia tidur tapi tetap nak bedung. Huhu. Cuaca panas pun dia cool je kena bedung. Yatie pun lega juga la boleh buat macam-macam tak perlu rushing. Kalau dia bergerak sikit, boleh juga yang lain tolong. Tak la asyik nak peluk je. Huhu.

Satu lagi yang buat Yatie memang tak nak pakai buai sebab nanti pertengahan bulan 10 Yatie akan outstation - bermalam. Yatie masuk kerja awal bulan 10. Jadi, nak tak nak anak-anak memang kena tinggal. Unless ayahnya nak stay dengan anak-anak di Felda Hotspring sebab bengkel Yatie di ILSM, Sungkai. Itupun bergantung kepada daya upaya ayah diorang nak jaga 2 orang dalam bilik sepanjang 8 jam. Haaaa.


Nampak tak NAD tu? Beralas pula dengan bantal. Bapak pilih yang besar tapi itulah tak sangka tak sesuai sebab body NAD akan melengkung kuat dalam tu. Nak tukar? Jauh oi nak redah 90+ km semata-mata nak tukar. Gini pun boleh. Selesa. Empuk. Haha. Nanti pun sekejap je dah besar. Sedapkan hati nampak? Ngeeee. Ada roda juga untuk gerakkan bouncer tu. Bila pasang roda tak boleh henjut.

Tengok keadaan. Jika memerlukan nanti upgrade yang elektrik kat sana. Kat sini mahal wacakaplu barang-barang. Rasa nak nangis tengok harga. Haha. Cousin dan kawan-kawan semua beli online. Lagi berbaloi. Cuma kena bersabar dalam menunggu. Ceewaahhh. Tapi tak kisah la macam mana pun. Yang penting masa ni NAD ok je. Sebab bila dikunjungi stress semasa dalam pantang lain macam rasanya. Huhu.

2 hari lagi. Phew!~ sekejap je rasanya dah nak habis. NAD pun gedebab. NAB pula dah banyak vocab dia belajar. Sekarang dia gemar guna perkataan tok. Haha. Tok = ini. Tetiba rasa anak sendiri comel belajar bahasa sarawak. Hahaha.


2 comments

  1. anak saya dulu tak suka dok dlm bouncer..hehe

    ReplyDelete
  2. amani dua2 pakai...buai kalau balik kg & kat rumah pun kadang2 tido buai...bouncer dekat rumah pengasuh..nasib la dia ok kalau travel ke apa...x kisah tido nak buai ke bouncer ke...

    comey NAD tido dlm tu...kejap je nnt besar...

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day