August 11, 2015

Awal Penyusuan NAD

Dugaan Awal Penyusuan | Assalammualaikum. Sepertimana yang Yatie cerita dalam entri semalam, Alhamdulillah NAD masih menyusu Yatie sepenuhnya walaupun banyak juga dugaan. Huhu. Masa NAB, Yatie tak begitu terasa sebab NAB awal-awal dah mix dengan susu formula; Anmum.

Niat untuk full bf sehingga 2 tahun itu ada tetapi sekurang-kurangnya berjaya 6 bulan. Syukur Alhamdulillah. Sekarang suami sedang berusaha untuk survey babysitter yang sudi mengendalikan susu perahan. Sebab kita semua sedia maklum, ebm memang kena Handle With Care. Jika tak jumpa juga, kena redha. Nak paksa pun tak boleh sebab kalau tak kendalikan dengan betul; sia-sia dan mungkin memudaratkan anak.

Berbeza dengan semasa kelahiran NAB, pengeluaran susu tak begitu meriah. Yatie minum ESP dan Anmum Lacta juga. Alhamdulillah ada peningkatan walaupun tetap tak semeriah masa NAB.


Kali pertama mengepam. Seronok tengok susu masa ni. Padat dengan colostrum. Alhamdulillah berjaya dihabiskan oleh NAD. Beberapa hari selepas tu adik ipar tanya kenapa warna susu yang di pam tak lagi macam hari tu? Hehe. Comel sangat dik soalan.

NAD juga sangat kuat menyusu dan obviously sangat berbeza dengan NAB. Phew!~ Mak mentua pun cakap, minum susu kuat macam anak lelaki. Huhu. Bayangkan waktu malam dia minum 10 oz pada usia seminggu lebih. Oh ye. NAD dah diperkenalkan dengan botol susu. Syukur dia tak mengalami nipple confusion. Cuma dia bijak, sampai hari ini tak begitu terima pacifier.

Bila balik Sarawak, sekali lagi Yatie mengalami kekurangan susu. Susu kurang vs NAD kuat menyusu memang sangat menduga, dan menguji. Yatie hampir mengalah. Dua kali Yatie suarakan nak standby susu formula. Tapi, suami tak benarkan dulu. Suami cakap teruskan usaha. Pasti boleh.

Alhamdulillah. Cukup juga untuk NAD. Dengan kelajuan internet yang sangat perlahan Yatie menuntut ilmu. Baca sana sini dengan penuh sabar, dan semangat waja. Ewah! Haha. So sekarang ni cuma konsisten dengan apa yang diamalkan sekarang termasuk suplemen Shaklee.

Nanti Yatie cerita pula apa yang Yatie buat dan review pump Lacté. Hehe.


1 comment

  1. Yatie..jgn putus asa..btul ckp husben Yatie tu..xyah la standby fm sbb nnt mind set dh trganggu.. Yatie cuba la buat power pumping mlm2... Dlm pantang nie paling sesuai nk bg signal kt breast utk supply.. Semoga brjaya menyusukan NAD hingga 2thn... ;)

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day