August 6, 2015

3 Hijab Style Paling Trending


Hijab Style Paling Trending | Assalammualaikum korang! Sihat? 

Pemakaian hijab merupakan salah satu kewajipan yang dituntut bagi semua wanita Muslim. Namun, tak salah jika para wanita bertudung untuk tampil bergaya dengan trend hijab style terkini yang semakin trendy dan unik. Oleh yang demikian, kini terdapat pelbagai hijab style yang benar-benar menarik untuk dicuba dan ternyata mudah untuk dipakai oleh para hijabista yang dikeluarkan oleh jenama-jenama tudung terkemuka. 

Sebenarnya, untuk menghasilkan hijab style yang menarik, kita tak semestinya perlu membeli koleksi yang mahal tetapi hanya menggunakan kreativiti korang untuk menghasilkan lilitan tudung yang terbaik. 

Sebagai panduan atau guideline bagi korang yang ingin tampil dengan hijab style paling trending  buat masa kini, jom sama-sama kita tengok gaya-gaya ikon fesyen Muslimah ini;


Neelofa
Siapa tak kenal Neelofa? Nama Neelofa memang tidak asing lagi dan cukup sinonim dengan koleksi tudung instant shawl. Mengusahakan perniagaan beliau sendiri, kini Neelofa semakin aktif dalam mengeluarkan aneka koleksi instant shawl dalam pilihan warna yang amat menarik.


Yuna
Terkenal dengan trend tudung turban, Yuna juga bijak menggayakan trend-trend tudung yang lain hasil daripada lilitan yang cukup unik dan modern. Trend ini sesuai buat mereka yang 'berani'.


Hana Tajima
Fesyen tudung Hana Tajima sebenarnya sudah mula diminati sejak beberapa tahun yang dahulu. Fashion Designer yang juga merupakan sahabat baik kepada Yuna ini juga sering memuat naik video-video tutorial lilitan tudung khusus untuk para penggemar beliau.

1 comment

  1. wah... zalora... bila tiru artis pakai... kita pun rasa macam artis tau

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day