August 28, 2015

Miracle Refreshing Scent (MRS) BEST!

Miracle Refreshing Scent | Assalammualaikum. Hai korang. Ingat lagi tak hari tu Yatie ada cerita tentang GBSB Family Day? Haaa. Salah satu doorgift yang kami terima ialah Miracle Refreshing Scent (MRS); Miracle Refreshing Serum dan Miracle Refreshing Spray

Miracle Refreshing Scent 
MRS adalah 100% organik dan ramuannya terdiri daripada Minyak Kelapa Dara, Minyak Mint dan Minyak Aromaterapi. Setiap minyak ini masing-masing mempunyai kebaikan/khasiatnya tersendiri untuk kita nikmati. InshaAllah.

Ramuan MRS
Sesuai dengan nama produknya MIRACLE Refreshment Scent, Yatie sendiri melihat MIRACLE produk MRS ini terhadap NAB. Wahhh! Ajaib sangat. Hehe. Ok. NAB kebelakangan ini memang mengalami masalah rambut kusut terutamanya selepas mandi. Bila rambut kusut sudah tentu aktiviti sikat rambut terbantut. Selalu bergaduh dengan NAB sebab dia cakap sakit, mak dia tetap sikat. Kalau tak sikat, molek sikit je la dia dari Mak Limah. Ehhh. 

Keadaan Rambut Selepas Mandi
Jadi, Yatie pun titiskan beberapa titik Miracle Refreshing Serum dan sapu pada rambut NAB sambil urut-urut kepala dia. Dah selesai dalam lebih kurang 5 minit (termasuk gurau senda, belai manja kan NAB hehe), Yatie pun terus sikat. Atas sebab pertama kali guna, Yatie memang terkejut dan kagum gila dengan hasilnya. Elok sikat rambut dia tanpa ada halangan kekusutan. Haaa gitu! NAB tak sakit, Yatie pun sudah tentu happy. Kannn.

AMARAN! INI BUKAN TESTIMONI RAMBUT KERINTING JADI LURUS. LOL!
Bila tanya NAB best tak sapu 'minyak' kat kepala. Katanya best tapi lepas tu tanya balik 'tapi, bau apa tu?' Haaaa. Kalau korang nak tau, bau MRS ni wangi. Sebab tu masa awal-awal terima MRS, Yatie ingatkan ia minyak wangi. Hoho. Kalau petua nenek Yatie dia memang suruh pakai minyak kelapa untuk kecantikan, kelembapan dan elak berlakunya rambut kusut. Tapi, bau sikitlah. Huhu. Jadi, MRS ni boleh menjadi alternatif.

Hati Manyak Senang Sikat Rambut Dah Tak Sakit
Yatie juga dah guna untuk disapukan ke atas kepala selepas mandi. NAB tak tipu. Memang best! Kulit kepala rasa segar sebab mint tu kan, lepas tu aromanya yang wangi memang memberi ketenangan pada Yatie. Serius menyesal lupa bawa MRS balik masa cuti nak bersalin tempoh hari. Lepas tu menyesal baru teringat nak minta suami pos kan. Huhu. Kalau tidak boleh pakai sepanjang tempoh berpantang. Tapi tak apa, better late than never kata orang. 

Miracle Refreshing Spray pula Yatie gunakan untuk sapu pada perut dan celah pelipat NAD. Kebetulan semalam perut NAD agak kembung sedikit. Lepas sapu, kemain pot pot pot kentut buang angin dia. Haha. Baby kentut banyak kali memang la gelak sebab comel. Cuba kalau orang tua kentut sekali, mau kena maki banyak kali. Haha. 

NAD pun nak inter-frame sekali
Bagi Yatie MRS ni kena ada dekat rumah. Boleh ganti minyak kelapa untuk rambut, minyak angin untuk perut dan sakit kepala, dan banyak lagi kebaikannya. Harga juga berpatutan dengan hasil yang memuaskan. Jika korang nak mengetahui dan merasai keajaiban Miracle Refreshing Serum (MRS) ini juga, haaa. Yatie sertakan maklumat MRS di bawah ni.

HQ MRS

No. Tel HQ : 03 8940 4045
Whatsapp : 013 936 4676
Emel : miraclerefreshingofficial@gmail.com

Buat korang yang berada di sekitar Gombak atau UTAR, korang boleh terus hubungi Puan Leenda Asyura. Sekarang ada promo MRS tau untuk Hari Merdeka. 

AGENT MRS GOMBAK

Tel. No : 012 241 8014
Facebook : Leenda Asyura
Instagram : Leendaasyura

Last but not least, NAB with Miracle Refreshing Serum - Before & After.
Keajaibannya dirasai dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

MRS Serum Untuk Rambut Kusut
 _________________________________

Ingin mendapatkan produk Shaklee? 
DYatie merupakan salah seorang Pengedar Sah Shaklee di Malaysia.

Pengedar Shaklee Malaysia

August 26, 2015

Tempahan Template / Make Over Blog by UmieSue Studio

Tempahan Template Blog Murah | Assalammualaikum. Bagi yang kurang kreatif dan tak cukup masa nak belajar macam Yatie (hahaha. alasan!), satu cara yang paling mudah ialah tempah! Tempah custom mahupun ready made design. Apa yang penting, blog berubah wajah untuk mengembalikan mood menulis kembali. (alasan lagi! hihi.)

Sepanjang Yatie ber-blog, Yatie dah tempah template / make over blog dari Umie Sue Studio lebih dari lima kali untuk 2 blog Yatie. Blog personal Kalam D'Yatie dan blog bisnes DYatieShop termasuk blog yang telah terkubur. Hehe. Yatie sangat selesa dan mudah berurusan dengan Sue. Servis Sue bagi Yatie secara peribadi; bukan sekadar MURAH tetapi CEPAT dan TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN.

Kali ini Yatie tempah make over blog untuk blog bisnes Yatie; DYatieShop. Berbeza dengan sebelum ini, Yatie tak request apa-apa. Yatie serahkan bulat-bulat pada Sue mengikut kreativitinya sendiri. Yatie cuma bagi gambar kami 4 beranak untuk dimuatkan pada header blog. Sue cuma tanya, "kalau Su buat macam ala-ala kartun kat kedai boleh? Tapi ada letak gambar Yati family ni sekali".

Hasilnya Subhanallah. Yatie sendiri tak boleh gambarkan bertapa sebaknya Yatie bila buka blog sendiri dan tengok header yang Sue designkan untuk DYatieShop. Yatie terus teringat akan satu impian yang memang Yatie nak sangat-sangat hinggakan Yatie menangis semasa di Workshop MYRYL tempoh hari. Menangis kerana kita sungguh-sungguh mahukan impian itu menjadi kenyataan kata Puan Shuhada.

Tempahan Template / Make Over Blog by UmieSue Studio
DYatieShop - Pengedar Shaklee Cheras
Haaa. Inilah dia design header dari Sue untuk DYatieShop yang mencuit hati Yatie. Kesian Sue jadi panik bila Yatie cakap Yatie sebak tengok header. Hehe. Sorry Sue. Seakan Sue mengerti akan isi hati Yatie dan mengzahirkannya dalam design ini. Ya, hati Yatie memang terlalu kuat untuk menjadi WAHM. Tak percaya, sila tanya Rara dan Allene yang duduk satu meja dengan Yatie semasa bengkel MYRYL tempoh hari. Hihi.

Walau dalam keadaan 'genting' begini, Yatie masih lagi punya azam dan impian untuk menjadi WAHM. Tidak sekarang tapi mungkin 1, 2 atau 3 tahun lagi setelah semuanya stabil termasuk ekonomi negara. Impian itu tidak akan pernah terkubur dan Yatie akan terus berusaha ke arah itu. Semoga diperkenan dan diizinkanNya jua kerana kita cuma merancang, Allah yang tentukan.

Pertama kali, Sue terima kasih atas design ni. Kedua, terima kasih atas titipan doa buat Yatie. Dan buat rakan-rakan semua yang berminat untuk MAKE OVER BLOG / HEADER BLOG / FB COVER / LOGO / WATERMARK / FLYERS / BIZ CARD / STICKER / POSTER / BUNTING dan BANNER, sila hubungi Umie Sue Studio (UmieSue Creative). InshaAllah ia menawarkan perkhidmatan yang MURAH, PANTAS dan anda PUAS

Personal FB: Sue Haida
Business FB: UmieSue Studio

Ya Allah, permudahkanlah urusan pemilik blog ini dalam mencapai impian murninya untuk menjadi seorang mak yang bekerja dari rumah. Kurniakanlah kesihatan yang baik buat pemilik blog ini dan limpahkanlah kepadanya rezeki yang berlipat ganda. 

Ya Allah, kau permudahkanlah jua urusan rakan-rakan pemilik blog ini dan pelawat yang membaca blog ini dalam mencapai apa jua yang mereka hajati. Kurniakanlah kesihatan yang baik dan rezeki yang berlipat ganda kepada mereka. 

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Engkau sukarkan.
Ya Allah, perkenankanlah doa kami.

Aamiin.
_________________________________

Ingin mendapatkan produk Shaklee? 
DYatie merupakan salah seorang Pengedar Sah Shaklee di Malaysia.

Pengedar Shaklee Malaysia

August 24, 2015

Review Breastpump Lacte Solo

Review Single / Solo Pump Lacte | Assalammualaikum. Selamat bekerja korang! Awok cuti lagi. Sedikit angkuh disitu. Haha. Pejam celik lebih kurang sebulan je lagi baki cuti. Sobs! 

Hari ini Yatie nak review pump yang berkhidmat dengan Yatie sekarang. Sebelum ini (semasa NAB), Yatie cuma guna manual pump dari Pureen dan kemudian Disney. Jadi, tiadalah daya upaya Yatie untuk membuat perbandingan performance pam yang sekarang. Bias tau kalau nak buat juga. Hihi. 

Yatie mula terpikat dengan breastpump Lacte setelah baca review dari Ummi Erna. Kemudian survey diteruskan sehingga sehari sebelum due, barulah Yatie buat tempahan online. Yatie beli breastpump ini dari Pump On The Go (POTG). Ummi Erna ada mencadangkan supaya lebih baik beli Lacte Duet. Tetapi, Yatie pilih Lacte Solo dahulu sebab Yatie nak tengok production susu terlebih dahulu. Bagi Yatie, nak rugi kecik atau rugi besar. Gitu..

Alhamdulillah setakat ini Yatie bersyukur dengan pilihan Yatie. Salah satu sebabnya ialah Yatie ada nipple inverted (sebelah sahaja). Orang kita kata puting buta. Tapi situasi Yatie, buta tak berapa nak buta. Haha. Tidaklah perlu nak work hard sangat mengepam tapi ia memerlukan masa yang lama sedikit. Apa pun Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk anak. Kan? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yatie usahakan aje. 

Jadi, inilah review ikhlas dari Yatie.


Yatie beli Lacte Pump Solo di Pump On The Go (POTG) secara dalam talian dengan harga RM230. Free gift yang diberikan ialah;
1. 1 cooler bag
2. 5 storage bottle
3. 1 ice brick
4. 1 kabel power bank
5. 1 E-Book "Aku Pejuang Penyusu"

Lacte Pump Solo tak ada skrin tetapi ada 4 butang iaitu;
1. Butang on/off
2. Butang + kelajuan
3. Butang - kelajuan 
4. Butang pause/start

Saiz Lacte Pump Solo pula hanya sebesar tapak tangan dan ringan. Jadi, tidak menjadi masalah untuk Yatie bawa kemana-mana. 

Bunyi pam juga bagi Yatie tidak terlalu kuat. Kalau dialas/bungkus dengan kain, jiran duduk sebelah kerusi pun tak akan perasan. Hihi. Kakak ipar Yatie cakap, bunyi Medela Single Electric Pump dia lagi kuat berbanding Lacte ni. 

Ada tiga cara untuk Lacte ini berfungsi iaitu dengan;
1. Elektrik
2. Bateri AA
3. USB Cable - Power Bank / PC / Laptop
Maka dengan itu, tak ada masalah untuk mengepam dimana sahaja. Dan setakat ini, Yatie suka pakai dengan power bank sebab boleh bawa kemana sahaja Yatie nak dalam rumah ni. Power pun guna tak banyak sebab power bank Yatie yang full charge boleh bertahan lebih satu minggu.

Suction pula bagi Yatie ok sangat. Cukup masa, dia akan automatik ke level 3. Kalau tengah khayal, sampai penuh botol Yatie maintain dengan level 3. Tapi Yatie suka pakai level 4 / 5. Puas  hati katanya. Hehe. Ikut keselesaan masing-masinglah kan.

Kepala pump adalah jenis wide. Turut disediakan converter untuk kita terus guna storage bottle. Storage bottle kan majoritinya yang biasa. 

Corong pump Lacte ada silicon. Selain itu ia ada juga penutup corong yang mana kita boleh tutup corong tu sementara tiba-tiba nak ke toilet ke, atau ada tamu ke atau apa-apa yang menggangu semasa tengah mengepam. Tujuannya adalah untuk elak segala habuk melekat pada silicon.

InshaAllah nanti nak upgrade kepada Lacte Duet pula. Suami cakap, Lacte Duet ni istimewanya berbanding dengan pam lain ialah ia menggunakan 2 motor. Kebaikan 2 motor ini ialah, jika satu motor rosak, ia masih boleh digunakan dengan 1 motor sahaja. 

Secara keseluruhan, Yatie amat berpuas hati dengan Lacte Solo ni. Ia berkhidmat dengan baik sehingga ke hari ini. Semoga review dari Yatie ini juga dapat dijadikan panduan buat korang yang tengah mencari breastpump yang terbaik. 

August 23, 2015

Food Review: Jelly Kelapa Olla!


Jelly Kelapa Olla Sedap | Assalammualaikum. Bila sebut pasal jeli kelapa, jeli yang sedap ialah jeli yang dijual oleh penjual yang tidak kedekut dengan isi kelapa. Kali terakhir Yatie makan jeli yang memang padat dengan isi dan rasa yang mantap ialah pada tahun 2009. Lepas habis praktikal dah tak pernah makan jeli pakcik taiping tu. Bila beli yang lain alahai, cukup-cukup ada sikit rasa kelapa. Sedih. Huhu.

Tapi, masa GBSB Family Day tempoh hari kami dapat sponsor Jeli Kelapa Olla ni. Wallaweh! KLMJ! - Kenangan Lalu Mengusik Jiwa. Nikmatnya! Bayangkan jeli kelapa yang sarat dengan isinya, sejuk, menyentuh lembut anak tekak korang. Seperti sedang menikmati kelapa muda di tepian pantai. Ewah! Kemain kan.

Tapi serius sedap. Yatie tak tipu. Puas hati kalau beli. Dan tak puas beli 1 je. Jadi, jika korang nak menikmati jeli kelapa ni apakata korang terjah IG Shop Bizzbro. Lokasi perniagaan ialah di Shah Alam, Selangor. Diorang juga menerima tempahan untuk majlis. Rare woo desert kenduri kahwin dengan jeli kelapa. Hihi.

Jeli Kelapa Olla

Tudia Jeli Kelapa Olla yang sedap itu. Tagline bukan sekadar pelaris tapi ia benar "INI BARU BETUL KELAPA MUDA". Gituuu. Hehe. Haih la. Sambil menulis sambil membayangkan jeli. Alahai. Ramai cakap pantang setahun air kelapa. Apatah lagi kelapa kan. Tapi macam mana pula masakan bersantan? Eh. Banyak soal lak. Haha. Tahun lepas, 3 bulan lepas bersalin dah sedut dengan penuh nikmat air kelapa. Tak tahu apa kekdahnya. Haha.

Jeli Kelapa Olla
IG: https://i.instagram.com/bizzbro/
Tel: 011 - 36677847

August 22, 2015

Cara Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

Tingkatkan Pengeluaran Susu Ibu | Assalammualaikum. Susulan dari kekurangan susu yang ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, Yatie tak nafikan ia sedikit sebanyak buat Yatie stress. Huhu. Sebab masa tu Yatie rasa macam susu tak sempat nak refill, NAD dah nak menyusu lagi. 

Yatie dikelilingi oleh kawan-kawan yang dah berjaya menyusukan anak secara eksklusif selama 2 tahun dan malah lebih dari itu. Ada yang menyusukan dua orang anak sekaligus (bukan kembar). Yatie tahu diorang boleh guide Yatie tapi segan juga rasanya untuk terus bertanya. Hihi. Maka Yatie berusaha untuk gali ilmu penyusuan sendiri terlebih dahulu. 

Jadi, apa yang paling penting dalam penyusuan susu ibu? Kita kena faham konsep demand vs supply. Maksudnya, pengeluaran susu adalah bergantung kepada sebanyak mana rangsangan/permintaan yang diterima. Ringkasnya; semakin kerap anak menyusu atau kita pam maka semakin banyak susu yang akan dihasilkan.

sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Oleh yang demikian, Yatie yakin yang susu adalah sangat mencukupi untuk NAD. Yatie tenangkan hati, lapangkan fikiran dan positif diri. Yatie teruskan dengan direct feeding dan memulakan kaedah power pumping. Power Pumping merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan dalam membantu meningkatkan penghasilan susu. Dan YES! It berhasil! Alhamdulillah.

dusahakan bersama dengan pump lacte hihi
Yatie kongsikan apa yang Yatie buat sepanjang berpantang ini;
1. Teruskan direct feeding dan Yatie selang seli dengan penggunaan botol.
2. Kerap mengepam termasuk power pumping sekurang-kurangnya sekali sehari.
3. Memastikan payudara sentiasa 'kosong' jadi selepas NAD menyusu Yatie akan mengepam. 
4. Pastikan minum air suam dengan banyak (jumlah mengikut keperluan badan 25kg; 1 liter air).
5. Menjadikan kurma sebagai kudapan harian sekurang-kurangnya 3 biji sehari.
6. Lauk berpantang selang seli sup sayur sawi dan buah peria. 
7. Minum ESP dan terus makan suplemen Shaklee.
8. Penjagaan emosi dengan baik; elakkan diri dari stress. (PENTING!)

Haaa. Itulah antara yang Yatie buat sepanjang tempoh berpantang. Alhamdulillah. Mungkin tak semeriah orang lain tapi sangat mencukupi untuk NAD. Moga dipanjangkan rezeki buat NAD dan dipermudahkan urusan kami.

stok ebm bertarikh 18 ogos - 22 ogos Alhamdulillah
Alhamdulillah. Nak alihkan dalam freezer pula. Jika banyak, akan diusahakan untuk bawa balik KL bila habis pantang nanti. Sekian dari ibu newbie. Eh? Haha. Dulu buat stok juga tapi ala-ala aje. Ihiks! Tutup muka. Haha.

August 19, 2015

Ma-Mak, Jom Mekap!

Kids Make Over | Kononnya! Haha. Assalammualaikum korang. NAB tahu tentang mekap dan alat mekap ni dari YouTube. Ada video budak around 10 - 12 tahun mekap ikut watak kartun. Pandai pulak budak tu. NAB memang suka tengok. Dan ada satu ketika dia mekap muka dia dengan magic pen. Habis hijau kelopak mata. Haha.

Ada juga belikan dia mainan mekap. Siapa jadi mangsa main dengan dia? Kami la. Tapi tetap tak real. Seronok tengok dia tahu fungsi setiap alat tu. Hehe. Kemain over mengalahkan mak. Mak memang nan hado benda-benda tu semua. Natural face aje pergi mana-mana. Tak sedar diri muka jenis pucat lesi sampai orang tanya, "awak tak sihat ke?" Huhu. InshaAllah sihat.

Jadi, hasratnya telah tertunai weekend ni tadi. Dia jumpa alat mekap nek wan dia. Apa lagi. Mak Ude dia tolong. Kemain seronok NAB belek muka sendiri dalam cermin sambil cakap 'cantiknya ica ma-mak'. Pfft. Perasan tak habis. Haha.


Tudia kakak NAB. Kakak kakak sangat dah muka. Hoho. Kalau korang ada instagram / facebook Yatie, korang boleh tengok dia menari "nampak lawa nampak lawa NV". Haha. Lepas mekap kemain kerjanya nak menari, pusing ala princess. Lepas tu bila dia tengok mekap tu macam dah kurang, dia sibuk nak suruh pakaikan lagi. "Dah tak cantik dah. Buat agi." Katanya. Huhu. Sampai ke malam dia sibuk nak mekap. Last tak larat nak layan dia buat sendiri, nangis tengok muka dia dalam cermin. Hahahaha. Dah sesuka hati je sapu. Mau tak macam drakula.

Haih la. Macam-macam ragam. Malam tadi dia nangis beria ajak nek wan nek aki dia pergi kuching tak nak balik rumah. Kau rasa? Pfftt. Dia ingat kampung ni dengan kuching 9km je. Bertabahlah nek wan nek aki pujuk. Kalau maknya pujuk? Haaa. Mak rimo kau rasa cara dia pujuk macam mana? Hehe.


August 18, 2015

Kek Butter Marble Sedap!

Resepi Kek Marble Butter Mudah & Sedap | Assalammualaikum. Berpantang kali ni dugaan memang hebat. Berpantang di hari raya katanya kan. Jadi, walaupun Syawal dah berlalu news feed masih ramai yang dok kongsi resepi-resepi kek. Tak keruan Yatie dibuatnya. Akhirnya, semalam sepantas kilat Yatie mengadun dan bakar kek butter marble. Hehe. Resepi sumber dari sis enyabdullah[dot]com.

Semalam Yatie dah 43 hari berpantang. Pukul kuih dengan mesin kan. Idok ler guna tenaga kuat mana. Hehe. Lagipun bukan nak kena lapis. Masukkan sekaligus dalam acuan dan bakar sampai masak aje. Orang kata keringat pun tak sempat nak keluar. Ecece. Haha.


Bahan-Bahan:
250 gram butter
250 gram tepung naik sendiri
180 gram gula kastor
5 biji telur gred B
1/2 cawan susu segar
Serbuk koko
Esen Vanilla

Cara-cara:
Pukul butter dan gula kastor hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan setiap kali masuk telur pukul selama satu minit.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung diselang-seli dengan susu dan pastikan tepung adalah yang terakhir. Gaul rata.
Asingkan 1/3 dari adunan dan masukkan koko. Gaul sebati.
Masukkan adunan ori ke dalam acuan terlebih dahulu kemudian letak adunan koko di atas. Lorekkan adunan dengan pisau untuk jadikannya marble.
Akhir sekali masukkan dalam oven. Bakar dengan suhu 170℃ selama 50/60 minit sehingga masak.


Dah masak bagi sejuk sikit dan kemudian baru potong. Crunchy. Panas lagi. Sedap wooo! Jadi, semalam mak tang minum petang dengan kek butter marble dan air milo panas. Sekejap je dah separuh. Hari ini dah tak ada. Habis dahhh, kata NAB. Hihi. Eh tapi bukan Yatie seorang yang habiskan walaupun Yatie cuma bakar satu adunan je.

Haaa. Kalau tak ada idea nak buat minum petang. Bakar je kek butter marble ni. Sap sap sui je. Sedap pun sedap. Kos pun murah aje!

p/s 44 hari sudah! yeay!!


August 17, 2015

Buai vs Bouncer/Rocker

Bouncer Pilihan Ku | Assalammualaikum. Bila NAD nak kena riba dan peluk sentiasa, macam Yatie cakap sebelum ni lah sakit tulang punggung, sakit pinggang. Bak kata NAB, sakit motot. Haha. Memang tak jadi kerja. Baru nak baring sikit, dia dah 'berzikir'. Baru nak pergi makan, dia dah 'mengaji'. Amboi sangat tau si adik.

Jiran cadangkan bagi buai. Pasang buai tradisional kat rumah ni. Tapi, tak boleh! Yatie tak nak. Sebab Yatie takut ke hulu ke hilir nak buai. Buai bukan kecik oi nak angkut sana sini. Huhu. Jadi, Sabtu lepas ikut mak bapak pergi Kuching sebab nak cari bouncer. Nak beli kat Lazada, tapi tak sanggup nak tunggu seminggu baru sampai. Makanya, cari yang biasa-biasa je dulu.


Bouncer My Dear. Harga RM69.85. Ok lah dari tak ada. Alhamdulillah semalam lega sikit. Elok dia tidur tapi tetap nak bedung. Huhu. Cuaca panas pun dia cool je kena bedung. Yatie pun lega juga la boleh buat macam-macam tak perlu rushing. Kalau dia bergerak sikit, boleh juga yang lain tolong. Tak la asyik nak peluk je. Huhu.

Satu lagi yang buat Yatie memang tak nak pakai buai sebab nanti pertengahan bulan 10 Yatie akan outstation - bermalam. Yatie masuk kerja awal bulan 10. Jadi, nak tak nak anak-anak memang kena tinggal. Unless ayahnya nak stay dengan anak-anak di Felda Hotspring sebab bengkel Yatie di ILSM, Sungkai. Itupun bergantung kepada daya upaya ayah diorang nak jaga 2 orang dalam bilik sepanjang 8 jam. Haaaa.


Nampak tak NAD tu? Beralas pula dengan bantal. Bapak pilih yang besar tapi itulah tak sangka tak sesuai sebab body NAD akan melengkung kuat dalam tu. Nak tukar? Jauh oi nak redah 90+ km semata-mata nak tukar. Gini pun boleh. Selesa. Empuk. Haha. Nanti pun sekejap je dah besar. Sedapkan hati nampak? Ngeeee. Ada roda juga untuk gerakkan bouncer tu. Bila pasang roda tak boleh henjut.

Tengok keadaan. Jika memerlukan nanti upgrade yang elektrik kat sana. Kat sini mahal wacakaplu barang-barang. Rasa nak nangis tengok harga. Haha. Cousin dan kawan-kawan semua beli online. Lagi berbaloi. Cuma kena bersabar dalam menunggu. Ceewaahhh. Tapi tak kisah la macam mana pun. Yang penting masa ni NAD ok je. Sebab bila dikunjungi stress semasa dalam pantang lain macam rasanya. Huhu.

2 hari lagi. Phew!~ sekejap je rasanya dah nak habis. NAD pun gedebab. NAB pula dah banyak vocab dia belajar. Sekarang dia gemar guna perkataan tok. Haha. Tok = ini. Tetiba rasa anak sendiri comel belajar bahasa sarawak. Hahaha.


August 16, 2015

I Am Still Your Trusted SID

Pengedar Sah Shaklee Cheras | Assalammualaikum. Walaupun sekarang Yatie di Sarawak, itu bukan bermakna perniagaan suplemen Shaklee Yatie terhenti. Yatie tetap menerima tempahan suplemen dari seluruh pelusuk negara 24 jam / 7 hari. Cuma mungkin akan ada sedikit keterlewatan dalam membalas SMS / Whatsapp / WeChat.


Shaklee; pelengkap nutrisi dan vitamin dalam tubuh badan kita. Ia merupakan makanan tambahan dan bukan pengganti makanan. Oleh yang demikian, pemakanan diet seimbang jangan pernah sesekali korang abaikan. Ada yang berpendapat bila dah makan suplemen, boleh makan apa sahaja tanpa kawalan. BIG NO! Itu tanggapan yang salah.

Apa pun bagi Yatie; lebih baik mencegah dari merawat sebab korang pun tahu macam mana rasanya bila nikmat kesihatan ditarik. Huhu. Tetapi, jangan pula kita rasa bila dah makan suplemen kita akan 100% sihat dan tak akan sakit. Pernah dengar kan? Usaha. Doa. Tawakal.

Akhir kalam, hubungi Yatie jika berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee.


August 15, 2015

Surat Cinta Tentang Solat

Surat Cinta Solat | Assalammualaikum. Perkongsian untuk kita selami bersama.

..Bila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya &
tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

..Anggaplah solat itu Pertemuan yg kau nanti dgn  Tuhanmu.

..Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau Bercerita dengan Allah.

..Anggaplah solat  itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dgn Allah SWT.

..Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kau dlm bermimpi.

..Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat denganNya.

..Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.

..Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya.

..Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hambaKu."

..Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila org mengusikmu."

..Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih.

..Masya Allah.. sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Allahuma, Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud.

p/s rindu nak solat.. huhu..


August 14, 2015

NAD Syok Mengeliat

Bayi Mengeliat Kerap | Assalammualaikum. Kata orang tua-tua, bayi kerap mengeliat sebab baju bajan bayi tu dicuci dengan mesin basuh. Patutnya cuci tangan je. Kata orang tua-tua. Tapi, kitorang sumbat je semua dalam mesin basuh. Tak perlu sukarkan benda yang boleh dipermudah. Kann.

Kata doktor, mengeliat tu tandanya bayi nak lagi membesar. Kebiasaannya bayi akan kerap mengeliat di awal kelahiran. NAD baru beberapa hari ni kemain tau mengeliat sambil meneran. Dah nak habis pantang baru aktif mengeliat lepas tu nak kena peluk. Semalam seharian Yatie duduk riba sambil peluk dia. Baru sekejap letak bawah bila dia tidur, dia bangun semula. Sakit tulang punggung. Sobs!


Penyelesaiannya? Haa. Bedung! Kesian tapi nak buat macam mana. Dia pun tidur tak lena, Yatie sendiri pun sakit pinggang sakit punggung. Mutual benefit kekdahnya. Hihi. Lagipun tak boleh nak layan sangat. Kang terbiasa sampai balik sana, siapa yang sudi nak jaga. Jadi, NAD pun kena bertabahlah kena bedung.

39 hari dah pantang. 5 days to go. Tapi acah-acah tak sabar je nak tunggu habis pantang sebab pantang kali ni 'ringan' sikit. Haha. Cuma nak freedom yang sebenar. Ewahh!

p/s teringin biskut raya lagi la.. huhu..


August 11, 2015

Awal Penyusuan NAD

Dugaan Awal Penyusuan | Assalammualaikum. Sepertimana yang Yatie cerita dalam entri semalam, Alhamdulillah NAD masih menyusu Yatie sepenuhnya walaupun banyak juga dugaan. Huhu. Masa NAB, Yatie tak begitu terasa sebab NAB awal-awal dah mix dengan susu formula; Anmum.

Niat untuk full bf sehingga 2 tahun itu ada tetapi sekurang-kurangnya berjaya 6 bulan. Syukur Alhamdulillah. Sekarang suami sedang berusaha untuk survey babysitter yang sudi mengendalikan susu perahan. Sebab kita semua sedia maklum, ebm memang kena Handle With Care. Jika tak jumpa juga, kena redha. Nak paksa pun tak boleh sebab kalau tak kendalikan dengan betul; sia-sia dan mungkin memudaratkan anak.

Berbeza dengan semasa kelahiran NAB, pengeluaran susu tak begitu meriah. Yatie minum ESP dan Anmum Lacta juga. Alhamdulillah ada peningkatan walaupun tetap tak semeriah masa NAB.


Kali pertama mengepam. Seronok tengok susu masa ni. Padat dengan colostrum. Alhamdulillah berjaya dihabiskan oleh NAD. Beberapa hari selepas tu adik ipar tanya kenapa warna susu yang di pam tak lagi macam hari tu? Hehe. Comel sangat dik soalan.

NAD juga sangat kuat menyusu dan obviously sangat berbeza dengan NAB. Phew!~ Mak mentua pun cakap, minum susu kuat macam anak lelaki. Huhu. Bayangkan waktu malam dia minum 10 oz pada usia seminggu lebih. Oh ye. NAD dah diperkenalkan dengan botol susu. Syukur dia tak mengalami nipple confusion. Cuma dia bijak, sampai hari ini tak begitu terima pacifier.

Bila balik Sarawak, sekali lagi Yatie mengalami kekurangan susu. Susu kurang vs NAD kuat menyusu memang sangat menduga, dan menguji. Yatie hampir mengalah. Dua kali Yatie suarakan nak standby susu formula. Tapi, suami tak benarkan dulu. Suami cakap teruskan usaha. Pasti boleh.

Alhamdulillah. Cukup juga untuk NAD. Dengan kelajuan internet yang sangat perlahan Yatie menuntut ilmu. Baca sana sini dengan penuh sabar, dan semangat waja. Ewah! Haha. So sekarang ni cuma konsisten dengan apa yang diamalkan sekarang termasuk suplemen Shaklee.

Nanti Yatie cerita pula apa yang Yatie buat dan review pump Lacté. Hehe.


August 10, 2015

Perkembangan NAD: 1 Bulan

Check Up 1 Bulan | Assalammualaikum. Alhamdulillah. NAD dah sebulan. Hari ini bermula rutin check up bulanan sehingga usianya 1 tahun.

Perkembangan NAD pada 10 Ogos 2015:
Berat - 4.3 kg
Panjang - 56 cm
Imunisasi - Hepatitis B (Dos 2)

Alhamdulillah NAD masih lagi menyusu badan sepenuhnya sehingga hari ini walau banyak dugaan. Huhu. Semoga diizinkanNya untuk full breastfeed sekurang-kurangnya sehingga usianya 6 bulan. Aamiin.


August 7, 2015

Suami Ku Juga Blogger

Suamiku Blogger | Assalammualaikum. Ehem tajuk! Haha. Bila ada blog, tak kisah apa pun tujuannya ber-blog maka dia adalah seorang blogger. Bezanya ialah siapa blogger itu; dikenali atau tidak. Sebenarnya suami Yatie dah lama ada juga menulis blog. Masa mula-mula kenal dia dulu pun dia ada blog. Tapi, bagai melepaskan batok di tangga lah. Eh! Macam lah awok ni blogger tegar. Haha.

Perkenalkan suami Yatie dengan nama penanya Lee Mohd Ali. Penjawat awam. Beliau juga seorang photographer sambilan. Beliau cover majlis seperti kenduri kahwin, majlis hari lahir dan outdoor photoshoot. Dan beliau semestinya merupakan photographer rasmi mana-mana event isterinya turut serta dengan syarat pasangan boleh ikut sekali. Gitu.. hehe.

Beliau baru sahaja menulis. Newbie kata orang. Sebagai isteri semestinya Yatie menyokong sepertimana beliau menyokong Yatie. Gittuu. Sokong menyokong. Sayang menyayang. #Ehhh. Haha.


Lee Mohd Ali | The Photographer
FB: Mohd Fadhlil Mohd Ali
E-mel: fadhlil86@gmail.com
Blog: www.lee-ali.blogspot.com

Hadiah Bonanza hanya di bulan Ogos 2015

Hadiah Bonanza Shaklee | Assalammualaikum. Siapa dalam kalangan pembaca yang singgah di Kalam D'Yatie merupakan ahli Shaklee tetapi hanya untuk belian diri sendiri? Haaa. Berita baik untuk korang sebab Shaklee menawarkan Hadiah Bonanza untuk bulan Ogos ini.

Seronoknya menjadi ahli Shaklee ialah selain dari mendapat harga Shaklee yang lebih murah dan bonus-bonus yang menarik, Shaklee juga menawarkan pelbagai keistimewaan yang semestinya membawa kepada penjimatan. Seperti.. Beli 2 Diskaun 5%, Beli 6 Percuma 1, VitaLea Iron Formula Percuma dengan mendaftar sebagai ahli (tawaran sehingga Oktober ini) dan yang terkini ialah Bonus Bonanza! ;)


Apakah maksud yang tersirat dalam gambar di atas ni? Tersirat gitu. Haha. Ok. Vitamin-vitamin yang ada dalam gambar ni merupakan vitamin yang bakal dimiliki secara percuma oleh ahli Shaklee (terms & conditions apply). Haaa. Jadi, jangan tunggu lagi tau. Hubungi sponsor / upline korang untuk dapatkan info lanjut tentang ni. Rugi kalau tak rebut peluang jimat begini.

Ingat! Tawaran ni hanya sah untuk ahli yang mendaftar sehingga bulan Julai tempoh hari. Jika korang baru mendaftar semalam atau 1 Ogos yang lalu, korang tak layak tetapi tetap layak untuk dapatkan tawaran promosi VitaLea for Children Beli 3 Percuma 1. Jadi, ahli Shaklee yang mendaftar dengan Yatie bolehlah contact Yatie ye. Jangan malu-malu. Yatie tak makan orang walaupun asyik lapar tengok menu sedap orang lain sekarang. Hehe.

Till we meet again! Info lanjut tentang produk shaklee, layari www.dyatieshop.com

August 6, 2015

3 Hijab Style Paling Trending


Hijab Style Paling Trending | Assalammualaikum korang! Sihat? 

Pemakaian hijab merupakan salah satu kewajipan yang dituntut bagi semua wanita Muslim. Namun, tak salah jika para wanita bertudung untuk tampil bergaya dengan trend hijab style terkini yang semakin trendy dan unik. Oleh yang demikian, kini terdapat pelbagai hijab style yang benar-benar menarik untuk dicuba dan ternyata mudah untuk dipakai oleh para hijabista yang dikeluarkan oleh jenama-jenama tudung terkemuka. 

Sebenarnya, untuk menghasilkan hijab style yang menarik, kita tak semestinya perlu membeli koleksi yang mahal tetapi hanya menggunakan kreativiti korang untuk menghasilkan lilitan tudung yang terbaik. 

Sebagai panduan atau guideline bagi korang yang ingin tampil dengan hijab style paling trending  buat masa kini, jom sama-sama kita tengok gaya-gaya ikon fesyen Muslimah ini;


Neelofa
Siapa tak kenal Neelofa? Nama Neelofa memang tidak asing lagi dan cukup sinonim dengan koleksi tudung instant shawl. Mengusahakan perniagaan beliau sendiri, kini Neelofa semakin aktif dalam mengeluarkan aneka koleksi instant shawl dalam pilihan warna yang amat menarik.


Yuna
Terkenal dengan trend tudung turban, Yuna juga bijak menggayakan trend-trend tudung yang lain hasil daripada lilitan yang cukup unik dan modern. Trend ini sesuai buat mereka yang 'berani'.


Hana Tajima
Fesyen tudung Hana Tajima sebenarnya sudah mula diminati sejak beberapa tahun yang dahulu. Fashion Designer yang juga merupakan sahabat baik kepada Yuna ini juga sering memuat naik video-video tutorial lilitan tudung khusus untuk para penggemar beliau.

August 2, 2015

Set Berpantang Pilihan Ku!

Set Bersalin Shaklee & Jamu Selapan Mustika Ratu | Assalammualaikum. Bila nak bersalin, set berpantang merupakan item yang tersenerai dalam checklist utama. Yatie yakin majoriti para ibu buat research sebelum buat keputusan untuk beli set berpantang yang dikehendaki.

Tiada dalam gambar: ESP, Ostematrix, Omega Guard
Untuk anak kedua ini, Yatie pilih Set Bersalin Shaklee dan Jamu Selapan Mustika Ratu. 

Set Bersalin Shaklee terdiri dari Zinc Complex, B Complex, Sustained Release Vita-C, VitaLea Iron Formula, ESP, Omega dan Ostematrix. Kalau nak tahu, Set Bersalin Shaklee ni tak jauh beza dengan Set Hamil Shaklee. Mengandungkan NAD, Yatie memang fully Shaklee. Bolehlah orang kata anak Shaklee gitu sebab Yatie tak consume langsung suplemen dari KKIA. Hee.

Jamu Selapan Mustika Ratu pula Yatie pilih sebab semasa mengandung anak pertama Yatie pakai set ini dan ia serasi dengan Yatie. Yatie suka dengan bau herba dari pilis set jamu ni. Tetapi...! Untuk kali ini, pilis-pilis ini semua tak serasi pula dengan Yatie. Mungkin sebab cuaca yang panas, herba yang juga bersifat panas maka kulit Yatie jadi gatal-gatal dan dahi pun turut naik jerawat. HukHukHuk.

Yatie nak share sikit tentang Set Berpantang Shaklee. Kali ini Yatie bagi yang Set Asas dahulu; VitaLea, B Complex, Zinc Complex dan Sustained Release Vita-C. Tambahan ESP, Omega Guard dan Ostematrix merupakan Set Berpantang Premium. 

VitaLea Iron Formula
  • Mengelakkan muka ibu pucat disebabkan kehilangan darah selepas bersalin
  • Mencukupi keperluan harian vitamin dalam badan
  • Menaikkan seri ibu


B Complex
  • Membantu memekatkan susu badan
  • Mengelakkan meroyan (mengurangkan stress)
  • Menghasilkan mood yang baik
  • Untuk kecantikan kulit


Zinc Complex
  • Membantu mempercepatkan luka bersalin pulih
  • Mencantikkan kuku
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Menguatkan antibodi


Sustained Release Vita-C
  • Membantu mempercepatkan luka bersalin pulih
  • Membantu menghasilkan kulit yang cantik, putih dan bersih
  • Membantu pertumbuhan sel lebih aktif
  • Mengelakkan selsema
  • Menguatkan antibodi

Alhamdulillah, 27 hari berpantang hari ini. Yatie berpuas hati dengan Set Berpantang Shaklee. Luka bersalin Yatie cepat sangat sembuh. Alhamdulillah. Kalau tidak, sukar juga Yatie nak bergerak terutamanya masa nak balik Sarawak tempoh hari iaitu pada hari ke 13 berpantang. Suami pula yang tegur, "jalan jangan laju sangat boleh?" Huuu. 

Dari segi tenaga juga Alhamdulillah. Walau tidur sudah tak lena seperti sebelum ini, Yatie masih lagi cergas. Tak ada nak join anak tidur sekali. Hihi. Kata tukang urut, berpantang tak baik tidur banyak. Kalau nak tidur tengahari pun sekejap je. Jangan lama-lama. Nanti lemau. Gituu. 

Bukan kerana Yatie pengedar Shaklee tetapi kerana Yatie pengguna Shaklee, Yatie recommend Set Berpantang Shaklee ini untuk korang consume. Shaklee bukan ubat tetapi suplemen yang merawat tubuh badan kita dari dalam. 

August 1, 2015

Review Filem: Cinta Paling Agung

Cinta Paling Agung | Assalammualaikum. Bab terjebak, serah kat Yatie. Apatah lagi masa berpantang begini. Trailer Cinta Paling Agung dok ulang-ulang, cepat je jari jemari subscribe di Astro First. Hihi.


Filem Cinta Paling Agung dibintangi oleh Aaron Aziz (Hairi), Siti Saleha (Miza), Mia Sara (Hana) dan Zaskia Adya (Dewi). Kisahnya; Hairi dan Miza telah berkahwin hampir 10 tahun dan mempunyai seorang anak. Hairi dengan tiba-tiba meluahkan niat dan hasratnya kepada Miza untuk berkahwin satu lagi iaitu dengan Dewi.

Hairi tetap mahu mengahwini Dewi walaupun Miza menuntut cerai. Atas cadangan dua rakan, Miza memberikan syarat kepada Hairi untuk dipenuhi selama 30 hari sebelum mereka balik ke Kuala Lumpur. Misinya adalah untuk mengembalikan malam pertama. Antaranya ialah dukung Miza setiap malam ke tempat tidur. 

Berjaya ke misi tersebut? Kahwin ke Hairi dengan Dewi? Bercerai ke Hairi dengan Miza? Haa. Tengok kalau nak tahu. Hehe.

Best ke? Bagi Yatie; 3 bintang kot. Sebab jalan ceritanya pernah Yatie baca di Facebook dan kalau tak silap Yatie ada satu drama juga jalan ceritanya lebih kurang begitu tetapi berakhir dengan kematian. Jadi, tak 'surprise' sangatlah ceritanya. Cuma ada plot plot yang menarik, mencuit dan menusuk hati. 

Sedih kan bila lelaki yang telah hidup bersama dengan kita melalui susah dan senang selama 9 tahun dengan mudahnya mengatakan dah tak sayang - tak ada apa lagi nak sayang. Sedih bila seolah-olah si isteri dah tak wujud lagi dan segala kebaikan telah hilang apabila hati sang suami telah terpaut pada wanita lain.

Pengajaran yang Yatie boleh ambil dari filem, jikalau kita rasa ada yang kurang / lemah pada pasangan; perbaiki mana yang kurang / lemah tersebut. Jangan pernah lupa bahawasanya tidak ada satu pun makhluk Allah yang sempurna. Atas sebab itu suami isteri perlu saling melengkapi. Bila ada masalah jangan sesekali menunding jari menyalahkan pasangan masing-masing. Sama-sama muhasabah diri. Rumahtangga mana yang tak ada masalah. Kan?

Yang mana baik kita jadikan pedoman. 
Yang buruk kita jadikan sempadan.

Blog design by Rainy Day