July 27, 2015

Line Celcom Teruk, E!

Line Celcom E! | Assalammualaikum. Hai! Yatie dan internet tak dapat dipisahkan dan bila sampai kampung, tengok signal Celcom E; stress! Haha. 


Macam mana tak stress kalau buka facebook pun lembab yang amat. Nak tengok gambar, 15 minit loading belum tentu boleh tengok. Jangan kata nak buka blog. Sobs! Sadis je Yatie rasa. Walhal banyak yang dah Yatie rencanakan sepanjang berpantang ni. Huuu. Kad sim yang data 20gb tu pun dengan penuh pasrah serahkan dekat suami sebab kalau Yatie pegang pun membazir je tak boleh pakai. Huhu.

Jadi, macam mana Yatie boleh update blog ni? Haaa. Demi internet, Yatie beli kad Maxis. Tak pernah sepanjang umur 29 tahun ni Yatie beli sim telko lain selain dari Celcom. Haha. Yatie pun tak faham kenapa Celcom tiba-tiba teruk sangat dekat kampung Yatie ni. Sedangkan sebelum ini Celcom juara. Dan Yatie agak, tak ada aduan terus kepada Celcom. InshaAllah Yatie akan buat aduan tu. Sebab, Yatie pengguna setia Celcom. Sehingga hari ini, Yatie berpuas hati dengan Celcom.

 

Jika Yatie tak update blog, tak reply komen d FB mahupun di IG; Yatie minta maaf. Bukan sombong tapi kekangan internet. Grrrr. Nak cepat nak senang, Whatsapp Yatie. Nak nombor maxis? Tak perlu rasanya sebab balik SM nanti Yatie dah ucap selamat tinggal kat no Maxis tu. Hihi. 

Arissa pun stress juga. Kerap juga dia tanya; "nak buka ti-tiub boleh?" Hihi. Alhamdulillah dia dah faham bila Yatie cakap tak ada line. Kalau tidak, bertambah stress Yatie tengok Arissa stress. Hahaha. Macam tau je Arissa stress. Hoho.

4 comments

  1. Raya kann..jalan jem ..hehehe..gurau je . Selamat hari raya yatie, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. sama la.. smua tempat slow...tapi ciknaa suka jgak, tak hadap enpon sgt..hihi

    ReplyDelete
  3. maxis je ada coverage kalau kat kampung.. kampung saya la hehehe

    ReplyDelete
  4. setuju lah.. line celcom makin teruk sekarang ni.. Saya kerja dekat area KLCC pun no service.. :(

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day