July 14, 2015

Kronologi Kelahiran Nur Aflah Dayyina

Pengalaman melahirkan Nur Aflah Dayyina | Assalammualaikum. Hai korang! Dah balik kampung? Seronok bila tengok kawan-kawan buat persediaan raya. Yatie? Hehehe. Dah seminggu berpantang. Sementara masih segar dalam ingatan dan punya kelapangan waktu, Yatie nak kongsi pengalaman melahirkan puteri kedua kami. 

6 Julai 2015
EDD Yatie; 6 Julai 2015. Masa dapat tahu EDD, Yatie memang ada berharap semoga si adik keluar 7 Julai sama tarikh dengan Yatie. Hehe. Malam tu Yatie memang ada rasa adik mengeras. Sebenarnya beberapa malam sebelumnya juga adik kerap mengeras. Tapi, dalam lingkungan jam 10 / 11 malam. Selepas itu semuanya seperti biasa. Tak ada rasa kontraksi.



7 Julai 2015
Yatie bangun solat Subuh. Sembang-sembang sekejap dengan mak mentua. Mak tanya Yatie tak ada rasa apa-apa ke? Hehe. Lepas solat Yatie duduk sekejap. Ingat nak sambung mengaji. Tiba-tiba rasa kontraksi sekejap. Yatie duduk bersandar, tertidur dan tersedar dalam setengah jam kemudian sebab ada rasa kontraksi. 

Suami, mak dan ayah keluar cari barang dapur. Yatie menolak untuk ikut sekali. Badan rasa tak sedap. Yatie makan, minum secukupnya. (Ye, tak puasa hihi). Suami balik Yatie terus bagitau yang Yatie dah ada rasa kontraksi yang agak kerap. Yatie SMS mak dan sudah tentu mak terus suruh Yatie ke hospital. 

Yatie mandi, kemudian solat Zohor dan solat Hajat. Tak bagitahu mak mentua pun, Yatie cuma bagitahu suami. Terkejut juga mak tiba-tiba suami cakap nak ke hospital. Hehe. Masa nak pergi, satu hal yang amat menyedihkan ialah tinggalkan si kakak. Peluk cium kakak. Kakak memang nangis nak ikut. Nasib baik ada Ateh nya.

Sepanjang jalan nak ke hospital Yatie terus baca doa Nabi Yunus. Set 'contraction timer', Yatie  kontraksi Yatie selang 4 minit dengan tempoh masa lebih kurang 30 - 40 saat. Kami sampai hospital dalam jam 2.20 petang. Yatie cuma sempat SMS mak minta ampun minta maaf dan redha segalanya. Yatie daftar, check BP dan nadi. Tinggi dari kebiasaan. 

Jam 2.50 petang Yatie ke tandas, dan tengok dah keluar tanda darah. Yatie maklumkan pada nurse di kaunter dan Yatie diarahkan untuk ke ruangan untuk monitor jantung adik dalam tempoh 20 minit. Syukur Alhamdulillah masa tu ada sister bawa 2 orang budak praktikal. Ada la soalan dari budak-budak ni. Cuma masa kontraksi yang kuat, kena soal Yatie rasa nak marah pun ada. Haha. 

Sister tengok bacaan macam tak normal. Bukan Yatie yang tak normal tapi mesin tu rupanya rosak. Huhu. Bila Yatie mengalami kontraksi, ada satu bacaan tu tak bergerak langsung yang mana ia sepatutnya 'menaik' bila Yatie mengalami kontraksi. Sister tanya samada Yatie kontraksi tahap nak meneran ke? Yatie sungguh-sungguh jawab ye sebab sesungguhnya masa tu Yatie nak meneran.

Kalau ikut yang jaga mesin tu, dia nak Yatie ulang semula bacaan dan suruh Yatie kencing. Yatie menolak sebab Yatie takut lain jadinya. Huhu. Sister pun tak bagi dan di suruh segera ke bilik VE. Di bilik VE, bacaan Yatie dah 8 cm. Dan dengan segeranya Yatie diarahkan ke labor room. Masa tukar baju, Yatie memang dah tak tahan. Huuu.

Doc buat VE, pecah air ketuban dan VE semula; F. Doc terus suruh teran. Semua yang ada terkejut. Masing-masing ambil tempat dan sediakan apa yang patut. Yatie sendiri pun rasa macam tak teratur meneran. Haha. Sebab segalanya berlaku dengan pantas. Jam 4.12 petang, lahirnya amanah Allah untuk Yatie dan suami. 

Adik diletakkan di dada Yatie. Allahhuakbar. Kuasa Allah. Segalanya Allah permudah. Terima kasih Allah perkenankan doa Yatie. Masa proses mengeluarkan uri, baru semua perasan yang suami Yatie tak dipanggil. Haha. Tak ada siapa yang ingat termasuk Yatie sendiri sebab semuanya sangat pantas. 

Yatie tengok whatsapp husband jam 3.05 petang tanya sela masa untuk bersalin. Hihi. Terkejut dia jam 4.30 petang nurse dah bawa anak perempuan dia keluar. Bak kata suami, "dah la awak bersalin tak tunggu saya". Haha. Yatie jawab, "Itu pun nasib baik saya tak bersalin dekat ruangan monitor jantung baby". Huuu. Apa pun syukur Alhamdulillah.

Ramai yang cakap best nya sekejap je dah bersalin. Sister masuk LR terkejut tengok dah selesai. Budak praktikal yang 'interview' awal tadi mencari nak ucap terima kasih pun terkejut tengok Yatie dah proses menjahit. Ye. Ada sedikit jahit tapi bukan episotomi. Alhamdulillah.

Dengan ini Yatie perkenalkan puteri kedua kami, adik kepada Nur Arissa Batriesya; Nur Aflah Dayyina. Semoga Nur Aflah Dayyina menjadi anak solehah yang memberikan cahaya keindahan buat semesta alam, taat beragama dan berjaya dalam hidup. Allahhummaamiin.

Hari Pertama
Hari Ketujuh
NUR AFLAH DAYYINA MOHD FADHLIL RAHMAN
07.07.2015
4.12 PM 
3.2 KG
Alhamdulillah. Dipermudahkan segala urusan sepanjang mengandung dan bersalin kali ini. Diperkenankan oleh Allah segala doa dan pengharapan yang diserahkan kepadaNya untuk semuanya berjalan lancar, normal dan dipertemukan dengan doktor serta jururawat yang lemah-lembut serta baik belaka. Diizinkan oleh Nya untuk Yatie berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak dan masih dipinjamkan nyawa untuk bersama insan-insan yang Yatie kasihi dan cintai sampai mati.

Nak baca pengalaman melahirkan kakak NAB? Kronologi Kelahiran Nur Arissa Batriesya.

13 comments

  1. tahniah yatie..
    kiss untuk aflah yer

    ReplyDelete
  2. Tahniah sis...selamat berpantang..putih melepak bb aflah...

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak yatie. Alhamdulillah senang bersalin.

    Saye haritu pon cmtu. Suami tak sempat masuk. Lewat 2-3 minit hihi. Sampai2 dah bersalin

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. tahniah yt.. sebak pulak tetiba.. hehe..

    ReplyDelete
  5. eh dah lain muka dia.. dah nampak rupa kakak arissa tu.. btw, blog dah bertukar! tema raya eh..hihi..salam aidilfitri yatie :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah sis Yatie... Alhamdulillah dimudahkan bersalin & selamat berpantang

    ReplyDelete
  7. Sebab kita overdue, tarikh lahir anak ke2 pun lebih kurang je.. Hihi.. Beza 3hari.. Kakak2 dorang beza sehari kan. :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah ..tahniah..yati jaga diri baik baik...selamat berpantang yek..salam peluk cium untuk aflah..:-)

    ReplyDelete
  9. tahniah yatie. NAB dah dapat NAD.

    ReplyDelete
  10. kali kedua baca baru entry ini, baru mengomen. alhamdulillah...syukur ya allah..semuanya selamat dan mudah. lancar.
    rasa macam baru je sembang2 dgn yatie hal nak tambah anak ni. sekelip mata. alhamdulillah yatie..tahniah.

    ReplyDelete
  11. Tahniah ibu... cute baby nye.. selamat berpantang.. dan paling penting pulihkan tenaga dalaman dan luaran juga... Alhamdulillah...

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day