July 5, 2015

2nd Pregnancy Journey; Satu Hari Sebelum EDD

Menunggu Kelahiran Khalifah Allah | Assalammualaikum. Pejam celik hari ini dah 5 Julai 2015. Ini bermakna esok 6 Julai 2015; tarikh jangkaan bersalin anak kedua Yatie. Allah SWT sahaja yang tahu bertapa hati ini tak sabar untuk melahirkan seorang lagi umat Muhammad serta bertapa cuaknya dalam hati untuk berdepan dengan proses kelahiran yang tidak ada siapa boleh duga atau ramal 'rezeki'nya. 

 

Yatie dah mula cuti sejak Isnin lepas. Ambil cuti rehat seminggu sebelum tarikh jangkaan sebab perancangan kali ini melahirkan anak di negeri ayahnya; Ipoh. InshaAllah lepas 2 minggu kami berangkat ke Sarawak. Ada juga yang mempertikaikan perancangan kami ini tapi Yatie serahkan pada Allah SWT mohon kesihatan yang baik dan perlindungan-Nya.

Yatie juga sedaya upaya untuk menghabiskan masa dengan kakak; Nur Arissa Batriesya. Ragamnya sudah tentu semakin banyak menduga kesabaran mak ayah tapi Yatie tahu tu semua sebenarnya untuk menarik perhatian kami suami isteri dan orang sekeliling. Nak marah lebih-lebih pun tak guna. Ada dia kisah? Tak sampai 1 minit kena marah, dia buat semula macam tak ada apa yang berlaku. 



Buat kakak NAB, maafkan mak jika mak terlampau tegas dalam membesarkan kakak sepanjang tiga tahun ini. Bukan tak sayang, tak mak mahu kakak jadi anak yang kuat! Kasih sayang mak tidak akan pernah berkurang walau sedikit pun terhadap kakak. InshaAllah, panjang umur mak akan pastikan kakak tak akan rasa terabai atau tersisih dengan kehadiran adik. Mak yakin kakak akan jadi kakak yang baik untuk adik-adik nanti. Allahhummaamiin.

Di kesempatan ini Yatie memohon kemaafan dari semua yang mengenali Yatie. InshaAllah, panjang umur bertemu lagi kita di lain entri. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat kasih sayang Allah SWT. Mohon dihalalkan mana yang terlebih dan terkurang dari Yatie. 

p/s: luahan hati seorang wanita yang berada di penghujung kehamilan. ;)

Salam Sayang,
DYatie.

4 comments

  1. wahhhhhh xsangka yati tgh menunggu hari rupa-rupanya.. Excitednya. Hana doakan semoga segalanya dipermudahkan ye yati.

    ReplyDelete
  2. All the best yatie. Semoga Allah permudahkan segala urusan, dan semoga both mak & baby sihat selamat & sihat walafiat hendaknya..

    ReplyDelete
  3. cepat keluor adik.. tak sabar hihi

    ReplyDelete
  4. yati.. fifi singgah.. moga yati dan keluarga sihat. selalu..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day