June 15, 2015

Workshop MYRYL | Warna & Kerjaya

Workshop "Warna & Kerjaya" by MYRYL | Assalammualaikum. Hai korang. Selamat memulakan hari pertama minggu ini! Selamat menjauhkan Monday Blues dari diri kita semua! Hehe.

Sabtu lepas Yatie berpeluang untuk turut serta dalam Workshop "Warna & Kerjaya" anjuran MYRYL bersama team Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Sebelum Yatie berkongsi panjang lebar tentang workshop ni, Yatie nak ucapkan terima kasih kepada warga MYRYL terutamanya Puan Shuhada Alauddin dan abang Ben Ashaari atas peluang, pengalaman dan ilmu yang amat berharga ini. Semoga Allah merahmati semua. Allahhummaamiin. :)


Apakah MYRYL? MYRYL merupakan singkatan bagi Master Yourself Revamp Your Life yang merupakan One-Stop Center For Personality Development, Colour Therapy & Behavioral Analysis. MYRYL ini diasaskan oleh Puan Shuhada Alauddin yang berkongsi pengalamannya dalam mengubah karier yang sebelum ini berkhidmat sebagai seorang peguam dalam sektor korporat selama 10 tahun dan sekarang dah lebih dari 2 tahun sebagai seorang speaker/trainer. Beliau bukan sahaja berkongsi pengalaman tetapi turut menyakinkan orang ramai bahawa tidak ada istilah terlambat untuk kita memulakan semula apa yang kita mahukan.

3 Slot Perkongsian
SLOT 1: WHO AM I?

Dalam slot pertama ini kami diberi tunjuk ajar dalam teknik mengenal diri dengan warna dan penomboran. Warna dan nombor personaliti diri bukanlah berdasarkan warna dan nombor yang kita suka. Ada teknik atau caranya. Dan apa yang penting ialah; percaya dan penyerahan sepenuhnya oleh kedua-dua pihak (yang meng-diagnos dan di-diagnos) kepada teknik ini. Jangan kita ada persoalan.. "ye..ke.." atau "betul.. ke.." Diagnosis yang salah boleh mempengaruhi kehidupan seseorang itu.

Teknik Mengenal Warna Diri - Applied Kinesiology
Haaa. Itulah teknik mengenal warna diri. Sebelum itu, korang tahu tak apa pentingnya untuk kita tahu warna kita? Ok, kepentingannya ialah;

  • Mengenalpasti kekuatan diri yang boleh dijadikan sumber kekuatan sewaktu dalam kesusahan.
  • Mengenalpasti potensi diri yang boleh dikembangkan.
  • Mengenalpasti kelemahan yang boleh di atasi.
  • Meningkatkan keyakinan diri kerana anda sedar akan kelebihan diri anda.
Warna luaran mewakili 80% personaliti diri. Dan Yatie baru tahu yang warna diri Yatie ialah BIRU! Rasa macam pelik sebab Yatie minat warna merah. Macam mana pula boleh jadi warna biru? Haa. Sebab itu Yatie cakap awal tadi, warna diri bukan berdasarkan warna yang kita suka. 

Maksud Warna Diri
Apa pendapat Yatie tentang ciri-ciri yang disenaraikan dalam warna biru? Yatie 95% setuju dengan ciri-ciri tersebut walau ada satu ciri KEBENDAAN dalam senarai. Haa. Sekali imbas macam tak boleh terima tetapi bila difikirkan semula, siapa pula yang tidak ada sifat kebendaan tu? Ukurannya ialah kecenderungan kita. Kalau kita rasa ia pada skala 10, kurangkan kepada skala 3. Begitu...

Teknik Kiraan Nombor Diri Luaran
Jika tadi warna luaran mewakili 80% personaliti diri, tetapi bagi nombor diri pula nombor dalaman mewakili 80% personaliti diri. Nombor luaran Yatie ialah 2 manakala dalaman nombor 4. Nombor 4 diwakili dengan warna Oren. Secara umum, positif; boleh dipercayai dan patriotik manakala negatif; kurang sabar dan kuat cemburu. Wahh gitu..

Apa yang perlu kita buat bila dah tahu warna dan nombor diri? Ok. Yang mana positif, kita kekalkan atau tingkatkan. Jadikan ia sebagai kekuatan dan pendorong dalam diri. Yang mana negatif, kita jauhkan atau elakkan. Jadikan ia sebagai peringatan untuk diri kita sendiri. 

SLOT 2: UNLOCK & UNLEASH

SWISH
Pernah atau tidak korang mahu lakukan sesuatu tetapi belum lagi dapat tunaikan atau laksanakan? Dan setiap kali bila korang fikirkan tentang itu korang akan rasa down. Jadi, bagaimana untuk menaikkan semangat itu semula? Swish! Bayangkan satu perkara yang korang sangat suka dan jika boleh ia berada dalam skala 10. Swish kan! Ibarat wallpaper komputer, tutup wallpaper yang kusam itu dengan wallpaper yang ceria. Dan kemudian nilai semula skala semangat dalam mengejar impian yang belum tercapai tadi. 


Just if korang realize, sebenarnya semua itu adalah berpunca dari kekangan minda. Semua orang punya masalah sendiri dan minda kita telah di set dengan belum atau tidak sebab sekian sekian. Selagi kita tidak bertindak untuk mengatasinya, maka selagi itu kita kana masih berada di takuk yang sama. So, Swish!!

10 Step Game Plan
10 Step Game Plan ni merupakan sesi yang paling BEST bagi Yatie. Kami menulis 10 langkah yang bermula dengan menamakan matlamat kami. Sehingga langkah yang terakhir iaitu langkah 10; close your eyes, see what you see, feel what you feel, hear what you hear. Allahhuakbar. Tak semena-mena air mata mengalir sedangkan pada awalnya Yatie tersenyum melihat bayangan impian/matlamat tersebut. Kata Puan Shuhada, it shows how much you really want it. And, Yes! I do. Semoga Allah perkenan.

SLOT 3: WALK THE TALK


Slot yang terakhir; aplikasikan warna diri dalam kehidupan seharian. Antaranya, berpakaian mengikut warna diri, dekorasi ruang mengikut warna diri, melakukan perkara penting pada hari warna diri dan memilih warna berdasarkan mesej yang ingin disampaikan. Yatie warna biru kan? Jadi, warna biru jatuhnya pada hari Rabu dan ia merupakan hari yang sangat baik untuk berkomunikasi. Dan jika Yatie nak menzahirkan yang diri Yatie seorang yang setia, ikhlas dan jujur maka Yatie perlu memasukkan elemen biru walau sedikit pada penampilan. Haa. Faham ke idok? 

BONUS!

Bonus Module
Alhamdulillah rezeki kami juga dapat BONUS MODULE dari MYRYL. Keistimewaan menghadiri bengkel/workshop ialah korang akan dapat bonus yang korang tak akan dapat dari DVD Colors & Carreer selain dari korang dapat praktikkan apa yang ada dalam DVD tersebut. Kami dapat ilmu Behavior Analysis; Kekal Berkeyakinan Tinggi Dengan Gerak Bahasa Badan. InshaAllah lepas ni kami semua berkeyakinan tinggi. Chaiyok! Hehe.

__________________________________________________________________

Walau hanya program setengah hari, banyak ilmu yang kami peroleh. Dan Yatie yakin semua peserta bersetuju yang minda kami terbuka, matlamat kami jelas dan semangat untuk mencapai matlamat meningkat. Kenapa Yatie begitu yakin? Sebab I SEE WHAT I SEE, FEEL WHAT I FEEL AND HEAR WHAT I HEAR. ;)

Puan Shuhada Alauddin merupakan seorang trainer / speaker yang sangat berbakat dan tidak sedikit pun membuatkan kita rasa bosan dengan apa yang beliau kongsikan. Malah jujurnya, workshop setengah hari itu tak mencukupi. I need more! Hihi. Dan yes of course, keseluruhan team MYRYL yang ada pada hari tersebut sama best! Kita sebagai participants tak rasa kekok walau sedikit pun dengan diorang.

Zumba Session
In between, kami ada zumba session. Yatie tak join la. Kang terberanak pulak. Hahaha. Geram je nak ikut zumba sekali. Instructor dari zumbadarlyn. Semua bersemangat dan sporting termasuk abang Ben. Hihi. Comel je masing-masing bila tengok video diorang zumba. Macam-macam gaya. Ngeee.

DVD Colours & Career
Jika tak berkesempatan untuk hadir ke bengkel MYRYL, korang boleh beli DVD ini. Nanti Yatie akan kongsikan sedikit sebanyak tentang DVD ini untuk korang juga. Sebab pada hari itu jugak merupakan Prebiu Eksklusif DVD " Colours & Career" bersama Bloggers. Nantikan tau! 

Pengasas MYRYL; Puan Shuhada Alauddin
Dan jika punya ruang kesempatan, Yatie lebih galakkan korang untuk datang workshop MYRYL. Bagi yang bekerja tak kira sektor kerajaan atau swasta, korang boleh cadangkan pada unit latihan atau pengurusan korang workshop MYRYL ini.

Team; KBBA, Projek Travel, MYRYL & ZumbaDarlyn.
Untuk maklumat lanjut, 

Web: http://www.myryl.net/
Instagram: https://instagram.com/myrylpoint/
Tel: 03 - 4065 0091

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

2 comments

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day