June 11, 2015

Survey Pengasuh 2015/2016

Bayaran Pengasuh 2015/2016 | Assalammualaikum. Hai korang! Minta maaf kerana terlalu menyepi. Ewahhh! Awak minta maaf kat siapa tu Yatie oi! Haha. Seronok sangat tengahari ni sebab office dah boleh buka blog sekejap. 

Yatie dan suami dah mula survey pengasuh. Sejak awal pregnant lagi sebenarnya tapi sebab lambat lagi jadi tak ada la melampau nak booking siap-siap. Hihi. Since dah 9 bulan, survey semula dan dapatkan info lebih tepat dan terperinci dari makcik-makcik kat sekolah suami. Sebelum ni, rate bayaran pengasuh dalam RM350 seorang. 

Dan terkini, suami cakap dah naik. RM400 seorang untuk newborn. Erkk! Terjerut leher mak dengar. Huhu. Tiba-tiba rasa macam nak jadi pengasuh anak-anak. 5 orang dah dapat RM2000 sebulan. Haha. RM400 oii! Kalau tetiba beranak kembar jadi RM800. Uuuiiii!!! Kemain kan rate sekarang. Sobs! Sobs! Sobs!

Ada beberapa orang pengasuh pilihan. Ada yang tingkat 1, tingkat 15 dan tingkat berapa entah lagi. Rumah Yatie tingkat 14. Haha. Yatie prefer pengasuh di tingkat 1. Selain senang sekali turun bawah, Yatie rasa macam selamat sikit sebab tingkat 1 je kan walaupun rumah Yatie sendiri tingkat 14. Tapi ada pula kekangan lain sebenarnya tu. Ermmm.

Yatie prefer cari awal sebab tak suka kerja last minute, tergesa-gesa, kalut bagai. Bila balik dari bersalin nanti tak kusut sangat. Arissa memang akan terus tinggal di daycare PASTI dan seterusnya inshaAllah sambung tadika PASTI yang sama tahun depan. 

Tiba-tiba rasa tak sabar nak bersalin, nak jumpa adik baby. Nak tengok reaksi kakak NAB. Nak jadi mak ayah untuk dua orang anak comel. Eh? Hehe. 

p/s: keep calm and counting days!

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

4 comments

  1. yoorin bayar irine RM350 dari baby sampai skrg..patut RM300 je.. tp rasa macm x patut je nk bg RM300, sebb bs jaga irine sorang je.. rasa dah paling murah sebab kat area pandan indah ni ada yang RM600.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Hoho..mahalnya!

    ainaez.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. 400...macam mahal sgt jek..huhu...

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day