June 12, 2015

Buffet Ramadhan 2015 | Restoran Istana Bambu

Pakej Buffet Ramadhan di Restoran Istana Bambu | Assalammualaikum. Hai. Pejam celik, lebih kurang seminggu lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan. Bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam. Dan InshaAllah bulan kelahiran adik baby. Hehe. 

Selain dari berkunjung ke bazar Ramadhan, Yatie pasti ramai juga yang memilih untuk ke restoran / hotel bagi mendapatkan buffet Ramadhan samada untuk merai berbuka puasa dengan keluarga, kawan-kawan mahupun rakan sekerja. Restoran Istana Bambu yang terletak di Ampang merupakan salah satu restoran yang korang boleh terjah untuk berbuka.

Restoran Istana Bambu
Apa perasaan korang tengok gambar pintu masuk restoran ni? Hehe. Harmoni dan unik kan? Jadi, jika korang nak menikmati juadah berbuka dengan keunikan tradisi bambu secara bersila di gazebo atau duduk di meja di bahagian dewan dan taman maka jangan berlengah untuk buat tempahan Buffet Ramadhan di sini. Restoran Istana Bambu boleh memuatkan sehingga 600 tetamu pada satu-satu masa dengan hidangan lebih 70 jenis juadah berbuka puasa

Pakej Buffet Ramadhan Restoran Istana Bambu
Tahun ini Restoran Istana Bambu bertemakan "Indahnya Ramadhan" dengan citarasa nusantara. Pilihan masakan bukan hanya masakan ala kampung tradisional malah ia turut menyediakan masakan Cina, Thai dan Western. Antara juadah istimewa yang disediakan ialah kambing golek, ayam bakar Sunda, patin tempoyak, asam pedas istimewa, dan masak lemak daging salai.

Kuih Muih dan Desert
Anek Lauk-Pauk
Steamboat, Spaghetti Bolognese & Macaroni
Laksa, Asam Pedas, Masak Lemak, Ulam-Ulaman
Aneka Kerabu
Kueoteow, Roti John, Roti Canai, Kambing Golek 
Pilihan air dan 'pondok' nasi ayam
Menarik tak menu juadah berbuka Restoran Istana Bambu? Hehe. Menarik kan? Tengok gambar-gambar ini semula buat Yatie rasa lapar. Haha. InshaAllah berkelapangan Yatie akan berbuka nanti di sini. Jika sempat. Haha. Al-maklum, tengah menunggu hari je kan. Ngeee.

Dan apakah menu pilihan kami suami isteri tempoh hari? 

Pilihan Isteri: Nasi putih beraneka lauk pauk serta tomyam seafood, bubur kacang hitam dan kuih muih
Pilihan suami: Nasi putih aneka lauk, macaroni, roti john dan kambing golek.
Kalau rasa berkenan tu bolehlah buat tempahan sekarang. Tempahan dah dibuka sejak 10 Jun tempoh hari. Buffet Ramadhan ini bermula dari 19 Jun 2015 (2 Ramadhan) sehingga 15 Julai 2015 (28 Ramadhan) dan ia di buka pada jam 6 petang sehingga 10 malam. Restoran Istana Bambu juga menyediakan kemudahan surau dan ruang parkir yang luas di sekeliling restoran

Bagaimana nak buat tempahan Buffet Ramadhan Restoran Istana Bambu?

Hubungi, 
018 - 3749920 (bahagian jualan), atau
03-42514717 (pengurusan), atau
terus ke restoran.

Alamat:
Restoran Istana Bambu
Lot 841-842, MRR2 Jalan Ampang Ulu Kelang
68000 Ampang, Selangor

Telefon:
03-42514717 / 03-42524718 / 018-3749920

Email:
info@istanabambu.com.my

Website:
www.istanabambu.com.my

Pengurus Restoran (Aida):
012-2497142
aida@istanabambu.com.my

Pakej Buffet Ramadhan Restoran Istana Bambu?

Dewasa: RM52.45
Kanak-Kanak (5-11 tahun): RM26.75

"selingan"
KBBA Team
(^_^)


Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

5 comments

  1. Tak pernah pergi lagi restoran ni...mcm best..unik sgt pintu masuknya tu...hehe...insyaallah lepas raya la iols kesitu...bln puasa iols lg selesa berbuka kat umah jer...

    ReplyDelete
  2. makanan die perghhhh meriah!!!tempatnye pun menarik..

    ReplyDelete
  3. hari-hari lalu mrr2..memang selalu laa nmpak restoran ni.. ingatkan biasa2 je.. rupanya! wow! kena pegi ni..

    ReplyDelete
  4. hehehehehe roti johnnnnn! sedap!

    ReplyDelete
  5. Bulan puasa telah tiba, jangan lewatkan kesempatan ini untuk membuat take away boxGreenpack. Dapatkan keuntungan spesial yakni dapat didesain dengan suka-suka pada bagian atas box. Misal, ucapan selamat berpuasa . selamat idul fitri, dll. Semua itu bisa anda dapatkan FREE 100%! Cek di sini http://www.greenpack.co.id/

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day