June 16, 2015

2nd Pregnancy Journey: Mengidam

Mengidam Makanan Mahal | Assalammualaikum. Hai korang! Sihat?

Kemain kan intro. Mengidam makanan mahal katanya. Haha. Tapi, kalau bukan sebab mengandung rasanya tak gigih mana pun Yatie nak beli dan suami nak melayan. Berterima kasih kat adik baby sebab teringin, maka boleh semua merasa. Hihi.

Apa je yang mahal tu? Mahal bebeno ke? Mahal la bagi daku rakyat marhaen. Harum Manis 1kg RM25. Durian (tak tahu nama apa) sebiji RM45. Kalau teringin biasa-biasa, dapat bonus gomen setengah bulan gaji pun belum tentu daku nak beli. Bahaha.

Harum Manis
Durian
(Cara beli, nak durian yang kuning as display haha)

Itulah yang paling mahal pun makanan yang Yatie nak. In fact, buah-buahan. Puas hati dapat rasa harum manis yang unik. Durian? Kuning je lebih. Mangkor eh kata orang sini. Tak berbaloi je rasa tapi sebab ngidam, ibarat macam NAB dapat Kinder Bueno. Hihi.

Bun Micha, Sambal Hitam Ciknaa, Anies Nutella Cheesetart, Cheesekut Butik Dolceryna
Laksa Khomsa
Daging Dendeng Mak Mentua
Coffee King
Haaa. Terliur tak tengok gambar² tu? Ngeeee. Itulah antara makanan minuman yang Yatie teringin. Alhamdulillah, tertunai. Kalau nanti anak ada main air liur, maka kononnya apa yang mak mengidam tapi tak dapat buat anak ngences tu mitos semata. Hoho. 

Of course, terima kasih yang tidak terhingga buat suami yang melayan karenah si isteri. Kadang², geram dengan diri sendiri sebab bila teringin tu memang teringin lah! Hihi. Orang mengidam je tau perasaan teringin tu macam mana. Ngeeee. Sendiri rasa macam mengada-ngada. 

Tik Tok Tik Tok. Tak lama je lagi. Tunggu dua tiga tahun lagi kot baru nak ngidam² semula. Hehe.

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

2 comments

  1. harum manis tu ya ampun!!!sedapnye!!msa peknen hadeen dapat makan kawan bagi..

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaa dyatie.. cantek gambar :)

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day