May 7, 2015

ZIKRA 2015 #3 Pusat Jagaan Warga Emas | KBBA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semoga semua yang singgah di 'teratak' Yatie dilimpahkan dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang berlipat ganda. Yatie dan anak diuji dengan nikmat kesihatan lebih kurang seminggu. Alhamdulillah kedua-dua kami beransur sihat. Syukur.


Sebelum daya ingatan semakin susut, Yatie nak berkongsi pengalaman yang terakhir semasa program ZIKRA 2015 bersama Lembaga Zakat Selangor di lokasi yang terakhir iaitu di Pusat Jagaan Warga Emaz Zakat Selangor; Bait Al-Mawaddah.



Ini merupakan satu lagi inisiatif LZS menyantuni warga emas dalam kalangan asnaf fakir dan miskin di Selangor. Ia terletak di Jalan Kebun, Shah Alam, Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor yang dikenali sebagai Baitul Mawaddah (Bait Al-Mawaddah) yang bermaksud Rumah Kasih Sayang. Pusat Jagaan ini mula beroperasi pada bulan Ogos 2014, dan kini menempatkan seramai 28 orang warga emas.



Keadaan ruang sekitar, pintu-pintu bilik yang dihias dan bilik demo untuk para pelawat melihat keadaan bilik sebenar. Terus terang, Yatie rasa macam cerianya masuk pusat jagaan ni dengan perhiasan yang comel belaka dan kemas. Bilik-bilik pun kemas. Tapi kan, sebak rasanya bila lihat nama dekat pintu tu. Huhu.


Semasa kami sampai, warga emas ini berkumpul di ruang makan untuk makan tengahari. Sebak sayu rasa di hati bila melihat satu persatu wajah dekat situ. Jauh dalam hati Yatie, Yatie doakan semoga yang mana ada anak walaupun tak mampu nak bawa mak atau ayah balik rumah sendiri untuk dijaga tapi semoga mereka melawat mak atau ayah dengan kerap. Allahhu. Mesti mereka sunyi dan sedih kan?



Atas sebab itu LZS ada buat aktiviti untuk mereka juga. Bukan sekadar makan tidur sahaja. Aktiviti-aktiviti ini dapat menghiburkan mereka, dan sudah tentu dapat mengelakkan diri mereka dari dihambat rasa bosan dan sunyi selain dari mengaktifkan motor skill. 

-------------------------------------------------------------------

Akhir sekali kami ke Maahad Intergrasi Tahfiz Sains & Teknologi KLang (SM Tahfiz Sains, Klang). Kami solat dan makan tengahari disana. Besarkan sekolah? Semoga anak-anak Yatie nanti bersekolah di Tahfiz Sains juga. 


Oh ye. Berkesempatan juga kami menyaksikan Halakah daripada pelajar.


Dan disinilah berakhirnya program ZIKRA Jelajah Kasih Bersama Asnaf 2015 yang diakhiri denganucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Haji Mohd Hussin Ali dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato' Haji Haris Kasim.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan cuaca yang baik. Syukur. Dan secara peribadi, sekali lagi Yatie katakan ini merupakan pengalaman paling berharga dan terindah sepanjang Yatie berblog. Terima kasih Lembaga Zakat Selangor dan juga Kelab Blogger Ben Ashaari atas peluang keemasan ini. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan dan di dalam rahmat Allah SWT. 

Dan buat kalian yang bekerja di sekitar Selangor, semoga kalian tidak lagi ragu-ragu untuk mengeluarkan zakat kerana dari program sebegini kita dah tahu ke mana perginya wang zakat kalian.

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

2 comments

  1. assalamu`alaikum. julai ni buat jugak kan?pergi tak??

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya cuba mencari info tentang Pusat Jagaan Baitul Mawaddah. Tapi tiada sebarag info untuk menghubungi pusat ni. Maybe pihak admin mempunyai sebarang info untuk saya menghubungi pihak pusat jagaan ini.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day