May 26, 2015

Setelah Dua Tahun Baru Berganti

Good Shoes Take You Good Places | Assalammualaikum. Hai korang! Korang pernah tak dengar quotes omputih tu? Yatie ingat lagi ayat ini lebih kurang sama dengan ayat dalam satu drama Jepun, tapi dah lupa pula tajuknya. Huhu. Dan Yatie setuju dan suka dengan ayat tu. Yatie pernah tulis pendapat Yatie tentang kasut vs handbag sebelum ini. ;)

daughter & mom; we love our shoes so much
Awal bulan hari tu masa Arissa tak berapa sihat tiba-tiba suami cakap, "awak, jom SOGO. saya belanja awak kasut." Terkejut mak tau! Dalam keadaan berat hati gigih juga siapkan diri sendiri dan anakanda ke SOGO. Haha. Sedihnya, kasut yang berkenan tak ada saiz. Sobs! 

Then, seminggu selepas itu suami ajak keluar lagi bawa Arissa tengok dunia luar setelah seminggu dia terperap bersama emaknya di rumah. Ke Paradigm Mall lah kami dan yeay! Jumpa kasut yang diberkenan dan ada saiz. Haha. Masa tu la terjumpa kak Azrine Tahar yang cantik. Sis Azrine memang cikgu-cikgu sangat tau! Hehehe.

belated & advance gift
Bila sampai rumah suami cakap, "ini hadiah birthday awak nanti." Sekali lagi mak terkejut. Haha. Tapi mak demand, mak balas balik "birthday je? anniversary hari tu?" Suami jawab, "sekali la tu. nanti birthday saya awak belikan saya kasut pulak tau." Hahaha. Kemain tau minta siap-siap. Katanya lagi, "lama tau saya kumpul duit nak belikan ni". Ececece. 

Sebenarnya, mulut je bising. Tak pernah pun nak demand apa-apa dekat suami sendiri. Bagi Yatie, ucapan je dah cukup buat hati ni bunga-bunga sebab Yatie memang tak pernah sambut birthday sendiri. Sekadar ucapan dari mak dan bapak; memadai. Cuma hadiah belated anniversary dan advance birthday ini amat menggembirakan hati sebab Yatie kan jarang sekali beli kasut. Kasut pun dah uzur kekdahnya. Muahaha.

So, another 2 years inshaAllah baru beli kasut baru sebab last shoe was bought on July 2013. Lama kan? Hehe. Macam ni lah Yatie. Kasut memang akan pakai satu itu je bertahun. Tapi alah membeli menang memakai kata orang. Kasut selesa dan tahan lama. InshaAllah.

p/s Hai encik suami my real stalker. Terima kasih yang tidak terhingga atas ingatan. Semoga terus diluaskan pintu rezeki, dipermudahkan segala urusan dan dapat job gambar banyak². Aamiin.

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

1 comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day