May 20, 2015

GBSB Family Day 2015

Gojes Blogger Supermom & Baby Family Day 2015 | Assalammualaikum. Hai. Korang sihat? Rindunya nak bercerita dalam blog tapi bila memikirkan nak menaip dari telefon pintar, alahai. Malam pula kebiasaannya selepas Isya' dah 'assalammualaikum dunia'. Huhu. Alasan sungguh kan? Hehe. Tapi, inilah dia salah satu sindrom mak di penghujung kehamilan. Tidur itu nikmat. 

Hujung minggu lepas, Yatie bersama suami dan anak menghadirkan diri ke GBSB Family Day 2015 yang ulung kalinya diadakan selepas penubuhan GBSB FB Group pada tahun 2012. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang di lokasi pilihan tahun ini; Singgah Santai Resort, Hulu Langat. Banyak liku yang dilalui terutamanya oleh admin-admin GBSB dalam menguruskan hari bersejarah ini tetapi Yatie yakin, kenangan manis itu akan terpahat sampai bila-bila. InshaAllah.

Ahli GBSB sekarang ada 123 orang. Walaubagaimanapun yang dapat hadir adalah seramai 24 keluarga termasuk yang datang walk-in. Dua keluarga terpaksa membatalkan penyertaan disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, GBSB Family Day 2015 ini tetap meriah! Alhamdulillah. Berbaloi rasanya penat lelah admin dan urusetia kuat kami. Eh? Memandai je aku kan nak kata berbaloi penat lelah orang lain. Hahaha. 

Setinggi ucapan terima kasih Yatie ucapkan pada admin GBSB; Ciknaa dan Leenda serta urusetia kuat kami; Umie dan juga pembantu kuat admin; Kak Amy. Mereka inilah yang bertungkus lumus menguruskan penginapan, baju, hadiah dan tentatif program. 

Cool Superdads
Terima kasih yang tidak terhingga juga buat para suami yang sudi menemani dan melayan kehendak para isteri. Tanpa ditemani mahupun izin suami, aktiviti ini tak mungkin akan menjadi realiti dan berjalan seperti yang dirancang. Kan?

Gojes Supermoms
Last but not least, terima kasih juga buat semua gojes supermoms yang terlibat. Sesungguhnya tidak ku nafikan KORANG SEMUA GOJES SUPERMOM WITH COOL SUPERDAD & OHSEM SUPERKIDS! Tak cukup rasanya program 2 hari 1 malam bersama korang. Ada juga yang tak sempat laga-laga pipi terutamanya yang datang walk in. Huhu. 

Ohsem Superkids
Alhamdulillah. Anak-anak juga sepanjang program sihat walafiat walaupun bila balik ada yang tiba-tiba demam, tak sihat. Huhu. Yatie doakan semoga anak-anak gojes sihat sepenuhnya. Allahhummaamiin. Mungkin sebab berendam lama atau beralih tempat tidur ke. Wallahhualam. Oh ye. Gambar superkids ni tak lengkap pun. Anak-anak kan? Hoho. 

Untuk program kali ini, murah rezeki GBSB sebab kami dapat beberapa sponsor bukan sahaja dari ahli GBSB yang sememangnya ada perniagaan sendiri tetapi  juga dari sponsor luar. Antaranya ialah jelly kelapa, props, crochet button, fridge magnet, produk MRS, hijab pin dan banyak lagi. Alhamdulillah. InshaAllah nanti Yatie akan review satu persatu. ;)

Barisan gojes supermom yang hadir:

Allene - http://www.mommylin.com/
Aznor - http://www.kesahceriterachenta.blogspot.com/
Khairul - http://www.sedetikilham.blogspot.com/
Eira - http://aienadhira.blogspot.com/
Sue Haida - http://www.suesukasusun.blogspot.com/
Kak Amy - http://amerislovely.blogspot.com/
Yatie - http://www.dyatie.com/
Erina - http://whitevincci.blogspot.com/
Umi Pinggu - http://www.dunialesungpipitumie.blogspot.com/
Leenda - http://asleenda.blogspot.com
Ciknaa - http://www.wifewillbe.blogspot.com/
Ros Anis - http://dnatembamtomey.blogspot.com/
Achiek Anis - http://www.mamiairis.blogspot.com/
Mimi - http://www.cikpuanmimi.blogspot.com/
Mai - http://www.mylifesstoryblog.blogspot.com/
Anez - http://www.sweetlikewhat.blogspot.com/
Nadt - http://sayepunyebelog.blogspot.com/
Cik Nad - http://www.nadiah245.blogspot.com/
Pizah - http://fizmi.blogspot.com
Zarihan - http://sweetpea-pumpkin.blogspot.com/
Safura - http://safurara.com

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

4 comments

  1. semoga ukhwah yg terjalin berkekalan sampai ke anak cucu..eh eh eh..dah mula rindu uolss semua!

    ReplyDelete
  2. Taip pkai fon ke ni? Mal taip pkai fon gak.tp tunggang langgang entry. Haha...nnt jmp lg yati eh...

    ReplyDelete
  3. rindu yati lemah lembut!nanti jumpe lagi eh..

    ReplyDelete
  4. alahai comel2 nye semua gegirl n boboy tu.. :)

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day