Pages

May 8, 2015

D'Laila Mee Udang | Kari Telur Mayong

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Pejam celik dah bertemu semula dengan hari Jumaat dah kita. Salam Jumaat semua.

Korang pernah dengar telur mayong? Mayong tu dah tentu sejenis ikan. Hehe. Yatie kalau tanya rupa ikan, minta maaf memang tak tahu langsung. Hihi. Tapi bila tengok gambar telur ikan mayong. Serius, menggoda! Yatie dah lama tak makan telur besar² macam tu. Dulu kalau tak silap masa bapak masih lagi seorang nelayan, Yatie selalu juga dapat makan telur ikan besar macam tu. Hehe.

Kisahnya, pertengahan April lepas kami ke Nilai semata-mata nak makan telur mayong ni la. Lokasinya di MMA Santai Corner dan kedainya bernama D'Laila Mee Udang.

MMA Santai Corner
Dalam MMA Santai Corner ada banyak kedai. Kalau salah kedai, tak dapatlah merasa makan telur mayong. Hihi. Jadi, pastikan korang ke D'Laila Mee Udang tau!

Kari Telur Mayong
Inilah dia menu utama; Kari Telur Mayong. Nikmat oi! Terbayang-bayang pula. Aduh! Huhu. Ada 3 pilihan cara masakan telur mayong ni iaitu; kari, lemak cili api dan asam pedas. InshaAllah ada rezeki nak cuba yang asam pedas pula. Hehe. Nyum! 

Pucuk Ubi + Daging Masak Lemak Cili Api
Tudia menu tambahan. Sebenarnya, nak yang pucuk ubi masak tempoyak tu. Tapi sebab tak tahu nama, sesedap rasa je cakap maka dapatlah pucuk ubi + daging masak lemak. Pedasnya?! Dah kata masak lemak cili api kan. Berapi.. hihi.

Bubur Berlauk
Dan seterusnya Bubur Berlauk untuk si kakak lah. Bubur Berlauk merupakan menu baru di D'Laila Mee Udang ni. Banyak pilihan lauk yang bisa membangkitkan selera anda. Kak Mas cakap rebung sedap tapi orang mengandung tak boleh makan (errrr.. tapi kan malam tadi Yatie beria makan rebung. huhu.)

Makan di D'Laila Mee Udang
Tengoklah set nasi tu siap sambal, salad dan telur masin. Yatie jamin korang akan puas hati. Sedap pun sedap. Harga pastinya berpatutan walaupun sekali tengok lauk pauk D'Laila Mee Udang adalah 'rare'. Hehe.

Menu Selingan; ABC
Haaaa. Ini menu selingan. ABC yang juga sedap di MMA. Tak jauh dari D'Laila Mee Udang. Malam tu suami ada order sate juga. Tapi, tak ambil gambar. Hehehe. Bak kata orang 'balas dendam' sungguh bila dapat ke Nilai. Haha. Nak repeat juga lagi nanti sebab nak menikmati sendiri Mee Udang kegemaran ramai tu.

Pemilik D'Laila Mee Udang aktif di FB tau. Jadi, korang boleh ke D'Laila Suppower untuk update terkini menu istimewa dari D'Laila Mee Udang. Sekarang kan semuanya di hujung jari. ;)

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

3 comments

Sheila Adziz said...

Ya Allah sedapnye sis...

cik violet said...

Fuh.. terliurr

achiek anis said...

agaga..update sudah

Blog design by Rainy Day