May 25, 2015

Ceritera Hari Keluarga GBSB 2015

GBSB Family Day 2015 | Assalammualaikum. Hai korang! Monday Blues ke tu? Jom sama-sama kita buang jauh-jauh blues itu walaupun sukar. Hehe. 

Yatie sambung cerita Family Day GBSB. Admin dan urusetia kami dah sediakan tentatif program dari awal lagi supaya semuanya teratur dan berjalan lancar. Alhamdulillah. Lambat seminit dua puluh minit itu tak boleh nak kata apa sebab masing-masing urus anak kecik kan. Hoho.

GBSB Pot Luck 

Aktiviti kami dimulakan dengan pot luck sambil bermandi-manda. Errr. Anak-anak lah yang mandi-manda. Para menjemah sambil isi perut manakala para ayah pula melayan anak sambil isi perut. Hehe. Hujan renyai bukan penghalang anak-anak nak terjun kolam. Tak bagi? Bertuahlah kan. Haha. Arissa sampai-sampai je terus nak 'baju ikan' aka baju renang beliau. Huhu.

menu pot luck yang meriah
pot luck 
mandi-manda
Barbeque & Birthday Celebration

Aktiviti malam pula dimulakan dengan BBQ. Makanan kami ialah nasi goreng, ayam bakar, kambing bakar, kentang goreng dan buah-buahan. Dan kemudian diteruskan dengan majlis hari lahir 7 orang anak-anak gojes yang comel; Harris, Aieril, Afiq, Husna, Airis, Afryna dan Dahlia. Masing-masing tak sabar nak tiup kek. Arissa pun sibuk nak join sekali. Terus bertukar watak jadi gadis yang very the sensitive. Kena babap dengan balloon pun nak nangis beria. Hampir-hampir mak nak jadi singa. Hahaha. 

BBQ
Birthday Celebration
Warna-Warni
Gift Exchange & Lucky Draw

Selesai makan, selesai melayan anak-anak. Giliran aktiviti mak-mak pula. Randomly gift exchange. Yatie dapat hadiah dari mami Ashraf dan Dahlia, Leenda Asyura. Manakala hadiah dari Yatie pula kepada Sue Haida. Nak tahu siapa yang buat lawak no 1 malam tu? Haaa. Urusetia kuat kita la. Banyak kali dia jerit no 14 lepas tu bebel-bebel musykil kenapa tak ada orang menuntut. Rupa-rupanya itu no dia sendiri. Haha. Sabo je la Umie oi! Haha. Se;epas tu pula lucky draw yang mana Yatie dah tak ada. Balik bilik dengan kadar segera sebab suami ku sakit perut. Huhu. Leenda Asyura juga dapat lucky draw dari DYatieShop. Wiwiwiwi.

Gift Exchange
Gift Exchange from Leenda Asyura
Family Potrait & Games

Sekejap je dah hari terkakhir. Huhu. Lepas breakfast, kami buat sesi family potrait. Sebelum anak-anak meragam, sebelum tudung para mak senget benget dan para bapak peluh-peluh. Ada beberapa family yang tak ambil gambar iaitu family Nadt dan juga Kak Amy. Gambar anak-anak pula tak lengkap. Ateee..semua baya umur 1 - 3 tahun, memang sukar sekali nak duduk diam. Huuuu.
Family Potrait
Supermom, Superdad, Superkid
Games dimulakan dengan kotak beracun yang dikendalikan oleh Rara. Yatie tak join dengan alasan ibu mengandung. Ewah sangat! Hahaha. Suami Aznor win sebab pedajal isteri dia sendiri. Tak pasal kotak beracun tu stay dekat dia masa muzik berhenti. Haha. Umie pula buat semua orang sebak dan dia sendiri pun mengalir air mata. Huhu. Then, game anak dengan bapak pula. Anak kena masukkan bola dalam kain bapak banyak-banyak. Kemudian bapak pula tiup belon sampai pecah. Tapi, suami Rara belonnya tak pecah-pecah sampai takut tengok dia tiup belon tu entah-entah dah tahap maksima. Huhu. 

Games
Akhir sekali, game anak-anak kutip gula-gula masuk dalam bekas. Siapa banyak dia menang. Arissa ngam-ngam dapat gula-gula 20 biji. Dapatlah hadiah juga. Hoho. Sebenarnya sebelum tu dia dah pergi bawa bekas dekat Umie yang tengah prepare gula-gula untuk game tu. Siap ambil lagi masuk dalam bekas. Haha. Kesian anak aku. Tak pernah join game kekdahnya. Haha. 

Game Anak-Anak
Berakhirnya game anak-anak tu maknanya berakhirlah aktiviti kami sebelum ditamatkan dengan makanan tengahari. Sesungguhnya begitu pantas masa berlalu dan singkat rasanya. Masing-masing rasa tak puas. Tapi Alhamdulillah. It was great! And we'll definitely miss each other. 

Sponsors

Alhamdulillah murah rezeki GBSB Family Day 2015 ini, kami dapat sponsor dari beberapa 'kedai online'. Sponsor goodies gift, lucky draw serta desert malam BBQ dan juga banner. Yatie akan share details tentang sponsor kami di lain entri. Nantikan okay! ;)

goodies sponsor gift
Banner by Ameris Homemade Delight
Jelly Kelapa Olla
Last but not least;

Sebenarnya nak cerita panjang lebar tapi rasanya kesuntukan masa. Haha. Kang berbulan-bulan mak tak habis cerita. Amanah untuk review wajib untuk ditunaikan. Tak gitu? Make it short but perfect. Ewah! Perfect keee? Macam assignment statistik pula. Straight to the point gitu. Hehe. Sekali lagi Yatie ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang terlibat dalam Family Day 2015 ini. InshaAllah bertemu lagi kita di Family Day 2016. Allahhummaamiin.

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

2 comments

  1. terbaikkk ah yati..mekasih tau sudi seponsor op tuk family day kita ni..sayang ko.. #muahciked >___<

    ReplyDelete
  2. Ayat terbaik ahh Yt.. Kitorg sume ayat lintang pukang..haha.. Tq asben Yt sbb jd op... Gmbr sume mmg tbaik..
    Next time leh improve lg... Jumpe lg dimasa akan dtg.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day