May 15, 2015

Brownie Kedut² Sedap & Lazat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Yatie jarang sekali makan brownie. Apatah lagi nak buat brownie sendiri. Hihi. Yatie gunakan kuasa hujung jari telunjuk sepenuhnya. Tambahan pula dari sehari ke sehari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun; tak beli-beli lagi oven. Haha.

Setelah sekian lama tengok kawan-kawan upload makan Brownies yang diberi nama "kedut-kedut" ni, akhirnya berjaya juga Yatie dapatkannya. Kebetulan suami hantar album dan bingkai gambar kat client di JKR, KL maka Yatie ambil peluang untuk terus ke Sentul. 


Alkisahnya, nak balik ke Cheras jalan sesak oi. Nasib baik kami suami isteri kerja kat Cheras, kalau tengah-tengah KL memang merana nak balik kerja naik kereta. Hoho. Jadi, kami makan brownies tu dalam kereta. Subhanallah sedap. Nikmatnya. Tak tergambar dengan kata-kata apatah lagi yang makannya si mak buyung yang dah teringin lama. Hihi.

Buat korang yang berada di sekitar KL/Selangor, boleh hubungi Kak Aliah untuk menikmati kelazatan Brownies Kedut-Kedut ni. Yatie jamin korang pasti tak akan menyesal sebab brownie ni memang sedap! Hehehe.

Dan Kak Aliah bukan setakat buat Brownie Kedut-Kedut tapi juga Kek Pisang Cheese dan lain-lain. Kak Aliah juga buka peluang untuk kita buat amal jariah dengan bersedekah melalui dia seperti untuk projek berbuka puasa, projek tahlil dan projek gelandangan. Bagaimana?

Hubungi Kak Aliah sekarang! ;)

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day