May 27, 2015

2nd Pregnancy Journey: Fibroid?

Fibroid Semasa Mengandung | Assalammualaikum. Hai korang. Sihat? Semoga semuanya sihat² dan baik² semuanya. Aamiin. InshaAllah.

Mac lepas, suami dapat call dari KKIA suruh ambil form untuk buat ultrasound ke HKL. Katanya call Yatie tak jawab walhal tak ada langsung phone call dari sesiapa pun pada hari tersebut. End up, katanya silap nombot kot. Suami pergi KKIA ambil borang dan balik kerja baru Yatie tengok borang apa. It was BORANG QUERY PERMOHONAN PEMERIKSAAN RADIOLOGI. Serius pelik sebab masa NAB mana ada borang macam tu. Huhu.

noted? fibroid during antenatal scan at 14+ weeks
Yatie buka form dan baca berulang kali keterangan tu which was sangat mengelirukan. Scan dengan Dr. kerajaan tempoh hari tak ada langsung sebut tentang fibroid. Malah, masa scan swasta Dr. cakap rahim Yatie bersih. Yatie terfikir untuk buka buku merah dan buat perbandingan. 

Tarikh Scan 19/1/2015 Jangkamasa Kandungan 16W
Jangkamasa kandungan semasa scan dah cukup berbeza. Gambar di atas statement 14w dan gambar di bawah 16w. Even statement pada gambar perut tu pun berbeza. Lebih ketara, cop dan nama doktor adalah orang yang tidak sama. Malahan, klinik pun berbeza. Huhu.

Yatie pergi KKIA yang checkup dan query nurse. Haha. Aku yang query semula. Pada mulanya dia buat tak endah bila Yatie ceritakan kemusykilan dan tunjuk perbezaan² yang Yatie nampak. Katanya, 'tak awak kena pergi HKL juga scan je. doc query ni. sebab tu ada borang ni. pergi je.' Yatie berkeras juga cakap 'ini bukan saya' dengan penuh yakin. Dan dia pun berkeras suruh Yatie ke HKL. Tapi, Yatie tanya balik 'boleh tak nak ke swasta'. 

Nurse Yatie bawa buku dan borang jumpa nurse yang lain untuk refer hal boleh ke swasta atau tidak dan tiba² dia cakap slow. Mungkin sebab diorang pun perasan kontranya buku dan borang tersebut. Katanya, 'ok. awak boleh ke swasta. tapi nanti kalau ada apa² awak call saya balik ye.' Walaupun Yatie rasa macam itu tak patut tapi Yatie iye kan aje. Sebab bagi Yatie dia sepatutnya call the docs for confirmation.

Yatie terus ke Klinik Fauziah Ampang untuk scan. Alang-alang ambil cuti settlekan semua sekali. Risau pun ye juga walaupun yakin. Hahaha.

No Fibroid
Yatie explain kat doc kenapa Yatie nak scan dan tunjuk borang query. Dan doc cakap, 'rahim you bersih. nothing to be worry.'
Gituuuu. Lega tak aku? Of course la lega yang amat dan geram! Tapi as long as elok sihat anakanda, keadaan rahim dan kesihatan mak ok. Abaikanlah. Huhu. 

Dugaan kan? Dalam pelbagai cara. Apa pun syukur Alhamdulillah dengan keputusan scan tu. Semoga Allah permudahkan semuanya. Perlahan-lahan nak keep all these sweet memories dalam blog. Kesian adik, kurang ceritanya. Hehe. Mak update pelan² k adik. ;)

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

6 comments

  1. semoga di permudahkan semua tau yt..tak sabar nak tgk adik baby!

    ReplyDelete
  2. yt..aku dulu 2nd pregnant ada fibroid x perasan langsung...mujur la baby lahir fibroid ikut kluar

    ReplyDelete
  3. mengikut pengalaman ciknaa la kan, klinik gov selalu menakutkan ibu2 hamil.. padahal takde pape pong..haihh

    ReplyDelete
  4. Suspen jer kan...alhamdulillah semua ok...take care dear!

    ReplyDelete
  5. suspen je. lega bila mmg xde.. ros pun tkut klu jumpa nurse ni . mcm suka tkutkan kita... sobsob...

    ReplyDelete
  6. Allah.. suspen je tau nurse2 ni.. sokong sangat dengan yatie.. patut derang kene double confirm dengan doktor dulu..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day