April 22, 2015

ZIKRA 2015 #2; Bertemu Asnaf-Asnaf | KBBA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Yatie sambung sesi Jelajah Kasih Bersama Asnaf; Program ZIKRA 2015, Lembaga Zakat Selangor (LZS). Selepas melawat Kompleks Asrama Anak Asnaf Fakir dan Miskin (Bait Al-Hasanah), kami teruskan kembara Jelajah Kasih Bersama Asnaf ini ke lokasi penerima bantuan zakat yang lain.

Menerusi program ZIKRA ini, kita tahu kemana hala tuju duit zakat yang telah dibayar oleh umat Islam kepada LZS. Atas sebab itu Yatie memuji usaha LZS menjadikan program ZIKRA ini sebagai acara wajib setiap tahun.

Butik D'Qaseh
Persinggahan pertama kami ialah di Butik D'Qaseh yang dimiliki oleh Puan Siti Salbiyah. Beliau merupakan penerima bantuan modal perniagaan bagi daerah Klang.



Puan Siti Salbiyah merupakan ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak masih belajar dan mula menjadi asnaf LZS pada tahun 2010. Antara bantuan yang diterima termasuklah bantuan makanan dan kewangan bulanan, bantuan sewa rumah dan bantuan pendidikan untuk anak-anak.Yatie suka tengok wajah ceria Puan Siti Salbiyah menyambut kehadiran kami. Dan pada saat dia mengucapkan sepatah dua kata, wajah dia tak berhenti mengukir senyum. 


Haaaa. Bagi yang berdekatan, boleh buat tempahan baju disini. Beli baju yang dah siap pun boleh. Ada banyak baju dalam butik. 
____________________________________________________

Jelajah Kasih diteruskan ke rumah Encik Jali yang merupakan penerima bantuan bina rumah bagi daerah Klang. Simbolik penyerahan mock up kunci disempurnakan oleh Y.A.D Dato' Setia Mohd Tamyes Wahid iaitu Mufti Diraja Negeri Selangor.

Penyerahan Mock Up Kunci


Encik Jali mula menerima bantuan dari LZS sejak tahun 2014. Antara bantuan yang diterima termasuklah bantuan hari raya dan bantuan pembinaan rumah tiga bilik yang bernilai RM48,800.

Acara Tanam Pokok
Pada hari itu kami turut dijamukan dengan kuih-muih dan juga air sirap oleh keluarga Encik Jali. Alhamdulillah. Dan dapat juga kad jemputan inshaAllah bulan Mei nanti beliau akan menerima menantu. Tahniah Yatie ucapkan. Ada kelapangan Yatie akan pergi.
____________________________________________________

Selepas itu, kami ke rumah penerima bantuan modal perniagaan juga untuk penyerahan kaki palsu. Encik Saharune merupakan asnaf bagi daerah Kuala Langat. Beliau merupakan OKU yang dilahirkan tanpa kaki kiri dan menjalankan perniagaan sate untuk menampung kehidupan.


En Saharune mempunyai tanggungan isteri dan lima orang anak. Beliau mula menerima bantuan zakat pada tahun 2014. Antara bantuan zakat yang diterima ialah bantuan hari raya, sewa rumah dan pendidikan. Beliau merupakan asnaf yang disasar keluar pada tahun 2015.

Pemasangan Kaki Palsu
Dalam ucapan beliau pada hari itu, beliau berharap dapat dikeluakan dari asnaf dan menjadi salah seorang pembayar zakat pula. Allahhummaamiin.


Untuk pengetahuan korang, selama ni dia pakai kaki palsu yang beliau buat sendiri yang diperbuat dari batang nangka. Subhanallah. Kreatif sungguh kan? 
____________________________________________________

Terserlah kegembiraan di wajah setiap asnaf menyambut kunjungan kami. Bukan sekadar disambut dengan senyuman tetapi juga ada jamuan ringan turut disediakan sedangkan rasanya tak perlu untuk buat sedemikian. Tapi mereka tetap juga mahu menjamu. Lagipun memberi/bersedekah tidak akan menjadikan kita seorang yang rugi. Kan?

Besar harapan Yatie semoga umat Islam yang bekerja di negeri Selangor khususnya dan seluruh umat Islam amnya membayar zakat. Zakat yang kita bayar itu adalah untuk membersihkan diri dan harta, inshaAllah dan lihatlah apa yang LZS buat dengan duit zakat tersebut; ia membantu ramai orang. Dan sebenarnya ada lagi asnaf yang menerima bantuan tetapi jelajah kami tempoh hari sempat bertemu tiga asnaf sahaja.

Selepas itu kami ke mana pula? Tunggguuuu.. :)

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day