April 20, 2015

ZIKRA 2015 #1; Bait Al-Hasanah | KBBA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

ZIKRA merupakan singkatan bagi ‘Program Ziarah Korporat dan Media Bersama Asnaf' yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tujuan untuk bersama kongsi kejayaan zakat. Ini merupakan usaha LZS untuk dedahkan aktiviti agihan secara langsung kepada umat Islam. Program ini merupakan program tahunan LZS. Tahun ini program ini bertemakan 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf'  dan LZS memilih medium blogger iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)
 


Seawal jam 8 pagi kami telah berkumpul di Lembaga Zakat Selangor. Yatie pergi bersama Allene dari Cheras. Sarapan pagi disediakan untuk kami sebelum 'penjelajahan' bermula. Kami turut diberikan penerangan ringkas tentang perjalanan hari tersebut yang mana kami akan menziarah 6 lokasi. Pada masa ini kami berkesempatan beramah mesra dan merapatkan lagi ukhwah sesama blogger dan juga pihak korporat serta LZS.

 


Kami naik enam buah kenderaan dan Yatie, Allene, Yaya, Adik Yaya, Aten dan Kak Liza naik Van (kenderaan no 6). Oh ye! Sebelumnya ada Anil dan Kak Mas tetapi kemudian diorang berpindah ke kenderaan lain. Pengalaman pertama Yatie sendiri bila perjalanan diiring oleh polis depan belakang. Pengiring kami dalam Van ialah Ima Syuhada. Sepanjang perjalanan ke setiap lokasi beliau memberikan penerangan tentang aktiviti-aktiviti LZS.

Lokasi pertama kami ialah ke Kompleks Asrama Anak Asnaf Fakir dan Miskin (Bait Al-Hasanah) yang bermaksud Rumah Yang Baik. Lokasi Bait Al-Hasanah ialah di Kg. Perepat Klang yang menempatkan seramai 168 orang pelajar dari umur 10 hingga 16 tahun. 


taklimat ringkas
Kami melawat sekitar Bait Al-Hasanah dan diberi penerangan oleh Pengurus Besar Pejabat Agihan, En Abdul Basith Hamid sepanjang lawatan. 

bilik gerakan naqib
laman pahlawan
perpustakaan lelaki
bilik bincang
perpustakaan perempuan
Bait Al-Hasanah telah beroperasi pada tahun 2009. LZS menyediakan kemudahan asrama yang kondusif dan selesa untuk anak-anak asnaf. Kami dimaklumkan yang anak-anak asnaf ini datangnya dari pelbagai latar belakang serta cerita. Dengan kemudahan yang ada di asrama ini seperti perpustakaan dan bilik komputer serta kemudahan-kemudahan yang lain, inshaAllah mereka akan dapat belajar dengan tenang. 

bilik asrama
Gambar bilik di atas gambar bilik lelaki. Hehe. 4 katil double decker disediakan untuk memuatkan 8 orang tetapi setakat ini kebanyakannya 6 orang sahaja bagi satu bilik. Kami dimaklumkan bahawa setiap bilik di cat dengan warna yang berbeza mengikut psikologi.

Para pelajar di sini turut didedahkan dengan pelbagai program pembangunan yang dapat meningkatkan aspek spritual daninterlektual agar berjaya pada masa hadapan. LZS kini turut dalam perancangan untuk membina kompleks yang sama di Sepang, Banting dan Hulu Selangor.

barisan blogger dan korporat
Menariknya, Mufti Selangor dan CEO LZS juga turut mengikuti program ZIKRA ini.

Doa dan harapan Yatie juga semoga anak-anak yang menetap di sini dapat memanfaatkan segala kemudahan yang diberikan di asrama Bait Al-Hasanah. Semoga segala urusan LZS dan pelajar di sini lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Nak tahu lagi kemana hala tuju duit zakat yang di bayar ke Lembaga Zakat Selangor? Nantikan sambungan Jelajah Kasih Bersama Asnaf 2015 ini. ;)

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

3 comments

  1. Wah bestnya. Bestnya kalau dapat join aktiviti sebegini

    ReplyDelete
  2. seronok bila tgk balik gambar2 ni.. satu pengalaman yg sukar dilupakan..

    ReplyDelete
  3. bestnye join aktiviti camni..pengalaman bermanfaat kan..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day