April 17, 2015

Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin | KBBA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Ahad, 11 April 2015; Alhamdulillah Yatie berpeluang untuk turut hadir ke Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin bersama Duta Palestine dan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Alhamdulillah pada hari tersebut KBBA secara rasminya telah dilantik secara rasminya sebagai blogger Aman Palestin. 

Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestine
Aman Palestin merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan selain melibatkan diri dalam projek-projek kebajikan dan kemanusiaan khusus untuk rakyat Palestin. Yatie yakin ramai yang ambil tahu tentang isu Palestin kan? Untuk makluman semua, tahun ini Aman Palestin memfokuskan kepada Pembangunan dan Pemulihan Gaza selepas diserang selama 51 hari pada Ramadhan tahun lepas. Pejam celik, sebentar sahaja lagi kita bakal bertemu Ramadhan kembali. Majlis berlangsung di Hotel Bangi-Putrajaya dan Yatie ditemani oleh suami serta anak yang dikasihi. 

Majlis sudah tentu dimulai dengan ucapan alu-aluan dari pihak Aman Palestin dan juga bacaan doa. Seterusnya, ucapan dari wakil Az Zahrah, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin dan juga KBBA.

Ucapan Wakil Az Zahrah
Ucapan CEO Aman Palestin
Ucapan Wakil KBBA
Siapa wakil KBBA? Haaa. Dengan hormatnya Yatie perkenalkan Razi, pemilik www.razzwey.com. Tahniah Razi kerana sedikit sebanyak berjaya memecahkan tembok kegugupan di khalayak ramai. Thumbs up! Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan sesi tandatangan MOU dan juga kontrak duta.

Sesi Tandatangan Corporate Partnership antara Aman Palestin dengan Hospital Az Zahrah
Sesi Tandatangan Kontrak Duta Aman Palestin
Untuk makluman korang, dalam majlis ini juga ada Majlis Pembaharuan Kontrak Duta Aman Palestin iaitu Heliza AF5 dan Maulana AF8. Kami juga turut dihiburkan dengan persembahan kedua-dua duta ini dengan lagu masing-masing, La Tahzan dan Aman. 

Maulana AF8 - Aman
Heliza AF5 - La Tahzan
Korang mesti dah tahu kan yang Heliza dah pernah pergi ke sana bersama Aman Palestin. Dan video lagu La Tahzan itu adalah video yang dia ambil dari handphone sendiri sepanjang berada di sana. Sebak rasanya bila diceritakan pada kami bila penduduk di sana makan sup dari cebisan kotak. Allahhuakbar. Besarnya dugaan untuk mereka di sana. Bukan itu sahaja, 100 letupan setiap hari juga kini merupakan satu perkara biasa buat mereka. Satu lagi yang Yatie kagumi dengan Heliza, dia sangat berani dan cekal hati untuk ke sana.  

Pelancaran Buku Diari Seorang Mujahidah-Kembara Syria
Majlis pada hari itu juga turut diisi dengan pelancaran buku Diari Seorang Mujahidah yang ditulis oleh Heliza Helmi. Ia menceritakan pengalaman dan cabaran yang Heliza lalui sewaktu menyertai misi kemanusiaan.

Penyerahan Sumbangan Tabung Pembangunan Gaza oleh UniKL
Akhir sekali sebelum aktiviti bersama Heliza, UniKL menyerahkan sumbangan bernilai RM28,650 kepada Aman Palestin. Aman Palestin mensasarkan kutipan sebanyak RM50 juta untuk Tabung Pembangunan Gaza bagi membiayai projek-projek di Palestin serta bantuan lain seperti perubatan, persekolahan dan sebagainya. Aman Palestin turut mensasarkan sebanyak 30 syarikat korporat yang akan bekerjasama dengan Aman Palestine sehingga penghujung tahun ini.

Tiada yang lain selain dari mendoakan semoga Aman Palestin mencapai sasaran. Semoga kerjasama bersama syarikat korporat, para duta dan KBBA akan dapat membantu Aman Palestin untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. InshaAllah, usaha dan niat yang murni akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Jika korang nak memberi sumbangan juga tiada masalah. 

klik gambar untuk ke laman rasmi Aman Palestin

Barisan VVIP pada majlis tersebut. :)
sebahagian ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang hadir
Tengok wajah kami masing-masing ada Nur.. Hihi. Tapi sebenarnya Yatie tak pandai edit kecerahan nak bagi jelas. Hehe.
 



Alhamdulillah. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga buat Yatie. Dikesempatan ini Yatie nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Ben Ashaari dan rakan-rakan blogger KBBA. Terima kasih juga kepada Aman Palestin! :)

Heliza, Kakak dan Mak Tumpang Sekaki :p
 Last but not least,

kakak tak sabar masuk syiling dalam tabung ;)
Maklumat lanjut dan lebih pantas, korang boleh terus ke:

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

2 comments

  1. bestnya tangkap gambar dengan heliza..cute kan dia

    ReplyDelete
  2. yt.. bestnya ada kameraman.. semua moment dapat. aku bila ramai kerumun, aku malas la.. uhuhuh

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day