April 8, 2015

Lone Ranger

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

"sorang je ke?"
"ko ni kan dari dulu memang lone ranger je."

Lone Ranger bukan nama sebuah filem Hollywood tetapi bermaksud sentiasa bersendirian/berseorangan ke mana sahaja. 

Dulu, Yatie selalu rasa kasihan bila tengok ada yang jalan-jalan seorang, makan seorang dan duduk sendirian di tempat orang ramai seorang. Yatie rasa macam seolah-olah dia tak ada kawan atau teman. Kadang-kadang Yatie rasa macam nak dekat dengan orang tu supaya dia ada kawan. Tapi, tak pernah buat sebab takut. Haha. Tiba-tiba je kau nak pergi dekat dia cakap nak berkawan. Silap-silap dia lari, kau yang malu. Hahaha.

Yatie tak pasti sejak bila tapi rasanya sejak kerja di KL semula, Yatie lebih seronok sendiri. Apatah lagi awal-awal dahulu Yatie memang sendirian di sini tanpa suami dan anak jadi Yatie dah terbiasa. Kemana-mana sendiri, makan sendiri, minum sendiri. Dan semua itu juga berlaku di pejabat. Mungkin faktor usia, faktor jawatan atau faktor bahagian. Yatie sendiri kurang pasti. Tetapi, apa yang pasti Yatie baik-baik sahaja dengan itu.

Bagi Yatie, bila sendiri kita bebas bergerak kemana sahaja tanpa perlu berjanji / menanti. Sebab bila kita pergi secara berkumpulan makanya semua tindakan perlu juga berjemaah. Tetapi, bukan bermakna Yatie tak berkawan. Cuma dalam bahagian Yatie sekarang Yatie yang muda belia kononnya dan kawan-kawan seusia semua bahagian lain. Kebiasannya bila terjumpa kami hai hai hello hello macam tu. Bila berjumpa menjemah tak ingat. Haaaa. 

Yatie pernah terfikir. Mesti orang kasihan juga tengok Yatie berseorangan sebab tu diorang cakap macam yang kat atas tu sepertimana suatu ketika dahulu Yatie kasihan tengok orang lain. Hihi. Tapi, tak kisahlah orang nak fikir apa pun sebab yang penting Yatie selesa dan baik-baik sahaja. Tak ganggu orang, dan sudah tentu tidak menyusahkan orang lain. Bila jatuh, bangun sendiri. Gituu. Haha.

Korang macam mana? Selesa tak berseorangan atau macam Yatie dulu, bila seorang nak pergi makan pun tak nak. Sebab malu.. Hehehe.. Cecite.. Cecite! ;)

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

2 comments

  1. akak is lone ranger jugak dulu zaman study...dan tak kisah sangat pun kalau makan sorang if takde kawan sangat dah nak teman.pergi outing pun boleh sorang.....sorang cepat sket kot kita nak buat ape2...hehe

    ReplyDelete
  2. dulu2 masa anak dara mmg segan kalau nak makan sorang2 atau shopping sorang..tapi skrg tak kisah dahh..kadang sensorang lagi senang..cepat settle keje..haha

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day