April 6, 2015

Amalan Bungkus Lebihan Makanan

Bismillahirrahmanirrahim.

Amalan bawa balik lebihan makanan makan di kedai. Siapa pernah buat? Yatie sebelum ni pernah juga bungkus bawa balik tapi jika kuantiti yang banyak contohnya; Arissa makan nasi ayam tapi tak luak walau separuh atau Arissa kami order canai telur tapi dia makan telur separuh masak ayah dia sampai habis. Haaa. Kami biasa bungkus kalau macam tu. Kuantiti yang banyak kata orang.

Tetapi, kalau korang tengok gambar dekat bawah ni; kuantiti nasi sangat sedikit kan? Arissa makan pun tak cukup. Hahaha. Inilah dia penangan GST bagi Yatie, jimat selagi boleh. 

JM Beriani
Bungkus Lebihan Makanan Masa Makan di Kedai
Itulah nasi dan lauk yang Yatie bungkus bawa balik. Mungkin orang akan kata kedekutnya minah ni. Haha. Tapi, dah boleh bungkus apa salahnya bungkus. Boleh buat makan sarapan pagi esoknya. Alhamdulillah. Jimat portion breakfast Yatie pagi semalam. Lepas tu pening sampai tengahari sebab kambing. Sobs! Macam tak boleh makan kambing je pregnant kali ni. Huhu.

Ok lah. Esok Yatie cerita Yatie bungkus makanan kat mana ok. ;)

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

4 comments

  1. hehe yati..sama la peel kita..tapi klu nasi banyak sgt..bahagi dua portion..satu tghari, satu lagi utk mkn petang..jimat pun jimat..:-)

    ReplyDelete
  2. uuuu kite pun selalu buat..eh kite pulak.. ngade sgt bunyinya..hahaks!

    ReplyDelete
  3. sekarang kena jimat..takleh bazir2 dah..gst oh gst..huhu

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day