March 6, 2015

Review: KitKat Rubies

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Yatie bukanlah pencinta coklat tapi Yatie dah lama teringin nak makan KitKat Rubies lepas baca blog KhatyJem. Serius, menggoda sungguh 'cerita' dari Khaty. Hihi. Setiap kali ke pasaraya Yatie akan melilau cari KitKat Rubies. Tak jumpa sehinggalah pada suatu petang minggu yang lalu, pertemuan dengan KitKat Rubies di Tesco Ampang. Haha.

Dengan harga RM35.90 untuk 20 pieces coklat yang comel, Yatie berbelah bahagi juga. Suami cakap tunggu gaji. Yatie pun cuba nak realistik. Haha. Simpan balik kotak ni. Tapi belum jauh berjalan Yatie rasa 'ish! tak bolehlah. nak jugak!' Yatie pun berundur dan ambil balik kotak ni letak cepat-cepat dalam troli. Suami? Dia tolak troli sambil pejam mata. Haha. Adeh!






Haaa. Ini kotak dia. Kemas kan? Dan nampak eksklusif. Kalau nak bagi hadiah hari lahir ke anniversary ke atau apa-apa hadiah istimewa, sesuai sangat nak bagi KitKat Rubies ni. Packaging pun dah nampak esklusif. Rasanya? Hehehe. Sekejap lagi Yatie review. (ecece macam la ada bakat review makanan. hahaha.)


Get Ready!




Nyum! Nyum! Subhanallah. Nikmatnya!!! Yatie tak pandai nak review tapi senang cerita; dalam coklat ada coklat. Nikmat Ya Allah. Terima kasih atas nikmat rezeki yang dipinjamkan pada Yatie. Wafer yang rangup di tengah dan ada pieces of hazelnut. Sedap! Sedap hingga menjilat jari! Ini serius! Tak percaya sila cuba!

Sedapnya alahai sampai sayang nak makan. Haha. Satu hari satu piece. Cukup. Esok lusa makan lagi. Hihihi. Tapi, kalau dah namanya mak mengidam. Sebiji dah sangat mencukupi. Dah tak pandang sangat pun. Arissa pula buat tak layan tau dengan KitKat Rubies ni. Tak sama taste dengan adik kot. Adik kemain tau, nak makan KitKat Rubies. Haha. (eh salah kan adik pulak. hoho.)

Apa lagi yang mak mengandung ni sedang cari? Haaaa. Esok nak cari lemang. Huuuu. Tetiba pula nak makan lemang rendang bagai kan. Tahu la nanti adik lahir bulan puasa dan mak kena pantang dalam raya. Awal-awal dah minta ye dik. Bijak. Bijak. ;)

Jemputlah bertandang ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop untuk lihat info produk Shaklee, instant shawl, dan barang anak-anak.

Salam Sayang,
DYatie.
--------------------------------------------------------------------------------

 

1 comment

  1. macam sedap je.. tapi harge tu kene tunggu gaji..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day