March 31, 2015

Restoran Steamboat Pilihan Yang Marvelous!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Bila sebut steamboat, Yatie akan fikir makan malam. Sebab kebiasaannya kita makan steamboat pada waktu malam. Bila dapat tahu yang ada menu steamboat sebagai salah satu pilihan menu sarapan pagi, Yatie tanya diri sendiri. Hari ini je ke atau memang ada menu steamboat dari pagi ke malam? HewHewHew.

Restoran Lagenda Maharaja Steamboat
Itulah istimewanya Restoran Lagenda Maharaja Steamboat di Selayang. 15 Mac yang lalu, kami anak beranak ke restoran ini dengan berpandukan Waze. Waze sesungguhnya banyak membantu kami sepanjang setahun lebih dah duduk kat KL. Set sahaja lokasi. InsyaAllah sampai. Kali ini kami set ke Stadium Selayang yang mana lokasi restoran ini berhampiran dengan stadium. 

Restoran ini menyediakan menu steamboat dari jam 8 pagi sehingga 3 malam dengan pakej yang berbeza-beza. Kalau tiba-tiba isteri mengidam nak makan steamboat pagi-pagi, suami dah tak perlu risau sebab ia tersedia di Restoran Lagenda Maharaja Steamboat. InsyaAllah anak dalam perut melompat kegirangan. Ewah! Hehehe.

 

Konsep Buffet
Restoran ini berkonsepkan buffet. Tapi ingat bukan bermakna buffet tu kita boleh membuat pembaziran. Silalah ambil makanan dalam kuantiti yang sesuai dengan kapasiti perut korang. Nampak tak Sis Nina yang tengah ambil asam pedas tu? Hehehe. Asam pedas ni makan dengan lempeng. Sedapnya! Teringat-ingat pulak. 

Roti Bakar
Roti bakar ini pula merupakan menu kegemaran ramai. Korang mesti cuba! Jangan tak cuba. 


Sup pun ada. Kawan-kawan semua cakap sedap pekat ummph! Yatie tak mampu nak rasa semua. Perut memang tengah buncit tapi kapasiti kecik je. Hehe.


Menu masakan panas pun ada. Nasi goreng. Mi goreng. Keuteow goreng. 

Aneka fishball dan mee
seafood
Haaaa. Mesti korang menanti yang ini kan? Hihihi. Inilah pilihan untuk steamboat dan juga grill. Oh ye. Grill hanya pada waktu malam tau. Sarapan pagi dan makan tengahari tak ada grill. Tapi ada yang lain. Jap lagi Yatie bagitahu. Tengok dulu gambar steamboat dan grill yang menyelerakan ini. Hehe.


Waduh! Tergugat nafsu makan Yatie tengok gambar ni. Nasib baik tak mengidam nak makan lagi. Haha. Kalau tidak, dah kena set waze pergi Selayang malam ni. Haha. Yatie suka tomyam dia. Arissa suka sup dia. Arissa hirup sup je. Isi-isi semua tak makan.

 

Haaa. Yatie sertakan dekat sini menu yang ada dekat Restoran Lagenda Maharaja Steamboat untuk memudahkan korang. Haaa.. Ini pula menu makan tengahari yang ohsem!

Nasi Kuning
Kari Ikan Sembilang
Asam Pedas Ikan Kembong
Korang bayangkan makan nasi kuning dengan asam pedas ikan kembong/kari ikan sembilang waktu tengahari. Perghhhh! (Dah tak mau bayang lebih-lebih. Hehe.)


Sebelum balik, kami ternampak kelibat artis yang tengah duduk ni. Yatie tak ingat pula apa namanya. Tapi katanya dia memang pelanggan setia restoran ni. Masa ni dia makan roti bakar yang sedap itu. Hehe. Thumbs up gitu!


Haaa. Inilah Pak Din! Pak Din pemilik Restoran Lagenda Maharaja Steamboat, Selayang. 


Last but not least, inilah kawan-kawan yang Yatie selit dekat atas tadi. Inilah 'keluarga' baru Yatie. Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Hari itu juga merupakan pertama kalinya Yatie bertemu dengan semua blogger yang WOW semuanya. 

Recommended tak? Haaaa. Of course Yatie recommend korang semua untuk datang. Makanannya sedap belaka dan beraneka. Harga pun berpatutan. Ini alamat restoran untuk korang;

Restoran Lagenda Maharaja Steamboat
Lot 6 Jalan 2/10,Dataran Templer,Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,Selangor.
03-61386664

Nak tahu lebih lanjut korang terjah laman sosial restoran ni ok!
Instagram: Maharaja Steamboat

Ada beberapa perkara yang Yatie rasa Pak Din perlu ambil perhatian;
  • Restoran ini perlu disediakan dengan industrial fan dekat luar bagi memberikan keselesaan pelanggan yang makan di luar restoran. Mandi peluh juga tempoh hari. Huhu.
  • Sos untuk steamboat dan grill perlu lebih pelbagai.
  • Dapur steamboat perlu mencukupi supaya tak ada istilah 'que' terutamanya bila ada ramai yang datang pada satu masa.
  • 'Bekas' air juga sebaiknya diletakkan di ruang buffet yang lain supaya lebih teratur. 
Nak tengok lagi gambar hari tu, kat SINI. ;)

Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

3 comments

  1. baca time ptg2 gini eh lapaa terus hmmmmm HAHHAHA

    ReplyDelete
  2. selamat baru lepas telam nasi goreng setupperware.. hahaha

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day