March 27, 2015

Re-Think, Re-Calculate, Re-Schedule

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Isu GST di kalangan mak-mak ni memang tak akan habis. Kenapa? Sebab memikirkan susu anak, diapers anak, makan pakai anak. Huhu. Semua fikir tentang anak, masa depan anak. Haih la.

Tapi walau macam mana pening, risau dan gundah gulananya diri ini; realiti yang sedang menghampiri ialah kos sara hidup semakin meningkat hari-hari. Still, kita perlu membeli barang-barang anak. Still, kita perlu menyediakan makanan anak-anak. Still, kita perlu sekolahkan anak-anak. Still, kita perlu menyimpan untuk masa depan anak-anak.

Life must go on kata orang. Walaupun tidaklah begitu redha tapi kena terima seadanya. Kita tak boleh nak ubah dunia sekeliling kita. Tapi kita kena ubah diri kita sendiri. Itu yang 'Re-Think, Re-Calculate, Re-Schedule'. Sukar sebenarnya untuk kita buat keputusan tapi it is for our own good sake. InsyaAllah akan dipermudahkan oleh Nya.

Ada beberapa perkara yang Yatie buat untuk berdepan dengan fakta ini. Beberapa keputusan perlu dibuat untuk balance kan masa depan dengan masa kini. InsyaAllah adik Arissa akan bersama kami dalam bulan Julai nanti dan semua perancangan baru ini adalah mengambil kira beliau juga nanti (amboi kemain menendang dalam perut mak ye. hehe.)

Setiap anak itu pasti ada rezekinya tapi rezeki itu tidak akan bergolek. Perancangan rapi perlu diatur untuk masa depan. Semoga Allah rahmati. Apa yang pasti, diri ini akan terus berusaha memberi dan menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Bukanlah nak memewahkan anak-anak tapi cukup sekadar bila mereka mahu atau perlu, dan kami mampu. 

WAHM masih terpahat di hati tetapi bukan untuk tempoh terdekat ini. Semoga Allah perkenan. Semoga juga dkurniakan kesihatan yang berpanjangan. InsyaAllah, jika diizinkannya masa itu Yatie dah menjadi seorang peniaga yang berjaya. Seorang surirumah yang sekurang-kurangnya ada income seperti Yatie makan gaji sekarang supaya Yatie masih boleh hulur pada mak ayah, bantu suami dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Oklah, terluah juga segala yang terpendam sejak berdepan dengan isu GST. Haha. Lapang dada rasanya. Geli! Haha. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat. Allahhummaamiin.


Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

2 comments

  1. redha sambil pejam mata, telan ayaq liuq bayar barang keperluan, cut cost ape yg tak begitu penting

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day