March 9, 2015

Pureen Stock Clearance Sales, March 2015

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Sabtu lepas, Yatie ajak suami ke Pureen Stock Clearance Sales di Glenmarie, Shah Alam. Sebelum ini Yatie dengar dan baca je pengalaman orang lain ke 'sales' yang macam ni. Kali ini Yatie merasai dan mengalaminya sendiri. Tergamam pun ye juga. Hihi.

Entri kali ini tak begitu banyak gambar sebab Yatie memang tak boleh nak tangkap gambar. Kesesakan yang tidak dapat dibendung. Phew! Nasib baik perut Yatie 'comel' lagi. Kalau dah besar / sarat Yatie rasa dah balik dah. Huuu. Ruangan yang sesak itu adalah ruangan pakaian, kasut, stoking, booties, selimut, sapu tangan dan lain-lain. Barangan seperti diapers, shampoo, sabun, detergent, botol, napkin dan yang sewaktu dengannya tu ruangan lain. Tak sesak sangat.

Kakak yang sangat behave! I love you to the max kakak!
Kami parking dalam 9.30 pagi juga. Agak jauh juga park. Tak nak ambil risiko masuk ke dalam sangat kekdahnya. Hihi. Menapak sampai depan kilang Summit. Ramai juga orang. Beratur nak dapatkan 'beg pureen ikea'. Hihi. Then kami terus jalan ke bahagian belakang ikut orang. Rupanya dekat situ ruangan pakaian. Semakin kami menghampiri pintu ruangan tu kami tengok dalam Ya Allah! Sesak gila. Berhimpit. Berebut. Huuuu.

At last Yatie decide suami dengan Arissa menanti Yatie dengan penuh sabar di luar. Yatie perlahan-lahan masuk ke dalam. Walaupun Yatie rasa tak boleh tapi Yatie kena juga boleh. Sebab apa? Ok. Nanti Yatie cerita kenapa. Hehe. Yatie perlahan-lahan masuk dan sedaya upaya tak tolak atau tertolak orang. Masih lagi cuba untuk bersopan. Wahh gitu. Alhamdulillah. Yatie tak rasa sebarang perebutan pun sebab Yatie memang tak berapa pandai berebut. Haha. 

on the way ke ruang pakaian
Kalau orang lain berebut-rebut ambil je baju yang dikeluarkan dari kotak dan terus masuk beg untuk sort dekat luar, Yatie pula sebaliknya. Yatie pilih ala-ala macam shopping dekat mall. Haha. Tapi, jangan fikir pula Yatie ni penting diri eh. Sebab giliran Yatie dapat menghampiri pakaian tersebut hanya setelah beberapa kotak baju dibuka dan diangkut oleh orang lain keluar. Bila dah semua orang keluar untuk pilih pakaian, makanya dalam tu jadi lengang sedikit.

Kenapa Yatie gigihkan juga? Haaaa.. Sudah tentu sebab harganya yang berbaloi-baloi.

  • Baju Pair; RM5/pc
  • Baju Seluar Asing-Asing; RM2/pc
  • Towel Face; RM10/set (5 pcs)
  • Bib; RM5/pc
  • Bath Towel; RM7/pc
  • Blanket; RM10/pc
  • Printed Baby Napkins; RM27
  • Mitten Booties; RM3/set
  • Stoking; RM3/pair
  • Topi; RM3/pc
  • Hat Mitten Booties; RM5/set
  • Kasut Baby; RM3/pair
  • Dan macam-macam lagi. 

Harga di atas Yatie highlight yang harga bagi Yatie super duper murah ye. Contohnya pakaian kalau kita tengok harga dekat luar ada yang sampai RM30, cuma RM2/RM5. 


Haaaa. So inilah dia hasil borongan kami di Pureen Stock Clearance Sales. 
  • 9 baju saiz S/6-12m
  • 9 baju saiz M/18-24m
  • 3 romper
  • 6 baju tidur
  • 1 ser printed napkin
  • 2 set face towel
  • 2 bib
  • 2 towel
  • 2 hoodie blanket
  • 8 stoking
  • 3 set hat, mitten & booties
  • 5 set mitten booties
  • 1 topi
  • 1 botol straw
  • 1 bekas susu
  • 3 set baby wipe small
  • 1 set baby wipe large
  • 1 set kids yogurt bath shampoo
  • 2 set puting
  • 1 microwave steam sterilizer

Total cost: RM405 sahaja! Jimat sangat kan? Lepas ni duduk diam-diam kat rumah. Haha. Kesimpulannya baju ada 27pcs campur-campur ada yang unisex, ada yang boy dan ada yang girl. Mana yang bukan rezeki adik nanti kita bagi kat orang lain. Mungkin anak mak long Arissa ke. Kan? Hehe.

sedang beratur untuk urusan pembayaran
Serius Yatie puas hati sangat. Orang kata berbaloi la kita bersesak dan dapat all these things dengan cheaper price. Khabarnya on the next day harga dah tak macam harga yang kami dapat masa hari pertama. Rezeki adik. Alhamdulillah. Dan ya, barang untuk anak-anak girl sangatlah banyak as compare tu anak boy. Tengok la kasut tu. Semua girl. Geram punya pasal ambil juga. Haha.

Alhamdulillah si kakak walaupun ada juga merengek sikit tapi under control. Kesian dia tunggu lama. Hehe. Balik terus pergi makan nasi ayam. Haha. Lapar kekdahnya.

botol, bekas susu, wipes & mandian yogurt tu untuk kakak
comel gila kan kasut baby girl. kasut baby boy tak ada. hihi.
set booties, mitten, stoking..
geng napkin, bib, dan towel
simpan! nanti dah nak bersalin kita unpack dan cuci. heee,
Lega pula rasanya dah settle yang basic macam ni walaupun tak buat list lagi. Haih. Haha. Tak apa. Ada beberapa perkara lagi. Pelan-pelan ok. Baru 5 bulan kot! Bahaha. Ok, till we meet again.

Salam Sayang,
DYatie.

8 comments

  1. bnyknya yati..... bestnya leh shopping cmni...

    ReplyDelete
  2. Wahh..wahh...ni kira shopping sampai pitam ni!

    ReplyDelete
  3. Baby girl eh? Hihi. Kita pergi ptg sabtu, tapi tak gigih shoping bnyk2.. Ayra mood tak okay.. Tgk baju yg orang tinggal tepi2 tu je.. Dpt la bape2 helai.. Tp mmg murahhhhhhhhhh sangat! Mn nk dpt baju rm2/rm5.. Kat luar pun tgk harga pureen belas2 gak kan sepasang..

    ReplyDelete
  4. Kalau takde sales ni maunya 1k habis utk that stuff kan..huhu..berbaloi sgt

    ReplyDelete
  5. Sungguh jimat...seronok tgk yatie borong barang baby puas hati...kasut baby tu alahaiiiiiii gerammmm...mcm dh lama sgt tak beli baju baby hahahhahahha...dh 5 bulan? alhamdulilah 4 bulan lg gogogogogogo yati!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah seronok sgt dgr Yatie pregnant..doakan kami plak yek...:-)

    ReplyDelete
  7. dulu ank satu seronok pergi.. skrg da due.. takut nk pergi.. hehe..

    ReplyDelete
  8. cak........alololo tomei2 mak nak dapat baby lagi....tahniah dear dari akak walaupun dah sangat lambat.......suke akak dengo tau :)

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day