March 2, 2015

Naik Turun Harga

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Jumaat lepas kami ke Tesco nak beli susu formula Arissa. Arissa minum Dutch Lady 123. Tempoh hari, dah habis. Khabarnya nak tukar pek baru. Susu Arissa ada lagi. Tapi macam biasa kami memang akan buat stok. Bulan lepas kan gaji awal. (lambat lagi oii nak tunggu gaji bulan March. haha.)

Sampai dekat rak susu, stok banyak. Pek baru dan juga pek lama. Teruja juga tengok pek lama ada lagi dengan andaian harga murah dari pek baru. Pergi dekat, pek lama harganya jadi RM28+. Fuh! Selama ni paling mahal kalau tak silap 24+. Pek baru pulak RM30+. Bila tengok pek, Yatie rasa formulasinya baru. 

Setiap fasa ada kategori; Curious, Explore, Create dan Learn. Dan pek baru ini berat 900g sahaja. Huuu.

Semalam pulak harga minyak naik. Yatie ada dengar gitu je tentang minyak naik. Malas nak peduli sangat. Awal-awal tu ura-ura dengar naik 5 sen je. Sekali haa.. 25 sen per liter. HewHewHew. Janganlah pula esok lusa ada yang naikkan harga barang pula. Diorang ni pantang harga minyak naik. Semua effect katanya. 

Bulan April ni GST pula. Kalau ikut iklan dalam tv tu katanya, "dengan GST, anggaran harga barang akan turun sebanyak 10%". Kalau ikut ceramah-ceramah GST yang Yatie pergi pula katanya, "tak dinafikan harga barang akan naik". Wahh gitu. Nak percaya pada siapa? Heee.

Cabaran masa kini untuk semua. Harga barang yang semakin meningkat. Itu belum cerita pasal diapers anak. Hihi. Sekarang bukan sekadar cabaran nak membesarkan dan mendidik anak semata, tetapi juga dalam nak menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Makan, minum, pakaian dan pendidikan. 

Suami ada cakap, kuasa membeli rakyat sekarang pun dah semakin berkurang. Nafsu membeli je sukar nak dikurangkan. Nafsu makan apatah lagi. Muehehe.

Apa pun. Life must go on. Kita tak boleh buat apa pun kecuali berusaha untuk diri sendiri. Adik bagi hint nak berhenti kerja. Yatie bagi je apa yang Dr. Azizan cakap, 

"Adakah anda masih mimpi di siang hari??

6,000 orang akan di remove dari MAS, 5,000 dari Standard Chartered dan insider news Astro dan banyak lagi organisasi sedang dalam rangka remove staf mereka.

Anda faham ke apa yang berlaku?

Belum? Teruskan bermimpi.

Saya harap berita dari surat khabar dan apa yang saya dengar ini semua tidak benar."

Haaa. Itu syarikat besar. Apatah lagi dia yang kerja Kedai 1 Malaysia. Selagi tak ada jaminan dia boleh buat sesuatu yang menjana pendapatan bila berhenti kerja, selagi itu Yatie rasa lupakan dahulu sementara waktu untuk berhenti cari kerja lain. Takut nanti, yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran. Budak-budak muda ni memang kita kena tarbiah lama sikit. Heee.

Jemputlah bertandang ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop untuk lihat info produk Shaklee, instant shawl, dan barang anak-anak.

Salam Sayang,
DYatie.
--------------------------------------------------------------------------------

 

3 comments

  1. kaaaannnn.... hurrmm... semua kene bukak mata lagi besar dari biasa sbenarnya...

    ReplyDelete
  2. Akk ni sis dah byk buang dh napsu sopink online..wakakak

    ReplyDelete
  3. adeh.. nak hadap bulan 4 ni macammane la..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day