March 26, 2015

I-City, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Cuti CNY tempoh hari kami bertapa di KL je. Tak balik sebab dah membayangkan jem. Huhu. Alhamdulillah syukur sangat sebab tak balik. Baca status masing-masing memang hazabedah berdepan dengan kesesakan lalu lintas. Tak kira ke utara ke selatan ke timur ke. Kami yang dekat KL pula walaweh seronok sebab jalan tak sesak. Haha. Rajin atau malas je nak keluar rumah. Kami? Malas. HewHewHew. Rajinkan diri aje ke I-City. 

Best ke I-City? Yatie suka tengok lampu-lampu tu je. Games yang ada Yatie memang tak berapa minat main. Yatie more to indoor activities sebenarnya. Untuk anak pun kalau dah besar, ok. Tapi untuk Arissa, Yatie tak yakin lagi nak lepaskan dia seorang walaupun orang lain macam ok je ni games untuk anak-anak sebaya Arissa tapi selagi Yatie or suami tak boleh stay besides her, sorry wahai anak. Mak will never let you go. Mak paranoid kekdahnya.

Seperti biasa, of course Yatie akan tepek gambar. Kata suami photographer. Haha. Tak lah. Apa guna beli kamera kalau tak pakai. Kannn? HewHewHew. Alasan! =P

Kak Long Nur Arissa Batriesya
(alahai sedih pula tengok muka bakal kakak ni)
Kami gerak dari rumah lepas Asar sebelum Maghrib. Hihi. Niat Maghrib dekat I-City atau nearest. Konon nak makan area berdekatan tapi sebab macam dah lambat kami terus masuk I-City. Kenapa rasa dah lambat? Sebab kereta dah berpusu-pusu masuk kot. Huhu. Parking siap semua, solat Maghrib dulu.
mak tu amik gambar si ayah yang amik gambar isteri dengan anak ni. hihi.
sebelum explore, makan dulu.
ohhh..chicken rice shopp..
=P
perut mak tu nampak jelas kan. huhuhuhu.
 


Masa ni kami nak cari dekat mana nak beli kad games tu. Huhu. Tapi lepak-lepak sekejap dekat area Ferris Wheel. Arissa memang nak naik benda alah tu. Suami Yatie tak nak. Yatie confident je tak ada masalah nak naik. Ececece! Haha. Then, suami pergi la beli kad tu. Hoho.





Sekitar Giant Ferris Wheel, I-City. Sementara suami menanti kami menikmati keindahan I-City kononnya. Hihihihi.




Yatie kan. Hahaha. Tiba-tiba je jadi gayat duduk kat atas tu. Gayat mengalahkan naik aeroplane wa cakap lu! Huhu. Arissa? Dia la yang buat iols gerak. Nak duduk dengan Yatie la nak duduk depan Yatie la nak berdiri kat atas kerusi nak tengok kat luar la. Huhuhu. Terasa macam lambatnya benda ni gerak. Orang takut! Haha. Tau apa dalam fikiran? Macam kot elektrik tak ada ke, atau skru tanggal ke. Pfffttt! (ni mesti sindrom ngandung gemuruh lebih. hahahha. =P)



Ayuh teruskan perjalanan! Hehe.







Lepas tu kitorang terus pergi dekat area City of Digital Lights. Yatie suka. Hehe. Sebab cantik lampunya semua. Ada beberapa games dekat situ tapi tak sesuai untuk Arissa. Spacewalk tu pun Arissa tak layak tau sebab dia baru 90+cm. Minimum ketinggian boleh naik dalam 120cm macam tu kalau tak silap. Tapi still Yatie puas hati sebab boleh nikmati keindahan lampu-lampu yang cantik. Ewah! 







Dancing Water kot namanya ni. Hehe. Arissa takut. Sebab tiba-tiba je ada muzik air terus memancut kan. HewHewHew. Tapi, mak suka. Cantttikkk. Eh mak ni memang over tau. Hahaha. 

Space Walk yang kami tak layak naik. Hehe.



Another pintu keluar City of Digital Light. Kami teruskan pula perjalanan ke area Fun World. Tapi tak berapa nak fun lah bagi Yatie. Kalau anak dalam usia 9 - 12 tahun macam tu seronoklah anak-anak. Hehe. Arissa tu seronok juga tapi seronok budak umur 3 tahun la. Haha.



Agak-agak kitorang nak menghala ke mana? Hehehe.


Sempat juga berkawan. Apa tah yang dorang sembang. Huhuhu.
tak masuk red carpet amik gambo kaki pun boleh. hahahahaha.
till we meet again next entry. hahahaha.
Yatie memang dah lama nak pergi ke sini tapi tak berkesempatan. Akhirnya berkesempatan overall Yatie berpuas hati. Cuma.. Yatie harap diorang besarkanlah surau tu. Huhuhu. Kecil. Sesak sangat. Beratur pun tak lepas. Sedih. Tempat permainan yang besar, luas, high class tapi surau kecil. Dan toilet juga macam tak berjaga. I-City kena ambil perhatian untuk dua benda ini.

Dari segi penggunaan kad I-Card tu pun Yatie rasa better diorang clearkan awal-awal kepada pengunjung atau terang-terang bagitau dekat pintu masuk. Beli air pun kena guna kad tau. Kebetulan ada seorang pengunjung beli air dah terpinga-pinga. Dia tak ada kad. Suami tolong swap kad kami. Bukan apa, tak semua orang datang untuk main kan. Maybe diorang datang untuk menikmati lampu-lampu sahaja. Dan Yatie kurang pasti kalau dekat bahagian luar ada orang jual air atau tidak. Yatie cuma perasan ramai jual mainan lampu-lampu.

Ada yang komen tentang price macam contohnya masuk Giant Ferris Wheel tu. Yatie bukan orang kaya pun. Huhu. Tapi bila kita decide nak pergi tempat macam tu, kena faham price tak sama dengan funfair biasa. Maksudnya, I-City kan memang salah satu tempat tumpuan / destinasi pelancongan jadi memang kita akan pay more. Bagi Yatie, itu normal. Kena faham. Kena sedia. Ini opinion Yatie je. 

Oklah. Till we meet again! ;)
Salam Sayang, 
DYatie. 
-------------------------------------------------------------------------------- 
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee & Barangan Wanita
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop

 Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"? 
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang!

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day