March 19, 2015

Gathering GBSB; Keriangan Anak-Anak

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Amboi sangat Yatie macam panjang je gathering tempoh hari [1] & [2]. Yatie ada banyak gambar kekdahnya. Jadi, Yatie pecahkan ikut moment. Jangan marah naaaa. Hehehe.

Anak-anak pun gembira tempoh hari. Arissa kalau dalam menyembang dua beranak dia cakap, 'Ica nak jumpa kawan.' Macamlah dia berkawan sangat pun tempoh hari. Huhu. Arissa ni tengok macam tak pandai nak berkawan sangat. Tapi dia nak menyembang dengan Ros Anis. Nak ajak mandi sungai dengan Ica katanya. Haha. Macam mana boleh tiba-tiba jauh melarat ke mandi sungai Yatie pun tak tahu. Hoho. 

Tahu tak apa aktiviti paling WIN anak-anak ni buat tempoh hari? Haaaa. Diorang pergi cucu motosikal anak Aien dengan sabun bubble. Haha. Sabar je lah Aien ye. Hihi. Lepas tu diorang main bubble. Murah rezeki penjual pistol bubble dekat taman layang-layang tu dengan anak-anak kami. Alhamdulillah. Bak kata orang, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Kan? 

Jadinya, Yatie biarkan gambar berbicara ye. (kata banyak gambar kan. hehehe.)

kemain kan uda dan dara ni. hehehe.
anak khay naik moto. yang 3 orang tu tengah bincang nak buka kedai cuci moto kot. hihi.









Anak-anak 'pesta buble'. Panas? Apa tu? Haaa. Tak peduli dah panas anak-anak. Arissa pun tak peduli sangat dengan panas. Walhal, kalau kena matahari petang-petang ambil dia dari taska pun dah bising. Puteri Lilin katanya. Huhuhu.

anak Achiek Anis ni dia perati je. dalam hati cakap tunggu lah aku besar nanti. hihihi.




Haaaa. Inilah aktiviti utama diorang. Cuci motosikal. Haha. Suami Yatie balik rumah je terus cakap gambar / moment yang dia paling suka ialah gambar kedua tu. "mak marah anak sambil cekak pinggang, tapi anak gelak'. Gitteww. Hihi. Tapi, anak dan mak dalam itu hanya sekadar lakonan semata tau. Anak kepada si mak tersebut ialah yang berbaju merah itu. Geng sepasukan jugak lah. Haha. 

Haih la anak-anak. Bila beramai-ramai macam ni, sel otak masing-masing berhubung dengan jayanya. Kerjasama yang tiada tolok bandingnya. Ewah! Hehe. Semoga ukhwah anak-anak berkekalan sehingga ke anak cucu sama macam ukhwah mak ayah. 

p/s: agak-agak ada tak nanti dalam group ni berbesan? hahaha.

Salam Sayang,
DYatie.
--------------------------------------------------------------------------------
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee, & Barangan Wanita?
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop


Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"?
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang! 

3 comments

  1. alamak gambar yg mana eh yg ke2 tu tak jumpa pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar 3 dari bawah la ciknaa....cari juga tadi rupanya kat lain duduknya

      Delete
  2. kenangan paling indah bebudak nie....sama la ngan anak kayrul sibuk nak jumpa kawan lagi....rindu latew

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day