March 17, 2015

Gathering GBSB; Bila Supermom Gojes Bertemu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Sambungan dari entri Gathering GBSB tempoh hari. Suami pernah tanya, "supermom ke?" Yatie jawab dengan penuh yakin, "eh mestilah supermom!" Hehe. Betulkan para emak sekalian? Kita adalah supermom dan will always be a supermom. InsyaAllah. Selagi ada kudrat. 

Bila supermom ni bertemu, ada sahaja topik. Anak. Taska. Niaga. Isu semasa. Facebook. Eh. Macam-macam. Sebab tu bila dah bersurai masing-masing rasa tak puas. Tak habis menjemah kekdahnya. Hihi. Itu tak termasuk makan, layan karenah anak dan kejar anak. Hehe. 






Tengoklah wajah sorang-sorang ni. Haha. Bila tengok gambar-gambar ni semula Yatie rasa syahdu. Yatie kan memang jenis hati tisu. Hoho. Ukhwah dari alam maya bila bertentang mata macam tak ada beza. Mulut tak henti bercakap. Sesuai sangat masing-masing kenal dari blog kan. Hahaha. Dan mungkin sebab itu geng Horlicks Chocolate datang kat kami. Dari kejauhan nampak kami menjemah sakan kot. HewHewHew.






Pada mulanya, diorang bagi tester aje. Anak-anak seronok la kan. Eh mak-mak pun seronok. Siap ada ambil dua tapi tak kena selera dia. Dah jenuh nak sembunyi-sembunyi buang. Siapa tu? Jeng Jeng Jeng. Hahaha. Tengok Arissa tuh. Kemain macam sedap pula air Horlick Chocolate tuh. Walhal kat rumah ada je. Tak habis-habis. Huuuu. Errr. Orang cakap yang free memang sedap. Kann? 



Kemudian diorang datang lagi bawa 2 pek Horlick Chocolate 3 in 1 dah agih-agihkan pada kami semua. Bukan 2 sachet tau. Total 3 pek. Tapi kali ini dia datang datang dengan leader diorang kot. Siap bawa props untuk instagram diorang. Haaaa. Memang betul sangat diorang pergi kat kami. Hahaha. Kenapa Yatie cakap betul. Tengoklah wajah mak-mak riang ria itu. Hihihi.





Dah selesai posing sakan dengan props, aktiviti diteruskan dengan niaga. Rara memang WIN. Yatie memang kagum dengan Rara ni. Dah la tidur lambat sebab nak siapkan PavlovaRara untuk sample kami. Dia gigih pula ulang alik ke kereta ambil instant shawl dia jual. "Ra, aku doakan kau berjaya dunia akhirat. Aamiin."







Meriah kan? Siap longgok lagi atas tikar tau barang-barang jualan. Sebenarnya masing-masing bawa barang niaga masing-masing masa ni. Dah order siap-siap sebab hampir semuanya kategori makanan. Hahaha. Kebanyakan dari kami ni masing-masing mak-mak yang niaga. HewHewHew. Nanti Yatie kongsikan pula apa yang mak-mak ni buat. Heee.


Dan ini gambar terakhir. Gambar dah nak balik. Hehe. Tu yang berselerak masing-masing. Kiranya masa ni dah time laga-laga pipi masing-masing. Heeee.

By the way, terima kasih buat suami masing-masing sebab melayan karenah para isteri yang nak bertemu. Bukan sekadar layan karenah para isteri tapi layan anak yang aktif masing-masing. Sebab tu Yatie kagum kat Rara, My dan kak Amy sebab datang tak berpasangan. Hehe.

Oklah. Jumpa lagi nanti! ;)

Salam Sayang,
DYatie.
--------------------------------------------------------------------------------
Nak dapatkan Instant Shawl Labuh, Shaklee, & Barangan Wanita?
Jemput ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop


Ingin mendapatkan khidmat "SHOOT & BURN"?
Hubungi Lee Mohd Ali sekarang! 

4 comments

  1. wah rajinnya yatie siap buat banyak part lagi....x sempat laga2 pipi masa nak balik tue

    ReplyDelete
  2. banyak giler gambo candid!. tapi smua muka ciknaa sipi2 aje..kahkahkah..

    ReplyDelete
  3. Nak lg yt... update cpt. Ni kes xpuas jemah sabtu lps.. baca update korang kt blog ulang2

    ReplyDelete
  4. yatiii! nape aku mcm sedih baca entry ko ni!.meh meh nk huggg! pic aku ngan mimi tu jemahhh sangat! hahaha

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day