March 10, 2015

Blog Review: Mata Tak Berhijab

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Siapa suka baca tentang kisah seram? Atau mistik? Jika korang merupakan salah seorang peminat kisah seram/mistik seperti Yatie, jom terjah blog Mata Tak Berhijab.

 

Korang pernah dengar tak tentang Mata Tak Berhijab ni? Yatie pertama kali tengok link blog ini Yatie terus teringat cerita lakonan Pierre Andre dulu. Yatie tak ingat tajuknya tapi dia meminta untuk dibuka hijabnya supaya dia boleh lihat apa yang manusia biasa boleh lihat. Maksudnya, dia boleh melihat makhluk-makhluk Allah yang lain. Bunyi macam seramkan?

Yatie dengan pantasnya khatam tulisan dalam blog Mata Tak Berhijab ni tadi. Walaupun entri tak banyak lagi tapi penulisannya cukup menggetarkan perasaan. Seram dan juga bahagia. Haaa. Bukan sekadar seram tau! Mata Tak Berhijab ni bukan sahaja dapat melihat yang menakutkan sahaja tetapi juga keindahan serta kekuasaan Allah SWT. Bahagia tang mana? Pergi terjah sekarang.

Yatie suka juga untuk berkongsi ini yang Yatie petik dari blog Mata Tak Berhijab ini;
Petua orang tua, bila makan diluar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Kalau minuman tu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, adalah sesuatu yang diletakkan.
Setelah semua itu dilakukan, bacalah selawat dan doa makan.
 
Apa yang berlaku selepas itu? Cepat-cepat terjah blog Mata Tak Berhijab. Dan sekiranya korang teringin nak baca tetapi korang rasa korang seorang yang lemah semangat, Yatie kongsikan tips ini dari En Zulkifli Ahmad Idris atau lebih mesra dikenali sebagai Apak;
  1. Selawat
  2. Ayat Kursi
  3. Bismillah 21 kali
  4. Al Fatihah 7 kali 
  5. Al Ikhlas 7 kali
  6. Belajar ilmu pertahankan diri yang bersih dari tahyul dan khurafat
Siapa Apak ni? Haaa. Sebenarnya Apak ni pemilik blog Mata Tak Berhijab dan juga penulis novel Mata Tak Berhijab. Ada beberapa buah novel lagi yang Apak dah terbit tau. 
  1. Kembara Kumbang; Gerbang Pelangi
  2. Mata Tak Berhijab 
  3. Mata Tak Berhijab 2: Di Sebalik Renungan
  4. Mata Tak Berhijab 3: Jeritan dan Tangisan
  5. Damping
  6. Mata Tak Berhijab 4: (InsyaAllah akan datang)
  7. E-Book; Semeru 31.8: Pengembaraan, Pendakian & Penampakan
  8. E-Book; Damping 2: Tuntutan Kebayan
Yatie InsyaAllah akan usahakan untuk cari kesemua novel Apak ni. Apak kata novel Kembara Kumbang boleh dapatkan terus di JS Adiwarna sebab dah habis di pasaran. 3 tahun yang lalu katanya. Hehe. InsyaAllah Apak, Yatie akan dapatkan nanti. 

p/s suka baca kisah seram atau tengok cerita seram tapi tak boleh bayang jika memang berdepan dengan kisah seram. huhuhu.

Salam Sayang,
DYatie.
--------------------------------------------------------------------------------
Jemputlah bertandang ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop untuk lihat info produk Shaklee, instant shawl, dan barang anak-anak.

 

5 comments

  1. tengok tajuk pun dah sera,,,
    mata pun boleh berhijab...
    ada maksud disitu :)

    ReplyDelete
  2. mata tak berhijab. takutnya kalau betul-betul nampak seperti penulis ni.. ilmu pun tak banyak...

    ReplyDelete
  3. heh kita tak berani baca buku mcm ni...sbb senang nk fikir bukan bukan..tpi dulu byk juga baca buku tamar jalis tu..huhu

    ReplyDelete
  4. takut nak bace cerita mistik.. terase bayangan 'mereke'

    ReplyDelete
  5. memang best tulisan penulis ni..mekasih weh share

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day