March 5, 2015

2nd Pregnancy Journey: Pantas!

Bismillahirahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Hari ini kali ke-3 Yatie check up. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. HB maintain (ini paling penting). BP normal. Berat naik melebih 700 gram dari yang sepatutnya. Alasan; bulan lepas turun 500 gram. Haha.

Sebenarnya Yatie nak kongsi sikit tentang check up dekat sini. Yatie check up KKIA sahaja. Awal dahulu Yatie memang set dalam minda akan menunggu lama gila. Boleh kematu. Tapi, KKIA ini pula buat Yatie terpinga-pinga. Haha.

Kalau dua check up sebelum ini ambil masa paling lama cuma 1 jam setengah tetapi hari ini, appointment Yatie jam 8.30 am. Yatie sampai KKIA dalam jam 8.00 am, dan Yatie settle check jam 8.45 am. Kau rasa? Haha. Ku bahagia..

Sebelum ini check up Arissa Yatie wajib ambil cuti sebab walaupun beratur depan pintu KKIA sebelum jam 8 am, check up berakhir normal jam 11 am. Huhu. Check up kali ini Yatie cuma minta kebenaran keluar sekejap sahaja. Jimat cuti. Hihi.

Tetapi, hari ini Yatie cuti. Walaupun masa keluar dari KKIA Yatie ralat dan serba salah nak masuk kerja atau tidak. Tapi mengenangkan Arissa yang Yatie tak hantar ke taska hari ini dan malas nak gosok baju, makanya tekad sahaja cuti. Nak jalan-jalan dengan kak long berdua sebelum mak tak larat. Hehe.

Nak jalan ke mana? Alangkah best nya kalau hari ini Pureen Stock Clearance bermula. Tapi hari ini bermulanya My Dear Warehouse Sales. Tak pasti lagi nak terjah atau tidak sebab Yatie tak nampak hala tuju nak ke sana. Nak beli apa untuk Arissa? Nak beli apa untuk adik? Macam tak ada je. Huuuu.

Ok. Sekian sekali lagi entri tanpa gambar dari Yatie. Amacam blog Yatie sekarang? Ok tak? InsyaAllah dah siap. Cuma Yatie belum lagi buat susun atur. Heee.

Jemputlah bertandang ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop untuk lihat info produk Shaklee, instant shawl, dan barang anak-anak.

Salam Sayang,
DYatie.
--------------------------------------------------------------------------------

 

4 comments

  1. semoga dipermudahkan yer yt.. btw header mmg osem!

    ReplyDelete
  2. wah.. cepatnya. macam pelik plak.. ihhihi

    ReplyDelete
  3. lawonya blog...bestnya dpt gi clearance sales..huhu, mesti rambang mata

    ReplyDelete
  4. kejapnye check up.. bestnye kalau macam tu..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day