February 26, 2015

Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.


Rezeki yang Allah berikan pada kita ada dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya sekadar nikmat kekayaan harta dan wang ringgit. Ada banyak lagi cabang rezeki yang wajib kita syukuri. 

Walaupun ada yang pertikai kita kenapa kita si isteri perlu bekerja, tak apa. Kita tahu apa niat kita, matlamat kita dan tahap kemampuan kita. 

Mungkin rezeki belum lagi untuk menjadi suri, tetapi Allah kurniakan kesihatan yang baik, pasangan yang memahami, anak-anak yang cerdik, teman sekerja yang menyenangkan, ilmu dan kemahiran yang bermanfaat, kebijaksanaan untuk dikongsi bersama. 

Nahhh. Nikmat yang mana satu mahu kau dustakan? 

Kadang-kadang, terasa hati juga bila ada yang pertikai tentang isteri bekerja. Seolah tidak percaya akan rezeki dari Allah. Seolah tidak sayang anak yang perlu dihantar kepada pengasuh mahupun taska. Seolah bekerja untuk memenuhi kehendak membeli-belah.

Setiap seorang itu ada bahagiannya masing-masing. Setiap seorang juga ada tujuan, matlamat dan impian. Sejujurnya Yatie juga mengutamakan mak bapak Yatie dalam setiap keputusan yang Yatie buat selain dari keluarga kecil Yatie sendiri. Jadi, Yatie belum mampu menjadi suri.

Yatie kagum dengan kawan-kawan sekeliling Yatie yang merupakan para suri berjaya dalam perniagaan. Berniaga Shaklee, buat tempahan design, buat roti, kek, pakaian, dan macam-macam lagi. Kawan-kawan sebegini yang memberikan aura positif pada Yatie setiap hari. InsyaAllah suatu hari nanti giliran Yatie pula.

Tak apa jika belum diizinkan menjadi suri. Asalkan kita dapat redha suami. Asalkan kita bukan kerja hanya kerana nak beli barang sendiri. Anak kita doakan semoga terpelihara di bawah lindungan Allah SWT, terhindar dari sebarang musibah dan perbuatan yang tidak baik.

Doa Yatie juga bukanlah nak suami jadi kaya raya (sebab nanti kalau kaya senang dia nak pinang Christine Suzanne, hahaha) tapi dilimpahkan dengan rezeki yang mencukupi yang boleh mencapai tujuan, matlamat dan impian kami bersama. Aamiiin.

Jika tidak di usia muda menjadi suri, insyaAllah umur panjang pencen nanti boleh menjadi suri dan sentiasa bersama suami ke masjid, surau dan majlis ilmu ditemani anak-anak dan cucu. Semoga Allah perkenan. :)

Salam sayang,
D'Yatie.

1 comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day