February 11, 2015

Review: ASUS Zenfone 6

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.


Hari ini Yatie nak review sikit handphone ASUS Zenfone 6. Just sharing, Yatie dah pakai Zenfone 6 dalam lebih kurang 2 bulan. Tak pernah terfikir nak tukar handphone pun tapi tragedi sadis menimpa kecintaan Samsung Note 2. Sobs! Yatie sayang gila dekat Note 2 sebenarnya. Huuu. Tapi, nak buat macam mana. Sekarang Note 2 Yatie jadi hak milik Arissa. Kids Songs dia memang dah sedia ada dalam tu. Upin Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri, 'abang hensem'-Hafiz Hamidun, Iqra, ABC dan etc yang berkenaan dengan dia semua dalam Note 2. Tab tok dah uzur. Hoho.

Eh. Balik ke pangkal jalan. Overall, Yatie puas hati sangat dengan performance Zenfone 6. Errr. Bukan Yatie je, suami Yatie pun. Kami sama-sama tukar ke Zenfone 6. Lenovo A850 suami dah selamat sampai ke Sarawak dah. Jual pun RM100 je laku. Hihi. Zenfone 6 ni kalau Yatie compare dengan Note 2, performance nya macam lebih kurang je. Ye memang awal-awal tu Yatie rindu la Note 2 Yatie kan. Tak biasa lagi pakai katanya. Memang asyik cakap Note 2 tu terbaik lah. Hihi.



Yatie highlight yang mana Yatie suka sangat ok. Pertama sekali, of course kamera. Tell me siapa yang tak suka kualiti gambar kamera hp power? Hehe. Kamera Zenfone 6 ialah 13 MegaPixel. Ambil gambar dari jauh dan nak crop kecik pun still cantik atau nak zooming tak pecah. Maksudnya bukanlah tak pecah terus gambar tu. Limitation up to 13 MP tu lah. Then, secondary kamera dia pulak 2 MP. Still bagi Yatie tinggi for secondary kamera. Suka!

Kedua. HD Screen. Haaa. Korang tahu kan HD screen ni akan menjadikan semuanya nampak smooth dan menarik. Ala.. Compare lah TV HD dengan TV biasa. Lebih kurang macam tu lah jugak. Cantik. Jelas. Terang. Gitteww. Puas hati kalau Yatie tengok movie. Eh? Heee. Ketiga, dia ada Gorilla Glass 3. Ok yang ni Yatie macam mempercayai kualiti ASUS lah kiranya. Sebab katanya Gorilla Glass ni enhance surface densification and decrease chances of lateral cracking. Maaflah mak tak reti translate. Hihi.

Ada banyak lagi yang menarik tentang Zenfone 6 ni. Yang buat lagi best sebab Zenfone 6 juga Android. Jadi, sama dengan Note 2 Yatie dan Lenovo suami sebelum ini. Android ni kan boleh install macam-macam. Hehe. Sebelum Yatie beli memang ada baca review kena install manually software ASUS ni tapi setakat ini, semua automatik je. Macam kita upgrade software hp samsung jugak. Dia akan remind nak kena upgrade then kita tekan button update je la. Tak susah. 

Cumaaa. Ok. Tak ada satu barang yang perfect. Apatah lagi ciptaan manusia. Yatie rasa kualiti sound dia agak kurang. Tak best sangat. Itu je. Tapi, tak effect sangat pun kat Yatie sebab Yatie jarang buka speaker kecuali buat video call (wechat) dengan parents kat Sarawak. Lepas tu tengok movie. Tak ada istilah dengar lagu pun. Hihi. Kiranya bagi Yatie kekurangan pada spekar tu cuma 1%. Dan nak tahu apa lagi best? Harganya sangat berbaloi-baloi dengan performance dan technology Zenfone 6. Jauh sangat harga Zenfone 6 dengan Note 2. Hehe.

Yatie kongsikan sekali specification Zenfone 6 ini untuk kemudahan korang kot nak tengok. Hehe.

Spesifikasi Zenfone 6

Dan korang rasa Zenfone 6 Yatie warna apa?































j
a
p



























Asus Zenfone 6 (Red)
 Mestilah warna kegemaran iaitu MERAH. Hehe. Suami pula terpaksa ambil warna hitam. 

Salam Sayang,
DYatie.

--------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan

♥ Promosi Beli 6 Percuma 1
♥ Promosi Beli 3 Percuma 1
♥ Promosi Beli 2 Diskaun 5%

di

DYATIESHOP


 

4 comments

  1. waaa ni mesti mhal gler ni!!!

    #klik nuffnang #visit me on shukranzahari.blogspot.com ..happy blogging

    ReplyDelete
  2. i like mrah :-) hehehe...henpon baru ye,...

    ReplyDelete
  3. Kmk setia makei note 2...hehe..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day