February 9, 2015

Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) di Bukit Jalil

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalammualaikum. Hai.


Ada sesiapa yang tengah cari rumah? Ok. Yatie nak kongsi kat semua yang permohonan bagi Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) di Bukit Jalil telah dibuka dan permohonan akan berakhir pada 28 Februari ini. Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia menawarkan 1536 unit pangsapuri yang terletak di Lebuhraya Bukit Jalil, Bukit Jalil, Mukim Petaling, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Berikut merupakan pelan lokasi Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia;

Pelan Lokasi

Dan pelan lantai mengikut kategori Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia pula;

Pelan Lantai

Kategori unit berserta kelayakan pendapatan isi rumah yang ditawarkan dalam Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia adalah seperti berikut;

Kelayakan Pendapatan Isi Rumah Mengikut Kategori Unit
Maklumat Tambahan Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia

Kemudahan Awam : 
Taska / Tadika, Dewan Serbaguna, Surau, Pejabat Pengurusan, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia

Kemudahan Letak kereta : 
1 Petak / 1 Unit Kenderaan

Tarikh Jangkaan Siap : 
Jun 2019 (54 bulan)

Hakmilik Tanah : 
Pajakan 99 Tahun (Tarikh Luput: 2 Disember 2113)

Sekatan Kepentingan : 
Tanah ini tidak boleh dipindahmilik, dipajak, dicagar atau digadai tanpa kebenaran Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan

Info lanjut korang boleh terus ke laman rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan. Ada dua lagi lokasi Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia yang belum di buka. 

Haaa. Bagi korang yang sedang cari rumah, jom sama-sama 'cuba nasib' dengan Yatie. Hehe. Yatie memang sangat berhajat untuk tambah aset yang tak akan susut nilai ni. Semoga Allah perkenan. Err. Tambah tu. Kemain ko! Haha. Bolehlah kiranya 'tambah' kan sebab suami dah beli rumah kat Ipoh. Hehe. Bukan ke 'aset mu aset ku jua'. Hihihi.

Seronok tengok ramai kawan-kawan ada yang dah beli dan ada yang sedang bertungkus-lumus cari rumah. Apatah lagi masing-masing mengenangkan GST yang akan di implement tak lama lagi. Dan bukan semata-mata kerana GST, sekarang harga rumah memang naik kaw kaw punya. Phew~! Kesat peluh mak dengar staff cakap dia kena keluar rumah sewa sekarang sebab tuan rumah nak jual. Tahu berapa? RM600k. Nak pengsan mak dengar. Huuuu.

Jom kita sama-sama memohon. Semoga ada rezeki kita. 

Salam Sayang,
DYatie.

--------------------------------------------------------------------------------

Anda ingin mendapatkan info produk Shaklee atau ingin mendapatkan produk Shaklee?

Jemput ke Blog Rasmi DYATIESHOP dan

Hubungi Shaklee Independent Distributor Cheras, KL - DYatie.

 

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day