February 5, 2015

Percutian Santai di Swiss-Garden Golf Resort & Spa

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Yatie ada selit sikit dekat entri sebelum ini cuti-cuti sempena birthday Arissa dianjak. Alhamdulillah terlaksana bersama kawan-kawan. Percutian beramai-ramai dengan kawan ayah. Kawan-kawan ayah, kawan-kawan mak dah tentu kawan-kawan anak jugak. Dua generasi kekdahnya. Hehe. Tapi, tak ada celebration tiup lilin atau potong kek pun. Saja gathering 4 sekeluarga. ;)

Lokasi pilihan Swiss Garden Golf Resort & Spa - Apartment. Kami ambil 2 apartment untuk 4 buah keluarga. Satu apartment ada 2 bilik. Besar. Luas. Yatie suka. Recommended untuk bawa family datang. Boleh masak. Ada dapur lagi. Pinggan mangkuk. Periuk. Hehe. Tapi kami dah bawa semua peralatan tu juga dari rumah. 






Besarkan apartment nya? Master Room dia besarrrrr. Kalau nak sumbat 4 family dalam satu apartment pun boleh sebenarnya. Lepas tu buatlah 1 bilik untuk perempuan, dan satu lagi untuk lelaki. Tapi, dengan anak-anak kecik Yatie prefer 1 bilik 1 family. Gituu. 



Petang tu kami bawa anak-anak pergi swimming dekat kolam apartment. Kemain seronok anak-anak mandi. Mak Pak pun seronok sebenarnya. Haha.




Balik swimming terus buat perap ikan siakap, ikan kembung dan sotong. Kekdahnya ada miss communication semasa discussion, tak ada bahan perap. Last, serbuk kunyit + garam + gula + serbuk cili sahaja. Haha. Nasib baik ikan dan sotong ni fresh baru naik dari laut masa Piah beli. Ikan fresh bakar kosong pun sodap. =P




Orang-orang kuat dapur terutamanya dak kecik 2 orang atas nih. Hahaha. Kecoh oi rumah. Bising dengan anak-anak. Bising dengan mak-mak. Bising dengan ayah-ayah. Meriah. 


Haaa. Menu malam tu. Nyum Nyum. Yatie paling suka ikan siakap bakar tu. Sedap wok!






Esok paginya (baru perasan tak ambil gambar pula menu pagi - nasi lemak dan cucur kembung), kami bawa anak-anak mandi swimming pool dekat hotel pulak. Merasa la mandi swimming pool tempat kak Diya mandi dengan anak-anak. Besar. Puas hati. Dan Yatie macam nak repeat lagi. Hihihi. (mohon suami baca dan pertimbangkan). Hahaha. 

Arissa memang tak nak pakai pelampung. Huuu. Sabar je lah. Dan tak nak langsung pergi tempat dia tak boleh jejak kaki. Dia nak meronda-ronda dalam pool kanak-kanak je. Memang rasa nak gigit-gigit je. Camner tah nak pandai berenang nanti. Haha. Tetiba rasa macam nak bawa dia pergi kelas berenang. KuiKuiKui. Berangan. Kau ingat kau kaya ka Yatie? Haha.

Overall, anak-anak happy mak ayah of course happy. Mak mengandung je kurang happy sikit ni sebab dah pergi sana tapi tak pijak pasir laut tak main air laut. Huhuhu. Sekali lagi rasa nak repeat. Hihi. Tapi bukanlah nak repeat ke situ tapi nak repeat rehat-rehat kat pantai. Anak laut kekdahnya. Memang gitu. Hihi. 

Apa pun, syukur Alhamdulillah dengan ikatan silaturrahim yang terjalin antara kami semua. Rasanya kalau kami tak pindah KL, tak ada aktiviti meriah macam ni. Tak rapat pun dengan Faiz & Ima, He & Piah serta Ho & Dila. Bukanlah maksudnya sebelum ni tak berkawan, tapi lebih kepada hai hai bye bye macam tu je. Sebab jauh kan. Sekarang? Terkejut plan nak makan kat rumah He & Piah. Pastu tup tup kena jemput ke Klang pulak rumah Faiz & Ima. Ho & Dila je jauh. Haha.

Last but not least, semoga Nur Arissa Batriesya gembira dengan little celebration dari mak ayah. InsyaAllah umur panjang diizinkan Tuhan, tahun depan boleh celebrate dengan kawan sekolah. Sebab tahun depan Arissa dah tadika. ;)

Till we meet again!

Salam Sayang,
DYatie.

--------------------------------------------------------------------------------

Anda ingin mendapatkan info produk Shaklee atau ingin mendapatkan produk Shaklee?

Jemput ke Blog Rasmi DYATIESHOP dan

Hubungi Shaklee Independent Distributor Cheras, KL - DYatie.

 

6 comments

  1. sehari sebelum fifi jumpe piah kan? what a small world!~

    ReplyDelete
  2. alahai seronoknya ada geng sekepala camni yatie..terliur plak nengok seafood tu

    ReplyDelete
  3. Memang menyeronokkan percutian ros ni...makan2 tu syok...rajin tau korang ni :D

    ReplyDelete
  4. seronoknya (utk keberapa kali tah nak jugak cakap)... hehehe..nanti2 nak piknik2 ajak2 la kami jugak tau :-)

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day