February 10, 2015

2nd Pregnancy Journey: It's Allah's Perfect Plan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Sebelum ini memang Yatie dapat banyak soalan tentang 'bila nak bagi adik kat Arissa'. Dan Yatie pula dengan yakinnya menjawab tahun 2016. That's what we called as family planning. Hihi. Tetapi, sebaik-baik perancang itu sesungguhnya hanya Dia yang Maha Berkuasa. 

Sejujurnya, keputusan pregnancy test itu memang mengejutkan walaupun instinct seorang mak itu sangat kuat. Sebenarnya, kami suami isteri terkejut. Haha. Tapi dalam terkejut kami gembira. Dalam gembira ada pula rasa gusar. Syaitan kan? Dia memang suka menyelit meracuni fikiran bila kita dianugerahkan yang baik-baik. Apatah lagi bila dia tahu akan bertambah umat Muhammad.

Yatie dulu memang merancang 2 tahun, kononnya. Tapi Allah bagi rezeki kerja tetap, Yatie berjauhan dengan anak dan suami. Bila dah duduk sebumbung, Yatie rancang lagi, 2 tahun. Maksudnya 2016. Sebab apa? Sebab Yatie nak 'bayar' balik masa bersama Arissa yang 1 tahun 4 bulan dan Yatie rasa 2016 insyaAllah tahun yang stabil untuk Yatie dan suami. InsyaAllah.

Tetapi, Allah bagi Yatie rezeki ini tahun 2015. Kalau kiraan tahun; awal setahun dari yang Yatie rancang. Alhamdulillah. Bila Allah kurniakan rezeki ini dan Yatie duduk diam-diam muhasabah diri. Sesungguhnya perancangan Allah itu sangat sempurna. Ayat dalam gambar di atas explained well. "Dan nikmat yang mana satukah yang mahu kau dustakan?"

Ada juga member suami yang perli pasal perancangan dan zahirnya ini. Haha. "ate.. macam mana ica nak ready.. kata 2016 tapi tup2 2015". Haha. Hampeh je. Tapi, kitorang tahu dia memang gurau je. Sebab memang kenal dia macam mana. Lebih kurang je macam suami Yatie. Huhu.

Dan Yatie enjoy pregnancy ni. Sama je masa pregnant Arissa dulu. Cuma pengalamannya sangat berbeza. Pengalaman lain kali Yatie kongsikan. Hehe. Terujanya pun sama. Malahan sekarang Yatie rasa macam tak sabar kot nak scan gender. Boleh gitu? Huuu. Masa Arissa dulu tak pula rasa nak scan gender tapi doc yang terbagitahu sebab kami tak sempat bagitahu tak nak tahu gender. Errrr. Ada paham itu ayat belit-belit? Haha.

Apa pun, semestinya Yatie mengharapkan kakak, Nur Arissa Batriesya dan anak dalam kandungan ini terpelihara dalam lindungan Allah SWT. Semoga kedua-duanya sihat sempurna menjadi anak yang beriman. Semoga juga terus dipermudahkan urusan Yatie kali ini; masa mengandung dan melahirkan nanti. InsyaAllah.

Dan akhir kalam, Yatie doakan semoga Allah anugerahkan rezeki anak buat sahabat Yatie, Sulia Hadjemi dan Zulliana Zulkeply. Begitu juga dengan semua saudara, teman-teman dan kenalan Yatie yang lain. Semoga Allah perkenan usaha kalian dan makbulkan doa kalian. Allahhummaamiin.

Salam Sayang,
DYatie.

--------------------------------------------------------------------------------

Anda ingin mendapatkan info produk Shaklee atau ingin mendapatkan produk Shaklee?

Jemput ke Blog Rasmi DYATIESHOP dan

Hubungi Shaklee Independent Distributor Cheras, KL - DYatie.

 

2 comments

  1. tahniah yatie.. nnt sonok laa arisa leh kawan.

    ReplyDelete
  2. amin..semoga semuanya baik-baik saja... enjoy ur pregnancy journey..pasni mesti rindu nak pregnant lagi (cam saya)... hihi..eh..org tu bsalin pun belom... :-)

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day