February 27, 2015

2nd Pregnancy Journey: Hi 2nd Trimester!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Dah 21 minggu 5 hari sibuk nak hai hai dengan 2nd trimester! Haha.

Alhamdulillah dah 5 bulan 1 minggu 5 hari kandungan Yatie hari ini. Terasa cepat masa berlalu sekarang. Masa trimester pertama tempoh hari terasa lambat menanti nak masuk 2nd trimester. Huhu.

Berbeza dengan mengandungkan si kakak yang bijak pandai, kali ini Yatie mengalami alahan. Pernah juga termuntah beberapa kali kot. Awal-awal masa tahu sah mengandung, dalam dua minggu juga Yatie mengalami sindrom sejuk bila balik kerja sampai ke malam. Siap pakai sweater pakai stoking tebal. Sejuk gila! Macam orang demam tapi tak demam. Sejuk je sampai tak nak bangun. Huuuu.

Kemudian bila sindrom sejuk hilang Yatie tak boleh nak cium bau orang masak. Alahan ni pun pada waktu petang. Ada satu hari Yatie sampai nak menangis masa suami tengah masak. Walaupun Yatie pakai tuala buat topeng ninja, bau tu menusuk juga ke lubang hidung ku. Huuu. At last, 4 bulan itu suami dan Arissa makan beli dari kedai je.

Yatie jarang makan malam. Yatie makan berat masa breakfast dan makan tengahari tak pernah skip. Sebab Yatie tahu malam Yatie tak boleh makan. Serius, cium bau nasi goreng suami dan Arissa makan Allahhu.. tiba-tiba jadi busuk. Huuu. Tekanan kot! Haha. Itu yang terasa lamanya alahai nak masuk 2nd trimester ni. Hihi.

Semuanya berakhir bila masuk 4 bulan kecuali sindrom kuat tidur dan malas! Okay! Ini sangat teruk bagi Yatie. Yatie dah beli domain untuk blogshop, Yatie dapat laptop baru (nanti Yatie review ye), Yatie tengah bersemangat dan Yatie tengah merangka macam-macam. Tup! Tup! Kalau tak mampu nak tahan, lepas Maghrib Yatie boleh tertidur. Biasanya lepas Isya' Yatie dah gedebum tidur sampai ke Subuh. Huuuu. Sedih tahu!

Nasib baik dekat office tak ada pula nak tidur. Haha. Kalau tidak, naya gue! Yatie bersyukur sebab alahan ni datang di petang hari. Bayangkan jika pagi atau tengahari. Sudah tentu banyak kerja Yatie akan terganggu. Dan Yatie besyukur sebab ada suami yang sangat ringan tulang (melebihi kebiasaan) dan anakanda bijak pandai yang sangat tak banyak ragam.

Sekarang, adik dah banyak bergerak. Tapi light light je. Ada cuba suruh si kakak pegang perut tapi adik tak bergerak pulak. Sama macam Arissa dulu, bila ayahnya nak rasa mula dia diam je jadi budak baik dalam tu. Hehe.

Apa pun, semoga adik dekat dalam sana sihat-sihat sahaja. 
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.

p/s: blog masih under construction. maaf jika tak semengah lagi wajahnya. hehe.

Jemputlah bertandang ke FB Page DYatieShop atau Blog DYatieShop untuk lihat info produk Shaklee, instant shawl, dan barang anak-anak.

Salam Sayang,
DYatie.
--------------------------------------------------------------------------------

 

2 comments

  1. salam yatie..wah alhamdulilah dah 2nd trimester..jaga diri baik baik..:-)

    ReplyDelete
  2. Yatie, alhamdulillah. take care. baby shaklee nanti

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day