January 19, 2015

Tak Puas Hati Keputusan AJL 29?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Siapa yang tak puas hati keputusan AJL malam tadi, angkat tangan! Hehe. Tahniah buat Joe & Sno untuk kemenangan lagu Aku Tanya Apa Khabar. Bagi Yatie, ia kemenangan yang tak langsung dijangka. Realitinya, Yatie baru tahu maksud lagu tu malam tadi bila suami ceritakan sedikit tentang lagu tu. Katanya, lagu itu untuk Malique.

Semua orang menjadi juri x bertauliah semalam. Masing-masing ada pilihan. Yatie? Of course lah menyokong anak-anak Sarawak. Hihi. Ok. Bukan kerana diorang orang Sarawak. Tapi kerana vocal. Wahh gitu. Haha.

Tetapi! Perlu diingat yang AJL adalah Anugerah Juara Lagu yang mana penilaian lagu dan lirik. Bukan vokal, bukan penyampaian dan bukan persembahan. Anugerah vokal dan persembahan terbaik merupakan anugerah penghargaan sampingan untuk penyanyi. Gittew. Jadi, kita pun sepatutnya menilai lagu dan lirik jugak.

To be frank, Yatie pun baru pertama kali dengar lagu Aku Tanya Apa Khabar sambil memahami. Itupun Yatie terus google lirik sebab 'pencerahan' dari suami tentang lagu tu. In fact, Yatie dengar je dah mula bebel 'dah kenapa lagu ni masuk jugak?' Bahaha. Dan first time dengar dengan lirik buat Yatie sebak. Pfft. Hati tisu kekdahnya.

Bila dengar result tu semalam Yatie macam terkejut jugak. Tapi, bila dah berfikir dengan waras Yatie akui lagu itu memang meaningful. Bukan sekadar lagu rappers yang entah apa-apa. Just imagine kalau tiba-tiba lagu Jolobu yang menang. Nangis gue! Bahaha. Same goes to lagu Shila Amzah dan Dayang.

Wahh kemain mengulas AJL kan? Haha. Tak dinafikan Caliph Buskers sangat talented. Allah anugerahkan keistimewaan itu di sebalik keistimewaan yang lain. Sedap suaranya. Allahhuakbar. Alhamdulillah dianugerahkan Persembahan Terbaik. Dayang untuk anugerah Vokal Terbaik. Tak dinafikan walau persaingannya sengit antara Hafiz, dan Alya. (Berdasarkan telinga gue. Hihi.)

Ok lah. Panjang pula bebel. Muehehe. Tengah tunggu giliran jumpa doktor. Huuu.

Ok then, Bye!

Salam Sayang,
DYatie.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day