January 27, 2015

Resepi Sup Kaki Ayam

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.



Korang tak makan kaki ayam? Sedap tau! Hehe. Terlebih dahulu, Yatie mohon maaf jika ada singgah sini tak makan kaki ayam. Huhu. Yatie dah lama tak masak kaki ayam. Sebab suami Yatie tak makan. Kalau masak, makan seorang. Tapi, kalau balik Sarawak. Wahhh. Ini antara lauk yang akan Yatie request dari mak bapak. Sebab kami adik beradik memang suka gila. Boleh gaduh. Hoho.

Minggu lepas kot ada seorang mak yang suruh viral kan yang dia post dekat Facebook. Dia highlight pasal kaki ayam. Macam dah tak ada makanan lain katanya. Ramai juga yang komen tapi bagi Yatie kaki ayam tak ada isu kot. Mungkin sebab Yatie memang penggemar kaki ayam. Cuma, dalam gambar ada nugget jugak (kalau tak silap) which is bagi Yatie antara kaki ayam dan nugget; kaki ayam much better. Ini pendapat Yatie je lah.

Sebelum Yatie kongsi resepi Yatie, jom kita tengok khasiat si kaki ayam ini yang Yatie ambil dari Berita Harian;

New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari. 
Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis. 
Elak tulang rapuh 
Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia. 
Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang. 
“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu. 
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. - Agensi 
INFO: Kaki ayam
- Hydroxyapatite makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan
- Kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia
- Kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen
Ok. Jom kembali ke pangkal jalan; Resepi Sup Kaki Ayam.

Bahan-Bahan:
  • Kaki Ayam
  • Kentang
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Kayu Manis
  • Sup Bunjut
  • Air 
  • Garam

Cara-Cara:
  • Kaki ayam Yatie potong 2.
  • Kentang Yatie potong 8.
  • Bawang merah, bawang putih dan halia Yatie hiris.
  • Masukkan kaki ayam ke dalam periuk bersama air (pastikan kaki ayam tenggelam), letak atas dapur.
  • Bila air dah mula panas sedikit, Yatie terus masukkan bawang-bawang, halia, kayu manis & sup bunjut.
  • Yatie gunakan api kecil sahaja.
  • Bila dah menggelegak agak-agak separuh masak, Yatie masukkan kentang. 
  • Bila kentang dah empuk, kaki ayam dah masak barulah Yatie masukkan garam, dan perasa.
  • Then, dah siap Yatie tabur bawang goreng dan daun sup.
  • Hidang!
  • Makan!

Simple je kan? Sebenarnya Yatie buat sup ayam pun macam ni. Yatie tak suka tumis sebab lemak pada kaki ayam tu nanti akan keluar jugak. Selera tau walau makan seorang. Nyum! Suami minum sup dan ambil kentang je. Hoho. Sesekali masak makanan favorite sendiri kan? Hehehe.

Ok lah. Itu je. Actually nak cerita pasal little celebration birthday Arissa tapi gambar tak ada dalam MMC. Mak harap ada gambar tu nanti. Kalau hilang Mak nangis. Huuuuu.

Salam Sayang,
DYatie.

--------------------------------------------------------------------------------

Anda ingin mendapatkan info produk Shaklee atau ingin mendapatkan produk Shaklee?

Jemput ke Blog Rasmi DYATIESHOP dan

Hubungi Shaklee Independent Distributor Cheras, KL - DYatie.

 

1 comment

  1. sedap kan..tapi ciknaa tak pernah buat..salu kaki ayam beli kat pasor malam..nikmat! hee.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day